Tuesday, June 2, 2009

Stadium Kebanggaan Rejim Runtuh!!!

Hari ini Selasa 2 Jun 2009, 60% bahagian Stadium baru Terengganu runtuh .Amat bersyukur kerana ianya tidak meragut nyawa walaupun beberapa hari lalu berlangsung acara sukan anjuran sebuah IPT tempatan.

Stadium ini dirasmikan oleh YD Agung Sultan Mizan pada 10 Mei 2008 menelan belanja hampir 300 Juta ringgit , iaitu 1/4 billion ringgit.

Saya ulang , ' 1/4 Billion ringgit ' dan hari ini ia runtuh.

Ketika era terengganu diperintah oleh Rejim derih Jusoh , slogan ' Memahat Sejarah Mencipta Tamadun ' begitu banyak diiklankan di pelusuk tanah di negeri terengganu bagi mengambarkan betapa hebatnya Rejim Derih jusoh memerintah.

Papan Iklan juga mempamerkan iklan ' Kita buat ' bagi menunjukkan mereka buat ape yang mereka cakap tidak ketinggalan slogan ' Impian Menjadi Realiti'.

Saya ingin mencadangkan kepada MB Datuk Ahmad supaya kembali menayangkan iklan ' Memahat Sejarah Mencipta Tamadun ' berserta gambar stadium yang runtuh ini dan diletakkan dipelusuk kampung di Besut supaya Rejim derih Jusoh dan kroninya dapat melihatnya hasil Kehebatan Projek ilham Rejim Derih Jusoh ini.

Rejim ini ketika memerintah Negeri Terengganu begitu rakus membelanjakan duit hasil minyak negeri seolah-olah duit tersebut adalah duit mak Bapak mereka.

Mereka mencipta projek - projek mega atas alasan pembangunan negeri dengan membelanjakan wang dengan membabi buti duit yang sepatutnya membantu rakyat tidak berkemampuan dan miskin.

Rejim ini pada hari ini masih lagi rakus dan dengki dengan MB Ahmad Said dan masih lagi berusaha untuk menyingkirkan MB ini dengan harapan dapat kembali berkuasa
dan meneruskan agenda merompak dan menyamun wang rakyat negeri Terengganu.

Saya sebagai pengundi atas pagar dan anak jati negeri Terengganu ingin menyatakan bahawa sekiranya rejim Derih Jusoh dan Pahlawan bodoh sombong iaitu Lonjong Wahid kembali berkuasa, UMNO hanya mengali kuburnya sendiri pada PRU 13 nanti.

Kepada penyokong kuat Rejim Derih Jusoh , terimalah hakikat yang Derih Jusoh sebenarnya telah pun ditalkinkan dari politik Terenganu.

Sekian.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar