Tuesday, August 25, 2009

Seperti diduga PAS kekal di Permatang Pasir

Disunting dari Agendaily:

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi. Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433. Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar