Thursday, December 31, 2009

Hadiah Utk Rakyat Menjelang 2010

Hari ni dah 31 Disember, hari terakhir untuk tahun masihi 2009. Malam ni mngkin ramai yang dah berkira-kira nak 'count-down' kat mana. Menjelang tengah malam ni, tahun baru 2010 menjelma.

Pasti akan ada mercun dan bunga api yang akan dibakar untuk memeriahkan keadaan, menyambut tahun baru.


Serentak masa tu jugak, telah berkuatkuasa satu harga baru untuk gula, satu barang kawalan yang dikawal harga oleh kerajaan. Aku pun tak pasti pasai apa detik 12.01 malam tahun baru dipilih untuk penguatkuasaan harga baru.


Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini Khamis. Bernama


Yang pastinya kenaikan tu sebanyak 14%. Aku nak tunggu apa komen FOMCA dalam hal ni, pasai aku memang tak arif langsung pasai gula ni. Aku mengaku memang aku tak ingat langsung ila kali terakhir gula naik harga.Beli gula pun jarang sangat. Apa kejadah nak beli gula kalau hari-hari pagi petang siang malam minum kat kedai.


Hasil carian di google aku jumpak maklumat kat bawah ni. Depa² ni dah tentu untung dengan harga baru ni.

MONOPOLI EMPAT PENGILANG GULA

Pengeluaran gula negara buat masa ini dimonopoli empat buah syarikat iaitu Malaysian Sugar Manufacturing Company Bhd (MSM) yang beroperasi di Prai, Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR), Shah Alam, Gula Padang Terap Bhd (GPT), Padang Terap, Kedah dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP), Chuping, Perlis. - Bernama

Sapa-sapa yang rajin tolong cari maklumat sapa tuan punya kilang-kilang gula ni. Mungkin kita boleh dapat 'maklumat menarik'.

Secara peribadi aku tak peduli berapa pun harga gula depa nak juai, janji harga air yang aku nak minum tak naik, kalau harga air yang aku order naik memang aku kena peduli. Dan aku yakin hampir pasti harga minuman pun akan naik jugak. Tapi nak buat macamana, kot mana pun nak kena 'mengope' jugak.




Media Pengiklanan Baru
at 7:13 PM

Perutusan Tahun Baru Anwar Ibrahim

Dec 31st, 2009 | By Admin | Category: utama
Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

ANWAR IBRAHIM

Surat Terbuka Husam Kpd Madey

December 31, 2009
Surat Husam Musa Kepada Tun Mahathir
RM 270 Billion: Kertas Putih MOF
Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM 270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM 270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425mil
b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360mil
c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380mil

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 b menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)


http://cetusan-hati.blogspot.com/

Pas Makin Bercelaru - Hamidah Osman

Dipetik dari Blog h YB Hamidah Osman



Kesempurnaan PAS dan Kecatatan UMNO ?

1. Setiap kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak menimbulkan persoalan dalam masyarakat kita. Kemelut yang berlaku didalam PAS masih lagi mampu ditutupi oleh PAS dengan menuding jari bahawa segala yang berlaku adalah konspirasi politik UMNO.

2. PAS masih lagi mahu kelihatan dengan 'wajahnya' yang warak dan bercahaya bahawa PAS merupakan parti yang maksum dan sangat sempurna, sehingga apa sahaja yang berlaku adalah dari 'tangan-tangan jahat UMNO'

3. Sudah boleh diduga bahawa UMNO akan dituduh menjadi dalang apabila sekumpulan penyokong Pas yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran dan Pengundi Pas (GKPPNS) mengadakan perhimpunan di pejabat parti itu di Shah Alam mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang di Selangor.

4. Dakwaan seumpama ini bukanlah perkara baru, malah sebelum ini apa pun yang berlaku di Selangor segala-galanya akan ditunding kepada UMNO, seolah-olah UMNO mempunyai kehebatan luar biasa bagi mengkucar-kacirkan Pas di mana sahaja.

5. Mahfuz dalam kenyataan akhbar hari ini, berterus terang dan sangat yakin bahawa ini merupakan perbuatan UMNO yang maha jahat itu. Apakah Mahfuz sedar bahawa menuduh pihak lain melakukan perbuatan khianat merupakan satu dosa, atau apakah dosa hanya akan diperolehi oleh orang UMNO tetapi tidak kepada orang PAS ?

6. Tuduhan seumpama itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan meretakkan hubungan antara dua parti induk Melayu itu. Ketika ini tiada siapa pun tahu apa motif kumpulan berkenaan dan siapa dalang di sebalik kewujudan mereka. Oleh itu melalui laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Selangor adalah lebih baik Mahfuz menanti sahaja hasil siasatan polis.

7. Menuduh UMNO terlibat dalam apa juga kemelut yang terjadi kepada Pas, bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana semua orang sedia maklum mengenai kemelut yang berlaku di dalam parti itu. Adalah lebih wajar jika Pas berfikir juga teori apakah mungkin di dalam Pas atau pakatan pembangkang sendiri ada politiking yang sedang berlangsung bagi menjatuhkan pemimpin tertentu dalam Kerajaan Negeri Selangor.

8. Janganlah terlalu melihat bahawa hanya 'musuh' kita sahaja mempunyai agenda tanpa memikirkan bahawa 'kawan' kita juga mungkin ada agenda. Politik tetap politik, ia tidak ada musuh dan kawan yang kekal. Dalam politik yang sering menjatuhkan rakan dalam sesama parti adalah kawan kita sendiri.

9.Oleh itu tindakan beberapa pemimpin PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang menyatakan perhimpunan berkenaan adalah perancangan politik didalangi UMNO dalam usaha pihak terbabit merampas semula pemerintahan di Selangor adalah tidak munasabah

10. Bagaimana pula jika demonstrasi itu dirancang bagi memalukan pemimpin PAS di Selangor dan ia diadakan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa kononnya pemimpin PAS berkenaan sememangnya bermasalah dan tidak mendapat sokongan padu ahli PAS di negeri itu? Inilah antara konspirasi-konspirasi yang perlu difikirkan.

11. PAS perlu ingat, mereka juga bukanlah sebuah parti yang sempurna, pasti ada kelemahan di sana-sini yang perlu diperbaiki, termasuklah gejolak secara diam di kalangan ahli parti itu. Tuduhan bahawa setiap yang berlaku merupakan 'tangan-tangan' jahat UMNO semakin kurang diterima oleh masyarakat dan ahli PAS sendiri. Bersiap sedialah untuk menerima hakikat.

Kak Midah
Kuala Lumpur
Posted by Kak Midah at 10:47 PM

Said Zahari- Tunku tak berminat bincang dengan Chin Peng

Oleh: Lim Hong Siang - Merdeka Review

Bagaimana "seandainya" apa yang tercapai dalam Perjanjian Damai Haadyai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, disempurnakan 34 tahun lebih awal, iaitu dalam Rundingan Baling pada tahun 1955?

Sememangnya, adalah terlalu lewat untuk membuat sebarang "andaian" dalam sejarah. Apa yang berlaku telah berlaku dan berlalu. Namun, sejarah tidak harus tinggal hanya sebagai "bahasa" pemenang, atau pemegang kuasa, seandainya sejarah itu ditelaah untuk mengambil iktibar daripadanya.

Selama ini, Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM memikul beban sejarah ini secara bersendirian, atas tuduhan "enggan menamatkan perjuangan bersenjatanya". Untuk mereka yang membaca memoir Chin Peng, My Side of History, sikap provokasi Ketua Menteri Singapura pada ketika itu, David Marshall dalam Rundingan Baling, mungkin berperanan menggagalkan rundingan tersebut.

Namun, sebagai wartawan yang membuat liputan di tempat kejadian Rundingan Baling pada usia 27 tahun ketika itu, Said Zahari menganjurkan perspektif tersendirinya untuk menafsir peristiwa sejarah ini. Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu ini mendedahkan pengalaman yang terpendam dalam ingatan beliau di memoir dirinya, Meniti Lautan Bergelora.

"I never wanted it to be a success," Tunku

Dalam bab ke-44, Said Zahari mencatatkan pengalaman dirinya ketika membuat liputan di Baling sebagai wartawan Utusan Melayu. Beliau yang cuba mendapatkan berita esklusif pada ketika itu, dibenarkan untuk mengajukan satu soalan kepada Tunku Abdul Rahman, sebelum sidang akhbar bermula.

Satu-satunya soalan tersebut berbunyi, "Adakah Tunku menyesal dengan kegagalan rundingan ini?" Tanpa diduga, Said Zahari dibalas dengan jawapan, "No, I am not. I never wanted it to be a success." (Tidak, saya tidak (menyesal). Saya tidak pernah mahukan ia berjaya.)"

Jawapan ringkas dari Tunku ini bagaimanapun tidak disiarkan, atas "nasihat" Syed Jaafar Albar, anggota Penerangan UMNO yang ketika itu berada di sisi Tunku.

Dalam wawancara bersama MerdekaReview kelmarin, Said Zahari kekal dengan pendirian beliau, bahawa Tunku tidak berniat untuk menyelesaikan perkara ini dengan Chin Peng, kerana untuk Tunku, soal Chin Peng adalah masalah yang perlu diselesaikan oleh British, dan bukannya kerajaan Tanah Malaya.

"Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ"

"Padahal Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ," kata Said Zahari, "Apa yang terdapat dalam perjanjian 1989 sebenarnya could have been achieved in 1955. (Rundingan Baling?) Yes! The same thing, tapi Tunku tak mahu..sebab tu dia kata, 'memang aku tak mahu selesaikan'. This is the proof (Ini buktinya)."

Namun, apa yang bermain dalam otak Tunku, seandainya beliau ingin bertemu dengan Chin Peng, tetapi enggan menyelesaikan masalah dengan pemimpin komunis ini? Tokoh wartawan ini menganalisa Rundingan Baling dari perspektif percaturan politik, yang memenangkan kedua-dua pihak Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng.

"Tunku mahu membuktikan bahawa Chin Peng terpaksa berjumpa dengan saya, Tunku Abdul Rahman (gambar kanan) pada waktu itu, bukan British. Dan Chin Peng mahu membuktikan Tunku Abdul Rahman sanggup berjumpa dengannya walaupun dia ketua PKM," jelasnya.

"Jadi itu, you win one, i win one-lah (Kamu menang satu, saya menang satu)." Said Zahari menyimpulkan politik "saling guna-mempergunakan" antara kedua-dua orang tokoh ini.

Wartawan menyusul dengan soalan "apa manfaatnya pertemuan ini kepada pihak Tunku, jikalau bukan untuk menyelesaikan masalah ini dengan Chin Peng?"

"Publisiti," Said Zahari menjelaskan selanjutnya, "Sebab dia (Tunku) pemimpin yang bukan sahaja diterima rakyat, tetapi juga pemimpin yang diterima oleh Chin Peng. Chin Peng sendiri cakap dalam perundingan itu, 'saya jumpa dengan Tunku sebab saya akui Tunku adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat. That is good enough.(Itu sudah memadai.)"

Pertemuan tidak direstui British

Tetapi, bukankah Tunku akan mencipta sejarah yang lebih besar, seandainya berjaya menyelesaikan masalah dengan Chin Peng?

"Sebenarnya, Tunku Abdul Rahman punya pertemuan dengan Chin Peng tidak direstui oleh British pada waktu itu, tahun 1955. British memang tidak mahu Tunku jumpa Chin Peng. Sebab British takut, (dengan) menemui Chin Peng, Tunku mengakui wujudnya PKM. Dan pada Tunku, menemui Chin Peng bererti Chin Peng mesti berunding dengan Tunku, bukannya British," ulasnya.



"Tunku menggunakan Chin Peng, untuk tunjuk kat (kepada) British, I dare to meet Chin Peng. British tak berani kasik (bagi) Tunku jumpa Chin Peng. Dia takut Chin Peng politik lebih, lebih hebat, lebih manipulative... sedangkan Tunku seorang gentleman, dan politiknya lebih konservatif," kata Said Zahari.

Malah, Said Zahari mempercayai bahawa British sebenarnya mengenakan syarat untuk pertemuan antara Tunku dengan Chin Peng. "Sebab British sudah warning, ini walaupun tak ada bukti tapi saya percaya, (British berkata kepada Tunku) 'you cannot solve the problem, you don't make any agreement with Chin Peng!"

Seandai situasinya begitu, mengapa pula British gagal menghalang pertemuan antara Tunku dengan Chin Peng?

Kembali kepada percaturan politik Tunku, Said Zahari menganalisa, "Pada Tunku, penyelesaian dengan Chin Peng seharusnya British punya isu. Dia (Tunku) sedang memperjuangkan kemerdekaan. Dia menggunakan Chin Peng. (Tunku mungkin menyampaikan mesej kepada British) I can cooperate with Chin Peng. We can fight you if you don't give me."

Tunku or Chin Peng?

"Saya percaya Tunku mesti berkata sedemikian dengan British di London. You want me or you want Chin Peng, or you want Chin Peng and me?" kata Said Zahari.

Beliau meneruskan analisanya, "You give to me or you give it to Chin Peng. It is up to you. But if you give it to me, then you selamat sikit. I think on this ground alone, British terpaksa (memberi kemerdekaan kepada Tunku)."

Pengamatan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu ini merumuskan, walaupun kemerdekaan tercapai seolah-olah perjuangan daripada pihak Tunku, tetapi tekanan sebenarnya datang dari pihak PKM.

"Disebabkan perjuangan bersenjata?" Soalan wartawan dibalas dengan tangkas dan tegas, "Yes!" sebelum Pak Said (gambar kiri) meneruskan, "Bristish can't afford to meneruskan perjuangan itu, too costly."

Demikianlah pengamatan dan analisa dari kaca mata seorang tokoh wartawan, Said Zahari mengenai sejarah kemerdekaan tanahair dan perjuangan PKM. Maka jelaslah mengapa bekas Ketua Pengarang ini mengeluarkan kenyataan bahawa Chin Peng adalah bumiputera Malaya, dan menyaran agar "perikemanusiaan" harus mengambil kira pihak PKM yang turut menyumbang dalam perjuangan kemerdekaan. (Bahagian ketiga, tamat)

Bahagian pertama: Said Zahari: Chin Peng bumiputera Malaya

Bahagian kedua: Said Zahari: Perikemanusiaan harus ambil kira PKM / end.

Catatan Oleh alhusseyn pada 4:35 AM

Siapa Dia Ronnie Liu????????

Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.
Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
Posted by Tulang Besi at 7:22 PM 9 comments

PEMBANGUNAN ALA UMNO DI KUALA NERUS




Tepoh, KUALA NERUS – Dengan slogan ‘merakyatkan pembangunan’ kerajaan negeri Terengganu telah melaksanakan ‘projek’ dengan ‘tergesa-gesa’ tanpa mengambil kira langsung, sentimen dan perasaan rakyat.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata tindakan ‘gelojoh’ tersebut adalah kerana, pihak kontraktor mahu pulangan segera setelah ‘melabur’ kepada pelobi yang berjaya mendapatkan tender berkenaan.

”Ini yang berlaku kepada projek ini, pemilik tanah dan rakyat tempatan tidak diberitahu buat dan dirundingkan tentang pembesaran jalan,

“kelmarin kontraktor paket tanah, hari ini sodok selalu,”katanya yang ditemui ditapak Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Jeram ke Kampung Tok Kong, Batu 9 Jalan Kelantan, disini semalam.

Menurutnya beliau segera hadir setelah dihubungi rakannya yang juga pemilik tanah Tapak Semaian (Nursery) memaklumkan, tanahnya akan di sodok untuk pembangunan jalan.

Katanya, rakan tersebut, Mohd Ramzim Mohd Yusof, 35, sedang bertugas sebagai pekerja swasta di daerah Kemaman, mewakilkan urusan tanah terbabit kepada pihaknya.

Muzafeq (Gambar kanan - berbaju biru laut) agak terkejut, apabila perbincangan dibuat dengan pihak kontraktor, beliau dimaklumkan oleh ‘pengurusnya’, tanah tapak ‘nursery’ yang akan disodok itu adalah termasuk dalam rezab jalan

”Apabila saya tanya, sudahkah berbincang dengan pemilik dan pengusaha ‘nursery’, pekerja tersebut menjawab beliau tidak tahu,”ujar Muzafeq.

Sehubungan itu, wartawan Buletin membuat tinjauan sekitar penduduk berhampiran bagi mengetahui kedudukan sebenar perlaksanaan projek terbabit.

Lebih menghairankan, kesemua penduduk dan pemilik tanah yang dijangka ‘terkesan’ dengan pembangunan tersebut turut tidak mengetahui apa-apa, kecuali mendengar dari cakap-cakap orang ramai.

”Tak….. tak ada, tak tahu….pun, JKKK tak mari bincang, kontraktor tak mari bincang, wakil rakyat pun tak nampak batang hidung,”kata seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Mamat, ketika ditemui Buletinonline.

(Gambar kiri - rumah milik seorang warga emas yang akan menjadi korban projek)

Beliau yang sedang menampal tayar motosikalnya ketika ditanya menjawab tidak tahu bila projek tersebut bermula dan yakin tidak ada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang bertemu dengan keluarganya.

”Tak dok…… tak dok…. Kalu ada Ayah mesti khabor,”katanya ringkas.

Seorang warga emas yang mahu dipanggil sebagai ‘Pok’ sahaja turut mengesahkan perkara yang sama.

Beliau yang memiliki tanah dan rumah berhampiran kawasan itu berkata, kawasannya mungkin tidak disodok kerana pagar rumah yang didiami anaknya itu, terletak diluar ‘batu sempadan’.

Sambil menunjukkan sudut dimana terletaknya ‘batu’ itu, Pok berkata beliau tidak tahu tarikh sebenar projek tersebut akan dilaksanakan, namun pernah mendengar ‘khabar-khabar’ tentang projek tersebut sebelum ini

Papan tanda projek yang terdapat dikawasan itu menyatakan projek pembangunan tersebut yang telah dianugerahkan kepada MZ.Hakujaya Sdn Bhd..


Seterusnya >> MZ.Hakujaya milik Ketua Pemuda Umno Terengganu?



Last Updated ( Thursday, 31 December 2009 03:33 )
Berita Dalam Negeri More:
AZRB Lagi !
Setiausaha Kerajaan Terengganu Tidak Tahu Tentang Kehilangan Kenderaan Milik Kerajaan
Kerajaan Negeri Disaran Bijak Cari Sumber Lain
English Section More:
How educated are UMNO Youth Exco...
Pakatan calls for royal probe into jet engine thefts
Missing engines ‘found’
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar