Tuesday, January 12, 2010

UMNO Juara Rakyat!!!! Bahlol 2

Sekarang di sana sini Umno mencanang dirinya sebagai ‘Juara Rakyat’. Parti yang sudah berusia 63 tahun dan sedang kelelahan itu cuba memikat kembali hati masyarakat dengan slogan baru.

Suatu ketika dulu, pada zaman Tun M jadi PM, ada slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’. Kesudahannya, slogan hanya tinggal slogan kerana yang terbela bukan rakyat tetapi kroni. Slogan itu berpusing 360 darjah menjadi ‘ Tradisi Membela Kroni’.

Ketika rakyat terulit dengan slogan itu, harta negara dipunggah ke dalam poket mereka yang berkuasa. Akhirnya, ‘Tradisi Membela Rakyat’ menjadi ‘Tradisi Melingkup Rakyat’.

Kini Umno berslogan lagi. Sasaran slogan itu adalah rakyat juga. Umno cuba menyuntik ubat pelali ke dalam fikiran rakyat. Biar rakyat terpesona dengan slogan walau pun hidup mereka terus terhimpit. Biar rakyat lali dengan slogan biar pun sekian banyak hak mereka dinafi.

Umno cuba berlagak menjadi jaguh. Semasa muda dan sihat dulu, orang terpesona dengan lagak dan gayanya. Tapi, kini Umno sudah tua, lagak dan gayanya orang sudah kenal. Kalau orang ramai-ramai pandang kepadanya pun, bukan kerana terpesona tetapi kerana meluat dan nak ketawa.

Sebenarnya Umno sudah tidak berupaya menjadi jaguh lagi. Bolehkah Umno menjadi jaguh ketika lutut dan pinggangnya sudah tergeliat, wajahnya sudah kerepot, sedah monopos pun…

Umno boleh melalikan rakyat suatu masa dulu dengan slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’ kerana mungkin pada waktu itu rakyat belum benar-benar mengenali Umno. Kini tidak begitu lagi. Rakyat sudah tahu hati budi Umno.

Rakyat kenal Najib dan Rosmah. Mereka juga kenal Hishamuddin dan Zahid. Mereka tahu juga Muhyiddin dan Rais.

Mereka sudah masak dengan dacing senget dan berkarat itu. Dacing itu boleh menipu mereka dulu-dulu, tetapi tidak kini.

Rakyat tak akan lupa kepada Altantuya dan Teoh Beng Hock. Rakyat tahu kisah PKFZ, jet hilang dan bumbung runtuh. Rakyat tahu cerita komisen kapal selam dan jet. Rakyat juga tahu kisah bekalan duit untuk Rosmah membeli-belah di luar negara. Rasuah pemimpin Umno, itu sama sekali tak akan dilupa oleh rakyat.

Justeru, kalau begitulah wajah Umno, parti itu nak jadi juara apa? Juara (belit) Rakyat, Juara (tipu) Rakyat atau Juara (sembelih) Rakyat?

Kalau benar Umno ingin menjadi ‘Juara Rakyat’, pulangkan hak rakyat Kelantan. Mengapa lidah pemimpin Umno bercabang macam biawak apabila bercakap mengenai royalti? Mengapa boleh bertukar menjadi wang ehsan dan akan disalurkan pula melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan?

Kalau Kelantan tidak berhak dengan wang itu, mengapa disalurkan juga? Mengapa boleh jadi wang ehsan untuk Kelantan sahaja?

Mengapa tidak menjadi wang ehsan juga kepada negeri yang semput-semput macam Perlis? Tubuhkan jabatan serupa di Perlis dan salurkan kepada negeri itu, atau salurkan terus kepada kerajaan negeri yang juga Umno.

Kalau Kelantan berhak mendapat wang ehsan petroleum kerana telaga minyak itu di luar pantai Kelantan, ia juga diluar pantai Perlis. Mengapa cuma Kelantan yang dapat?

Maknanya, lidah pemimpin Umno memang lidah biawak. Bercakap mengenai ‘Juara Rakyat’ tetapi merampas hak rakyat.

Tunggulah, ‘Juara Rakyat’ ini pun tak akan kemana. Kalau program itu tidak mampu memenuhkan poket dan tembolok pemimpin Umno, yang tinggal hanya slogan sahaja.

Enjin jet hilang, yang kena dakwa adalah sarjan tapi menteri terlepas. PKFZ, yang kena adalah OC Phang, pemimpin MCA yang jadi menteri selamat. Bumbung runtuh, yang salah adalah kontraktor, pemimpin Umno yang ‘mentekedaghah’ rasuah boleh makan angin.

‘Juara Rakyat’ konon… peeeraaaahhhh…..

http://bongkarsauh.blogspot.com/

UMNO Juara Rakyat!!!!!! Bahlol

Eye On Malaysia yang menjadi tarikan pelancong sejak setahun lalu telah disita semalam. Tindakan ini menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian dan duit rakyat lebur begitu sahaja.

"Diberitakan pula syarikat Belgium, Fitraco NV nak ambik balik buaiannya kerana ada pihak pengurusan yang terdiri daripada MSt Ad & Kumpulan Melaka Berhad tak bayar RM 17 juta. Sebelum ini, indah sungguh perkhabaran, kos 24 juta ditanggung swasta, tidak melibatkan wang rakyat. Seolah-olah ada syarikat swasta yang ada duit lebih. Nak tolong tanggung kos buaian itu," jelas Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab.

Bagi Sofi, Kerajaan Negeri lemah dan lembap dalam membuat perancangan semula bagi memulakan sesuatu program dan dan projek.

"Di saat Melaka dikatakan Maju 2010, Eye On Malaysia pula kena sita, siapa yang malu dan siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Sejak dari awal lagi saya sudah menjangkakan ini adalah projek membazir. Duit rakyat hangus begitu sahaja," jelas Sofi lagi.

Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka yang menjadi antara tarikan utama pelancongan sejak lebih setahun lalu, disita jam 9.30 pagi semalam, sekali gus terpaksa memberhentikan operasinya.

Tindakan menyita kawasan berkenaan dilakukan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu, membenarkan permohonan pemilik asal roda gergasi berkenaan dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambilnya balik dari Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik roda itu di sini.

Arahan bagi memaklumkan mengenai tindakan menyita tempat itu disampaikan oleh seorang peguam yang mewakili Fitraco NV kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Eom, Mahadzir Yunus di tapak roda gergasi terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Sumber - EraPakatan.com

Tuesday, January 5, 2010

Tuan Haji Anual Bakhri Haroon- Bekas SU Politik TG Nik Aziz

Tuan Haji Anual Bakhri Haroon, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan semenjak 1999 telah diarahkan menulis surat perletakkan jawatan oleh Menteri Besar YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 27 Disember 2009. Abe Aji Anual kemudian menyiapkan surat itu seperti diarahkan dan diserahkan kepada Tuan Guru MB.

Bila MB tengok di dalam surat itu tercatat notis 1 bulan, MB mengarahkan Abe Aji Anual membuat surat baru dan mengarahkan tarikh kuatkuasa perletakan jawatan adalah serta merta.

Abe Aji Anual akur dan mengundurkan diri seperti yang dikehendaki, Beberapa hari kemudian Setiausaha Sulit MB menalifon Abe Aji dan meminta Abe Aji hadir ke pejabat atas arahan Tuan Guru bagi menjalankan tugasan rasmi seolah dia masih lagi Setiausaha Politik. Dengan cara terhormat, Abe Aji menolak arahan tersebut kerana dia bukan lagi Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Kata orang putih, Anual Bakhri diperlakukan seperti ‘a piece of meat’. Kenapa? Dan ikhlaskah Tuan Guru melakukan demikian kepada Anual Bakhri yang begitu setia dan sayang kepada Tuan Guru.

Saya sudah tahu hujung pangkal ceritanya dan siapa yang menekan Tuan Guru berbuat demikian. Mungkin penyanyi dangdut, oops maaf penulis blog bernama Nik Amalina boleh menggelekkan kita versinya dulu. Saya pasti rakyat Kelantan ingin juga tahu sama ada ini adalah satu lagi projek “Meja Bulat Pulau Melaka”.

Sementara itu, demi menghormati Abe Aji Anual Bakhri, seorang insan seni saya akhiri posting ini dengan ungkapan dari naskah, Matinya Seorang Pahlawan karya Seniman Negara Usman Awang.

“Buat Baik Berpada-pada… Buat Jahat, Jahat Sekali!”

Hebatnya Askar Prebet Malaysia

Dipetik dari Tulisan Sofi Wahab


Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.

Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.

Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.

Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.

Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.PELIK WAL AJAIB.

Sunday, January 3, 2010

Pengertian Allah swt Sebenar

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia. Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.

Pertama : Surah Al-Ankabut : 61

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Kedua : Surah Al-Ankabut : 63

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

(Surah Al-Ankabut : 63)

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

sumber http://g-82.blogspot.com/

baca lanjut di bloh ini

Carilah ilmu dan fahami ia kerana ilmu Allah swt itu Maha Luas..

Tali Barut Umno dlm PAS

Saya dah kata. Agenda "Kerajaang Perpaduang" masih segar bugar. Lebih-lebih lagi apabila "famili" Tok Guru telah berjaya mengawal Tok Guru seperti yang dirancang oleh UMNO. Sebelum PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi, Nasaruddin pun menyatakan pendirian sama seperti pendirian yang dikeluarkan oleh UMNO. Bukankah ini asas kepada konsep "Kerajaang Perpaduang"? Yakni, isu yang UMNO naikkan, PAS akan sambut dan sebaliknya.

Nasaruddin dilaporkan oleh UTUSAN MELOYA berkata:


Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Walaupun nampak seperti betul, tapi kita harus melihat isu ini dari aspek lain juga. Mengapa UMNO yang ada track record lebih 50 tahun menentang Islam, tiba-tiba berminat sangat dalam isu ini? Apakah PAS sepatutnya menyokong UMNO dalam hal ini?

Jelasnya, ini adalah sebahagian dari agenda "Kerajaang Perpaduang" yang selama ini dijaja oleh pemimpin Pro UMNO dalam PAS.

JANGAN LUPA UMNO PERNAH ANCAM DARURAT KALAU HUDUD DILAKSANAKAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU. Penentang syariat Islam inilah yang disokong agenda mereka oleh Nasaruddin Mat Isa.

NASARUDDIN SENYAP DALAM ISU JUDI. APASAL?

Heran ke tidak? Masa Najib lulus 10 lesen judi kenapa Nasa tak bising? Bukankah lesen judi ini JELAS HARAM DALAM ISLAM? Bukankah itu satu tindakan yang jelas MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM?

Bukankah menghalalkan benda yang haram itu menyebabkan seseorang itu jadi kafir?
Soalnya mengapa Ustaz NAsaruddin sebagai Timbalan Presiden PAS tidak memaksimakan isu ini?

Bukankah UMNO telah menghalalkan judi semenjak penubuhan UMNO itu sendiri (i.e. Loteri UMNO 1951).

Jadi, saya tak terkejut Nasa tak naikkan isu judi dan terhegeh-hegeh dalam isu "Nama Allah" ini.

Nasa dah tak tau beza antara mana yang haram dengan mana yang tak jelas haram walaupun dia belajar di Jordan.

ISU NAMA ALLAH MASIH BELUM MUKTAMAD

Apakah Nasa lupa, seluruh mahkamah dalam Malaysia adalah terletak di tangan UMNO. Kalau UMNO mahu, mereka boleh campur tangan dan mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sesuai dengan kehendak kita.

Namun, Nasaruddin telah menelan bulat-bulat agenda UMNO dan menjadi pengempen percuma kepada UMNO dalam isu ini.

Mengapa Nasaruddin tak boleh tunggu dan lihat sebelum menawarkan diri untuk menjadi alat UMNO dalam isu ini.

Lagipun, isu ini belum muktamad kerana isu ini masih akan berlegar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ini akan memakan bertahun-tahun selepas ini.

Mengapa Nasaruddin sebuk pasal isu yang tidak jelas haram seperti ini? Bolehkan Nasaruddin tunjuk satu fatwa dari Al Azhar yang mengharamkan orang bukan islam menggunakan perkataan "Allah"?

Isu judi itu JELAS HARAM dan NASA SENYAP SERIBU BAHASA.

ISU INI MENGUNTUNGKAN UMNO BUKAN PAS

Nasarudding suka menaikkan isu-isu yang menguntngkan UMNO bukan PAS. Isu ini, kalau diambil dan diperjuangkan PAS, hanya akan menguntungkan UMNO. Sokongan pada PAS tidak akan bertambah dalam isu ini.

Cara terbaik adalah menyedarkan orang MElayu bahawa UMNO mahu menggunakan isu ini sahaja untuk menaikkan imej mereka. Mereka mahu menyamar kononnya mereka adalah pejuang ISlam.

Padahal UMNO ini juga yang telah:

a. Menghalakan perkara2 yang haram

b. Mengugut kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan tindakan MAGERAN dan DARURAT sekiranya hudud dilaksanakan di sana

c. Menghalang setiap usaha untuk melaksanakan hukum syariat Islam di Malaysia

UMNO sendiri penentang Islam nombor satu. Logiklah mereka ini akan memperjuangkan ISlam?

ISU JUDI TIDAK SELARAS DENGAN AGENDA KERAJAANG PERPADUANG?

Nasaruddin heboh isu ini, isu Nga dan beberapa isu sebelum ini yang mana isu2 ini isu yang diambil oleh UMNO. Ertinya, Nasaruddin hanya mahu mengambil isu-isu yang selari dengan kehendak UMNO.

Apabila isu itu merugikan UMNO (seperti isu pemberian lesen judi oleh Najib), Nasaruddin sepertinya senyap sunyi.

Bagi saya ini bererti agenda Kerajaang Perpaduang masih hidup dan segar bugar.

Kita akan melihat lagi banyak isu2 "bersama" yang akan diperjuangkan oleh Nasaruddin dengan UMNO.

Kalau Nasaruddin bijak, beliau akan mempersoalkan bagaimana UMNO gagal mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi sedangkan semua orang tahu mahkamah di Malaysia di bawah pengaruh UMNO.

Wallahualam

Tulang Besi

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Menyambut tahun baru 2010 semoga ia memberi lebih makna terhadap perjuangan kita sebagai khalifah di muka bumi ini .



Salam dari INFOBiCARA !!!!!!
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar