Salam,
Wah lame betul dok nulih nie..
Rasenya semua dah tahu tentang result PRK K.terengganu P036. Calon PAS Menang dengan majoriti paling bergaya dgn undi lebih dari 2600 undi.
aku pulang ke kampung di k.T pd. petang khamis 15.1.2009 dan apabila sampai di bandaraya K.T , aku terus meronda disekitar bandar K.T dan beberapa kwasan yg. terlibat dgn pilihanraya. Tempat pertama yang dituju ialah di kampung Ladang di pusat bandar K.Terengganu kerana di sini terletaknya Pejabat sementara AMK Terengganu.
Sahabat aku yang merupakan bekas calon Keadilan bagi DUN seberang takir bagi pilihanraya 8 Mac 2008 yang lalu tidak kelihatan . aku difahamkan yang dia berkerja kuat menyusun jadual berkempen dan memasang poster serta bendera walaupun yang bertanding adalah calon PAS.
Aku kemudiannya bergerak ke kampung Tanjung yang terletak tidak jauh di kampung ladang kerana mendapat info yang DSAI akan berceramah disitu. Apabila sampai disana , aku diberitahu oleh petugas PAS yang berada disitu yang DSAI akan berceramah di Kg.Durian Burung , iaitu berhampiran dengan kampung aku pada jam 10.30.00 mlm. Aku kemudiannya memandu kereta balik kerumah ibubapaku untuk berehat seketika dan mandi.
Selepas tiba di rumah dan berehat seketika , aku kemudiannya keluar semula dan terus menuju ke Kg.durian burung yang terletak di DUN Wakaf Mempelam.
Setibanya disana , jalan raya sudak sesak dengan orang ramai yang ingin mendengar ucapan dari DSAI. Mereka berdiri di tepi-tepi jalan dan juga berdiri di atas 'divider ' untuk mendengar ceramah DSAI itu.
Selepas selesai di Kg. durian Burung , jam telah menunjukkan jam 11.40 mlm. aku terus ke PejaBAT Perhubungan Keadilan Terengganu yang terletak di Gong kapas di dlm DUN Bandar.
Setibanya disana , kelihatan beberapa pemimpin PAS dan Keadilan termasuk Haji Husam Musa ,Mustapa kamil Ayub , R.sivarasa sedang berceramah. Oleh kerana kesuntukan masa yang dihadkan sampai 12.00 tgh mlm sahaja , beberapa orang penceramah tadi hanya berucap ringkas tapi padat. Aku kemudiannya mengambil peluang untuk bersalaman dengan kesemua penceramah tadi.
Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.15 pagi, aku masih lagi tidak mahu pulang dan terus sekali lagi ke Kg. Ladang , iaitu ke pajabat AMK terengganu.
Sahabat aku terus tidak kelihatan tapi aku terus masuk kedalam pejabatnya untuk melihat petugas-petugas sedang melakukan kerja.
Tiba-tiba muncul Ketua umum parti Keadilan , DSAI tiba bersama-sama dengan hj.Abd.Rahman,bekas ahli parlimen kmn.
Setelah menjeguk pejabat AMK ,beliau terus melakukan lawatan ke markas -markas PKR yangl lain.
Aku terus pulang kerumah jam 3 pagi setelah berbual panjang bersama-sama sahabat aku.
Techies Push Other Techies to Musk to Join Trump Administration
-
Tech leaders are recommending their own brethren to Mr. Musk and others, as
they aim to leave a Silicon Valley imprint on Donald Trump’s new
administration.
15 minutes ago
No comments:
Post a Comment