Tuesday, February 9, 2010

Buang Saja Ahli Parlimen Celaka dalam PR

Sepatutnya, ini adalah masa kita bersatu. Inilah masa kita meneguhkan perpaduan. Inilah masanya untuk mengumpulkan tenaga dan kekuatan. Mereka itu menang didalam Pilihanraya lepas kerana gelombang reformasi. Dan mereka menang atas nama parti. Dan kalau mereka itu bertanding atas nama sendiri, jauh panggang dari api untuk mereka menang.
Disaat kita memerlukan setiap dari kita bersatu padu, mereka ini merengek semacam budak-budak. Kononnya mereka mempunyai pendirian sendiri, mereka ada prinsip sendiri dan mereka meletakkan diri mereka sebagai mengatasi organisasi,
Mereka mengeluarkan suara menghentam parti sendiri. Mereka bersuara begitu lantang menghentam parti-parti sahabat. Mereka tidak mahu menggunakan saluran parti untuk menyelesaikan isu dalaman dan isu inter-dalaman. Mereka berkokok sekuat-kuatnya dan mereka izinkan diri mereka diperunakan oleh musuh-musuh. Media musuh menjadikan mereka hero untuk memperkecilkan pimpinan dan parti sendiri.
Media musuh yang tidak pernah mahu meletakkan berita-berita perjuangan parti, dan media musuh yang tidak pernah mahu meletakkan berita mereka itu yang memperkokohkan parti, tiba-tiba media musuh menjadi begitu simpati dengan mereka meletakkan berita-berita mereka menentang parti dan menentang parti-parti sahabat di dada-dada media itu untuk memperkecil-kecilkan parti sendiri.
Mereka menjadi gila media. Lagi dikehendakki oleh parti supaya mereka tidak menggunakan media musuh mereka menjadi rakan karib kepada media musuh. Arahan parti dilanggar seolah-olah parti ini tidak ada taring untuk mengambil tindakan keatas mereka.
Pemimpin-pemimpin seumpama ini merugikan parti, menjadikan parti lemah dan tidak mempunyai keupayaan.
Badan disiplin parti wajar bertindak tegas. Mereka yang melakukan kesilapan tapi boleh ditegur dan akur dengan disiplin parti selepas itu adalah mereka yang baik juga, tetapi kepada pemimpin yang besar kepala itu, yang tak boleh ditegur, bahkan menganggap teguran parti sebagai menghadkan hak mereka bersuara didalam parti, wajar dikeluarkan saja dari parti.
Biar kita rugi 4, 5 kerat pemimpin jahat ini. Mereka itu adalah cancer yang boleh merebak. Ambil tindakan dari awal. Kita rugi sedikit tetapi kita akan untung yang tidak ternilai. Rakyat tetap bersama kita, dan perpaduan kita didalam PR akan menjadi sangat bermakna jika kita berani membersihkan parti dari orang-orang seumpama mereka itu.
Kami golongan bawahan tetap mendokong parti dan pimpinan parti.
Posted by Suhaimi Said at 5:59 PM

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar