Friday, May 29, 2009

TerengganuKu!!!!

Saya tertarik dengan berita muka depan ( headline ) yang disiarkan di akhbar Kosmo pada Khamis ,28.5.2009 , iaitu semalam.

Dilaporkan seorang bakal pengantin perempuan terpaksa menebalkan muka dengan meminta duit hantaran 'advance ' dari bakal suaminya untuk memperbaiki jalan yang menuju kerumahnya dimana jalan tersebut akan bakal dilalui oleh rombongan bakal suaminya dan juga oleh bakal lebih 5000 jemputan majlis perkahwinan beliau.

Beliau yang tinggal di Setiu Trg dikatakan sudah berpuluh-puluh kali melaporkan kepada JKKKKKK kampung beliau semenjak dahulu lagi tentang kerosakan jalan tersebut tetapi tiada tindakan yang diambil .

Untuk pengetahuan pembaca sekelian , setiu adalah merupakan salah satu kawasan kubu kuat UMNO semenjak dahulu lagi dan kawasan tersebut juga merupakan kubu kuat Umno pada era Rejim Derih Jusoh memerintah Negeri Terenganu malah setiu juga terletak bersebelahan ( jiran ) dengan Besut yang mempunyai Taman Tamadun Islam hasil projek ratusan juta ringgit yang diusahakan oleh Rejim Derih Jusoh yang satu ketika memerintah Terengganu .

Dibawah pemerintahan Rejim tersebut satu ketika dahulu ,Terengganu begitu maju dan terlebih advance dgn pembinaan Masjid Kristal , Acara tahunan Sukan Kapal Layar Antarabangsa yang dikenali sebagai Monsoon Cup ,Berpuluh-puluh Papan-papan iklan yang memuji diri didirikan diseluruh pelusuk di Negeri Terengganu , pembinaan stadium yang berharga ratusan juta dan beberapa juta lagi projek yang telah berjaya memboyotkan perut kroni-kroni rejim tersebut.

Walaubagaimanapun ,untuk pengetahuan pembaca sekelian , stadium yang baru dibina tersebut kini telah tidak dapat digunakan semula pada hari ini disebabkan kerja-kerja pembaikian semula terpaksa di buat akibat kerosakan teruk walaupun baru sahaja digunakan tak sampai 3 tahun.

Walaubagaimanpun diharapkan JKKKKKkkk kampung tersebut dapat mengambil perhatian dengan segera terhadap rungutan bakal pengantin tersebut agar pesanan PM 1Malaysia yang mahukan pemimpin -pemimpin umno mendengar denyut nadi rakyat, menyinsing lengan dengan turun kebawah melihat masalah rakyat , dapat direalisasikan.

Tetapi , saya percaya sekiranya Rejim Derih Jusoh masih lagi mentadbir dan memerintah Terengganu , kampung bakal pengatin tersebut pasti mempunyai jalan ratusan juta ringgit dan mungkin dihadapan rumah bakal pengantin tersebut mempunyai 'traffi light'!!!.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar