Monday, January 31, 2011

Analisa Tenang -MCA sudah tidak Relevan???

Tenang dalam banjir: Kemenangan UMNO didahulukan?

Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Belum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek. MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".

PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak. Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam BN, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.

Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.

Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.

Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri. Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.

Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya. Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.

Kedudukan PAS di kawasan campuran

Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS. Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.

Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".

Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!

Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.

Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS. Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim. -MR

*Analisa ini disunting daripada beberapa laporan dan tulisan yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Faktor Banjir Pengaruhi Jumlah Undi PAS

Hujan lebat sepanjang hari di DUN Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan. Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina yang menjadi bank undi Pakatan Rakyat tidak dapat keluar mengundi. Senario ini juga menyebabkan BN begitu mudah untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya DUN Tenang sebenarnya. Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadu ia tidak dilakukan secara adil. Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda yang merupakan penyokong kuat BN. "Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua (foto) dalam twitternya. Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, dilihat telah menjejaskan keputusan pilihan raya kecil kali ini.

[Jika benar dakwaan ini, maka ia sesuatu yang cukup mendukacitakan sebenarnya. Kenapalah pilihanraya terus diadakan dikala bencana alam sehebat ini melanda DUN Tenang. Sewajarnya, pihak SPR lebih jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebenarnya. Inilah yang terjadi, apabila dalam keadaan huru-hara akibat banjir yang melanda maka mereka memanipulasi penggunaan kenderaan dengan sebaiknya. Lantaran itulah kita dapati majoriti kaum Tionghua yang sepatutnya mengundi PAS dalam Pilihan Raya Kecil kali ini akhirnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ini amatlah tidak adil dan jelas merupakan satu penganiayaan buat rakyat yang ingin mengundi itu].

BN Menang tetapi tidak memberansangkan


BN : 6699
PAS : 2992

Majoriti : 3707 Undi.

BN hanya kelebihan 300 undi lebih berbanding PRU 12. Setelah segala jenis jentera kerajaan disalahgunakan termasuk SPR dan trak tentera , mereka hanya memperolehi lebih 300 undi berbanding PRU ke 12.

Nampaknya BN pasti tumbang di PRU ke 13..

Sunday, January 30, 2011

80% Undi cina akan ke PAS -Macammane dengan undi Melayu???

80% undi Cina akan pergi kepada calon Pas. DAP berjaya yakinkan orang Cina untuk sokong PAS.

MCA bakal kalah teruk dari disokong orang Cina di seluruh Malaysia. Ini satu tamparan hebat buat Presiden MCA.

Yang jadi masalah pada PAS ialah Melayu sendiri. Melayu Johor lebih sokong UMNO. Melayu negeri lain juga tak ramai yang sokong PAS.

PAS nampaknya tak boleh bawa ramai undi Melayu untuk sokong DAP. Melayu pecah undi untuk sokong PAS atau PKR. Melayu PKR boleh terima DAP. Tapi belum tentu melayu PAS akan bagi undi pada DAP.

PAS kemungkinan akan menjadi liabiliti kepada PKR. PAS perlu buat sesuatu sebelum disingkirkan dari PKR.


LABIS: The Tenang Malay and Indian votes are considered “in the bag” for the Barisan Nasional (BN), but the 5,766 Chinese voters here – who make up 39% of the electorate – may still prove a headache to the BN.
And BN, especially the MCA, has much to worry about – and not just in Tenang.
Opposition sources are predicting that at least 70% of the Chinese will vote for PAS candidate Normala Sudirman on polling day tomorrow.
Sewing up the Chinese votes could spell trouble for not only MCA in Johor but nationally; and that’s why the DAP machinery is all out to woo the Chinese here.


Political observers say that MCA’s credibility is at stake if MCA president Chua Soi Lek himself and his son Tee Yong, the Labis MP, can’t convince their own supporters to back BN in their own homeground.
Johor DAP chairman Dr Boo Cheng Hau even predicted that PAS is only 3% away from clinching a victory.
“This is possibly a historic moment for us and we’re fighting the best fight we can. This used to be a MCA stronghold, but not any more. We have 48.5% of the votes and BN 51.5%, so only 3% is needed for a win,” he said at a ceramah.
He told FMT that DAP expects 80% votes from the Chinese, 30% Malays and 40% to 50% from the Indians.
However, most of his colleagues were more conservative, though equally optimistic.
“We can’t win this seat due to the strong Felda votes,” said another opposition leader. “But if we put up a strong enought fight and push for 75% votes, we can see a crisis for MCA because two of its presidents hail from here.”
He noted that the crucial factors to gain more Chinese votes are the return of outstation voters and the support of elderly women, which DAP conceded was MCA’s forte.
Lower confidence
Another leader, from PKR, said that a bigger Chinese turnout in Tenang, a well spread-out multiracial seat, could augur a takeover of Johor in future. But the votes of other races were crucial too.
In 2008, PAS secured between 50% and 67% of the votes in three main Chinese majority polling districts here, namely Labis Tengah, Labis Timur and Labis. This, according to some observers, put Chinese support for the opposition at 57% to 60%.
It is understood that MCA is aiming for a 5% swing in Chinese votes, but the Chinese component party of the ruling coalition seems to have a lower confidence than DAP.
“MCA must transform or else it will be very difficult. The DAP has really captured the minds of the people,” said an MCA leader, who wished to remain anonymous.
The leader, who has been in Tenang, admitted that Chinese response towards MCA has “not been so good”.
He said that Soi Lek’s handling of the independent Chinese school issue had disappointed many.
Tee Yong, the Deputy Agriculture and Agro-based Industries Minister, himself was more conservative in his estimates.
“We’re hoping for 50% of the Chinese votes,” Tee Yong said, adding that MCA had about 42% support from the Chinese the last time around.
Sources from the ground told FMT that BN is looking at securing a majority of some 3,000 votes.
“Malay votes are at about 80%, Indians 60%, while we expect Chinese votes to be at about 45% for BN,” said a political observer.
“The DAP predicts that it can bag up to 70% but it is using only Labis Tengah as a yardstick. The surrounding areas are actually better.”
“MCA’s support in Johor now is a bit low. The party is aiming for a 5% increase but I predict it wil get 3% at most,” she said.
A swing in Chinese votes would also mean that PAS has slowly succeeded in shedding its extremist Islamic image among the Chinese here.
Last night, Normala wished a crowd of mainly 100 Chinese here a Happy New Year.
“For Chinese New Year we usually want to change new clothes but this Jan 30, we want to change the government.
“Huan! (change) Huan! Huan!,” she cried.
Voting for the two candidates Normala and her BN opponent Mohd Azahar Ibrahim begins tomorrow morning and results are expected to be announced by 8pm.
Source.

UMNO tak mungkin menang majoriti lebih 5000 undi??

Walaupun dari awal lagi Najib Razak letakkan target supaya calon BN menang besar pada PRK kali ni, peluang untuk angan-angan tu jadi kenyataan sangat sukar untuk BN.

Malaysiakini semalam melaporkan:

Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang yang dijadualkan esok dijangka memihak kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. Namun hasrat Umno untuk meraih majoriti melebihi lima ribu undi diramalkan tidak kesampaian.

Laporan banci badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN sehingga kini mendahului PAS dengan majoriti sekitar tiga ribu undi.

BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi.

Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).

Menurut ILHAM, kajian dijalankan pada 26 hingga 28 Januari 2011 lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka. - Mkini
Apa pun, kajian tu dibuat sehingga 28 haribulan. Dalam masa 2 hari banyak boleh berubah. Tambah-tambah pulak stail demokrasi ala Malaysia yang dah Umno BN pupuk lebih 50 tahun, masih terdapat ramai pengundi yang undi depa boleh dibeli. Kalau kena dengan harganya memang depa sanggup jual.

Umno BN tentu sanggup bali walau pun ditawarkan harga yang tinggi. Pasainya, Umno BN perlu menang PRK kali ni, bukan setakat menang tapi kena menang besar sebolehnya majoriti melebihi 5,000. Kalau pun mungkin tak sebesar tu tapi Umno kena menang dengan majoriti melebihi majoriti PRU12 yang lalu.

Di pihak Pakatan Rakyat pulak, PAS memang sejak awal lagi tak letakkan harapan yang tinggi untuk menang PRK kali ni. PAS memang sedar Dun Tenang adalah kubu kuat Umno. Dengan ada 3 Felda dengan pengundi lebih 5,000 orang peluang PAS untuk memang sangat nipis.

Kalau calon PAS berjaya mengurangkan majoriti pun sudah dikira satu kejayaan yang memalukan Umno BN. Harap-harap, satu keajaiban berlaku hari ni, dan pada awal malam nanti calon PAS diumumkan sebagai pemenang.

Apa-pun, selamat mengundi kepada pengundi Dun Tenang. Jangan lupa baca bismillah sebelum memangkah.

Saturday, January 29, 2011

Gobala Tinggalkan PKR

Sepatutnya Gobala perlu tinggalkan PKR lebih awal kerana PKR tidak memerlukan pemimpin yang tidak setia kepada pimpinan Parti.

Bagaimana ingin melaksanakan agenda rakyat sekiranya bile tidak mendapat sokongan daripada pimpinan parti , tak dapat jawatan dlm parti ,mula mengkritik parti. Pemin\mpin PKR seperti ini sangat dialu-alukan utk tinggalkan PKR kerana mereka tidak ubah seperti anai2 yang akan merosakkan Parti.

Pegi mampus Gobala...

PRK Merlimau ,Melaka




Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

abdul aziz yusof ec spr chairman electionPerkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

azlanDaftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Dedah MC Suami Cikgu Mala

Harakahdaily

LABIS, : PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.

Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.

Tenang: Walau Pun UMNO BN Guna Pelbagai Cara Untuk Jatuhkan Kreadibiliti Calon PAS Namun Ia Tidak Jejas Sokongan Rakyat Kepada Cikgu Mala !!

LABIS 28 Jan [11.45 pm] - Walaupun UMNO BN menggunakan pelbagai cara untuk merendahkan kredibiliti calon Pakatan Rakyat DUN Tenang Normala Sudirman namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan Pimpinan Pakatan Rakyat dan pengundi DUN Tenang terhadap beliau. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), yakin Normala mampu membawa isu dan suara rakyat ke Menurut beliau, menghantar seorang lagi calon BN hanya menambah golongan 'pak angguk' di DUN Johor dan tidak mampu menyuarakan kegusaran rakyat.Dewan Undangan Negeri Johor. "Kita mahu dia bawa isu rakyat. Bukan kita mahu dia ke DUN setuju semua. Dah ramai dah wakil Umno di situ, cukuplah. Yang tak payah belajar banyak. Nak jadi wakil rakyat Umno senang, cakap 'saya setuju'. Yang kita nak ialah yang boleh bawak bawak masalah. Masalah apa sekarang? harga barang," tegas Anwar. "Jadi kalau tanya apa dia isu Cikgu Mala dalam PRK ini, jawab. Isu ekonomi, isu makan minum kita, isu pelajaran anak-anak. Isu hidup kita yang perlu diangkat Wakil Rakyat ni bukan wakil Menteri, bukan wakil Menteri besar. Tapi wakil rakyat. Kita guna istilah wakil rakyat begitu," katanya. Anwar berkata demikian di Felda Chempelak Barat yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Labis. Walaupun dalam hujan lebat, penduduk di situ setia menanti kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan lain-lain.

[Dalam ketika media arus perdana yang semakin berselera memaparkan berita berat sebelah kepada calon BN dalam pilihanraya kecil ini, nyata sekali ia tidak melunturkan para pejuang Pakatan Rakyat sebenarnya. Malah, kekuatan Cikgu Normala kian terserlah sekarang disaat calon BN rupanya berhadapan dengan satu skandal penyelewengan yang melibatkan rakyat di kawasan DUN Tenang itu sendiri. Maka itu, diharapkan sokongan rakyat kepada calon PAS itu akan bertambah. Malahan, jika tidak menang sekali pun ia diharap akan menjadi pemangkin kepada perjuangan yang lebih besar selepas ini. Kagum juga melihat Cikgu Mala yang begitu bertungkus lumus untuk berjuang membela rakyat walau pun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu].

Sekiranya BN Menang besar di TENANG Esok....

Dari Blog :Buletin Online

Jika pengundi DUN Tenang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;

1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.

2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.

3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.

4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.

5. PAS akan terus lemah di Johor dan orang melayu Johor tidak ada peluang untuk membuat rundingan yang lebih menguntungkan dengan Kerajaan BN kerana Kerajaan BN tidak gusar sedikit pun bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka dalam mana-mana pilihanraya.

Baca dari sumber>>

Thursday, January 13, 2011

Khairy patut debat dengan saya bukannya Anwar, kata SU Agung PKR

Oleh Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, 13 Jan – Gelanggang cabar-mencabar memperlihatkan kehangatan dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar berdebat dengan beliau.

Saifuddin berkata Ahli Parlimen Rembau itu sepatutnya berdebat dengan beliau, bukannya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan kedua-dua mereka merupakan pemimpin barisan kedua dalam parti masing-masing.

“Memandangkan Datuk Seri Najib Razak tidak bersedia, maka pemimpin barisan kedua boleh teruskan. Khairy harus menghantar surat jemputan kepada setiausaha agung, bukannya Anwar.

“Saya bersedia untuk debat dan Khairy, selaku graduan Oxford, tidak sepatutnya ada masalah,” kata Ahli Parlimen Machang ini kepada The Malaysian Insider.

Jemputan rasmi Khairy dihantar ke pejabat Anwar pagi tadi.

Malam tadi, seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mengajak Khairy berdebat dengan beliau berhubung dasar ekonomi dibawa Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Dewan Pemuda PAS juga mengajak Khairy terima jemputan mereka untuk sertai forum mengenai aspek itu minggu depan di ibu negara.

Ia akan memfokus Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Alahai Khairy.....kesiannya....meroyan tak bertempat

Khairy hari ini mencabar DSAI ( Datuk seri Anwar Ibrahim ) utk berdebat dengannya. Tetapi Khairy tak sedar yang dirinya selaku Ketua Pemuda UMNO/BN pun , dia tidak diiktiraf oleh Najib dengan tidak diberi apa2 jawatan dlm kerajaan. Bayangkan , Mukriz dan Razali yg kalah dlm perebutan jawatan Ketua UMNO dilantik oleh Najib sebagai Timbalan Menteri , tetapi khairy sengaja dibiarkan melopong .

Oleh kerana meroyan utk tunjukkan pada Najib yang dia ni hebat, dia mencabar DSAI utk berdebat walhal dia tidak ada tempat di dlm kabinet Najib.

Malang sungguh nasib Khairy. Meroyan tak tentu pasal. Samada beliau tidak sedar yang beliau sendiri "tiada Harga " dlm BN / UMNO ataupun dia perasan yang dia ni sangat bernilai dlm UMNO /BN..itulah Khairy .

Monday, January 10, 2011

Rosmah Ke Asia Barat utk Lawatan Kerja? PM Malaysia takut bini????

Rosmah mansor dan rombongan telah berlepas ke ARAB Saudi , Oman dan Bangladesh utk lakukan lawatan kerja. Soalnya ,apakah Rosmah selaku isteri PM layak utk 'melakukan lawatan kerja ' bagi pihak kerajaan Malaysia.

Dia bukan orang politik dan juga bukan seorang menteri, apa perlunya menghabiskan wang rakyat keluar negara dan melakukan kerja rasmi negara sedangkan beliau bukan seorang menteri.

Malaysia mempunyai seorang menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dan juga bagi portfolio tertentu mengapa rosmah yg. tidak ada jawatan dan bukan ahli politik diberi layanan yang hanya boleh dinikmati oleh seorang menteri atau PM.

Atau hanya kerana beliau isteri PM,dia boleh mencampuri segala urusan kerajaan sedangkan isteri PM yang terdahulu seperti Siti Hasmah dan Tun Jeane tidak pernah mencampuri urusan kerajaan.

Najib perlu tegas dlm hal ini kerana persepsi rakyat pada hari ini ialah Rosmah mencampuri urusan kerajaan , dengan kata lain PM malaysia takut bini!!

Sunday, January 9, 2011

Satim Ketua Pembangkang: Makin Meningkatkah Prestasi Perbahasan Di Dewan Negeri Selangor ?

YB Datuk Mohamad Satim bin Diman Ahli Dewan Negeri Seri Serdang telah dilantik mengetuai barisan pembangkang di Dewan Negeri Selangor berikut dari penarikan diri Datuk Seri Khir Toyo dari jawatan berkenaan kerana menghadapi kes mahkamah. Kita mengucapkan tahniah kepada Satim. Perlantikan Satim adalah kerana mengambil kira beliau sebagai Wakil Rakyat senior dan pernah memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan, sebelum kalahnya BN dalam pilihanraya Mac 2008. Lebih dari itu semasa Khir Toyo menjadi Ketua Pembangkang beliau adalah Timbalan. Dari faktor-faktor berkenaan selayaknya beliau mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang yang dikosongkan.

Fungsi utama Wakil Rakyat sebagai Adun, ialah menggubal undang-undang dan menjadi jurucakap rakyat di dalam Dewan menyampaikan aduan, cadangan dan buah fikiran yang bernas bagi kepentingan rakyat dan negeri. Sebagai Ketua Pembangkang seharusnya Satim memimpin Adun-Adun Pembangkang menjadi kumpulan yang aktif, dinamik, berwibawa dan mampu membahas isu-isu yang ditimbulkan di dalam sidang Dewan dengan kritis, berfakta, membina dan mengangkatkan dewan sebagai institusi yang bermutu, berwibawa dan dihormati. Ketua Pembangkang hendaklah menjadi contoh yang baik bagi kumpulan pembangkang, bahkan bagi seluruh ahli dewan bukan saja bagi Dewan Negeri Selangor, bahkan bagi dewan-dewan negeri yang lain. Apakah perlantikan Satim sebagai Ketua Pembangkang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi ini ?

Kita berpendapat dengan tidak menafikan kekuatan dan kelemahan yang ada pada Khir Toyo yang mempunyai pengalaman yang banyak di dalam mentadbir negeri Selangor sebagai Menteri Besar, memimpin dewan dan ketua pembangkang, Satim jauh tidak berkemampuan menandingi Khir Toyo. Sepanjang bersama di dalam Dewan, bahkan beliau sebagai Timbalan Ketua Pembangkang dan Timbalan Speaker, Satim tidak dapat menandingi wibaya Khir Toyo. Dengan ini saja sudah menunjukkan mutu kepimpinannya sebagai Ketua Pembangkang lebih rendah dan tidak dapat menandingi kewibawaan Khir Toyo, bererti mutu perbahasan di dewan sebagai Ketua Pembangkang akan menurun. Sepanjang bersama di dalam Dewan Satim jarang menyertai perbahasan secara serius, bermutu dan berfakta. Imejnya memperlihatkan lebih suka menghentam pihak kerajaan tanpa memberi pandangan yang bersifat konstruktif. Selain dari membandingkan beliau dengan Khir Toyo, jika dibandingkan beliau dengan YB Sdr. Azmin Ali Adun Bukit Antarabangsa sebagai whip PKR di dalam Dewan Negeri Selangor (beliau kini Timbalan Presiden PKR), YB Azmin jauh lebih teliti dan bernas cadangan dan buah fikiran. Beliau sering bercakap dengan fakta-fakta, bahasa yang tersusun, hujah-hujah yang konkrit dan bersifat membina. YB Satim tidak mencapai kelas ini. Bahkan jika dibandingkan dengan YB Ng Swee Lim Adun Sekinchan, Whip DAP - Satim masih tidak dapat menandingi YB dari Sekinchan dari segi kepetahan bercakap, mengemukakan isu-isu yang menggemparkan Dewan dengan isu dan persediaan yang dibuat. YB Sekinchan antara Adun yang menghidupkan Dewan. Harapan Dewan Negeri lebih hidup dan bersemarak dari pihak pembangkang nampaknya tidak akan tercapai. Apa yang diucap oleh Satim bahawa dia akan mengisytiharkan perang terhadap PR di dalam Dewan Negeri akan datang akan lebih bersifat perang mulut sebagai tembakan peluru kapur dari peluru hidup !!!

Tanpa berniat untuk merendah-rendahkan YB Satim bersama kumpulan pembangkang, kita melihat dari kalangan pembangkang ada yang lebih berwibawa dan berintegriti yang wajar dikehadapankan. Tokoh yang dimaksudkan ialah Dato` Mohd Shamsuddin bin Lias Adun Sungai Burung. Sebagai seorang Bekas Pegawai Daerah beliau selalu bercakap di dalam Dewan secara bernas, berfakta dan konstruktif. Beliau antara Adun dari pembangkang yang rajin dan menghidupkan perbahasan di dalam dewan. Di atas kewibawaan beliau dan ketelusan kerajaan pihak Dewan pernah melantik beliau sebagai Pengerusi PAC yang YB Lee Kim Sin Adun Kajang pernah menarik diri dari mengetuai PAC, kerana memberi ruang dan peluang kepada YB Dato` Mohd. Shamsuddin memandangkan pengalaman yang ada padanya. Malangnya selepas beliau menerima, ada tekanan dari pihak pembangkang agar menolaknya. Kita berpendapat oleh kerana Ketua Pembangkang telah dilantik, adalah wajar YB Dato` Shamsuddin dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang.

Walau apa pun kekurangan kita berharap YB Satim akan berusaha meningkatkan prestasi sebagai Ketua Pembangkang dan kumpulan. Kita mengharapkan mutu dan prestasi perbahasan Dewan akan meningkat. Kita bersama mau mengingatkan, budaya dan tabiat tidak menghadiri dewan oleh pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang sekarang hendaklah dikurangkan. Adalah menjadi kebiasaan bagi pihak pembangkang hadir pada sesi pagi dengan jumlah yang agak baik, bila sebelah petang berkurang sehingga tinggal seorang dua dan kadang-kadang tiada langsung. Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku dari kalangan pihak kerajaan.

Bersama-samalah kita mengangkat prestasi dan mutu Dewan Negeri Selangor sebagai Dewan terbaik yang menjadi contoh kepada dewan-dewan negeri-negeri yang lain.

Sekian.

PRU 13 DIJANGKA PADA MAC ATAU JUN 2011

DS Najib telah bertemu pemimpin parti komponen BN pada bulan lepas bagi membincangkan kemungkinan untuk mengadakan PRU 13 sama ada pada bulan Mei atau Jun tahun ini. Pada mulanya BN bercadang untuk mengadakan PRU 13 semasa cuti persekolahan bulan Mac 2011, tetapi telah menilai semula keputusan berkenaan memandangkan projek menjana ekonomi belum begitu berhasil.

Malaysian Insider melaporkan bahawa DS Najib telah bertemu hampir kesemua Ahli Parlimen BN hujung minggu lepas bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai tarikh PRU 13. Sementara Para penasihat Najib (termasuk cawangan khas PDRM, Perisik Tentera, KEMAS, Penerangan, JKKKK/JKKKP dll) telah memberi input bahawa PRU 13 hendaklah dibuat pada awal bulan Jun kerana kegawatan ekonomi Dunia pada suku ketiga tahun ini boleh menjejaskan ekonomi Malaysia. Laporan selanjutnya oleh Asrul hadi Abdullah Sani dari Malaysian Insider.


Najib touts political change over snap polls
By Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, Jan 8 — Datuk Seri Najib Razak believes political transformation is more important than preparations for the 13th general election after meeting fellow Barisan Nasional (BN) lawmakers today.

The prime minister said the meeting was part of BN’s long-term aim of serving and placing the public first.

“This is a long-term process towards political transformation. To make each and every representative of BN more effective to serve the people, to serve the rakyat. The general election is part of the process but it is part of the long-term political transformation,” he told reporters at the Putra World Trade Centre (PWTC) here where the meeting was held.

“We began our political transformation with amendments to Umno’s constitution, then we amended Barisan Nasional’s constitution and now my meeting with every member of Parliament. We did not meet with ministers because they have time to meet with me separately,” he added.

The Malaysian Insider reported last Saturday that Najib will meet all 136 BN lawmakers this weekend to gather feedback on holding early elections as coalition leaders appear to be divided on dates.

The 13th general election was at first expected to be in the first quarter of 2011 — over the March school holidays — but BN is seen to be reconsidering that until a slew of economic projects initiated start to boost the local economy.

Najib’s advisers are pressing for an early June date due to fears that a predicted slowdown of the global economy could affect the local economy in the third quarter.

The Malaysian Insider understands that Najib had earlier last month discussed with BN component leaders the possibility of holding the next general election in either May or June.

However, Najib confirmed that only 105 MPs were present and reiterated that the meeting was briefing BN MPs on the present situation in their constituencies, saying that this was a part of his political transformation effort.

“This is the actual purpose of our meeting because it based on our slogan to place the people first. So we must ensure that every BN lawmaker remains efficient. The BN MPs need support from both the federal and state governments to enable them to inform the government leadership of the people’s problems and how we can help to resolve them,” he said.

The Umno president added that the meeting was helpful for him to get accurate perspectives and information of each constituency under BN.

“In general, I am very satisfied with the reports by the MPs and this is part of our efforts to increase our efforts in solving the people’s problem,” he said.

Najib began meeting with lawmakers from Sarawak and Sabah earlier this morning with roundtable sessions between the BN chairman and secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib and Tengku Adnan meet three MPs at a time for 15 minutes to present the reports on their constituents that were submitted last week.

BN lost four more states and its two-thirds parliamentary majority in Election 2008, prompting then-Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi to hand over to Najib in April 2009.


The Malaysian Insider

Saturday, January 8, 2011

Kerajaan Perpaduan PAS & UMNO /APCO??

Sekiranya benar Hadi Awang & Puak2 PAS terengganu bersetuju utk bergabung dengan BN/UMNO-APCO sebelum PRU13, PAS sebenarnya telah mengambil langkah kebelakang.

Sesungguhnya kepimpianan Hadi Awang akan menjejaki langkah Dato Asri yang hanya akan membawa perpecahan kepada PAS. Pakatan rakyat mungkin akan mengalami masalah untuk menguasai Putrajaya tetapi ianya bukanlah sesuatu perkara yang mustahil walaupun tanpa PAS.

PAS tersilap langkah sekiranya beranggapan sekiranya dengan meninggalkan Pakatan Rakyat , maka Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya. PAS lupa , undi yang diperolehi ketika PRU12 adalah sebahagian besarnya dari undi bukan melayu. Dengan bergabung dengan UMNO/APCO , PAS hanya akan memberi peluru yang amat banyak kepada PR untuk berkempen bagi pilihanraya ke 13.

Malang bagi PAS , sekiranya bergabung dengan BN , PAS tak ubah seperti pelacur kelas atasan . Diperlukan ketika perlu dan dibuang selepas madu dihisap.

PAS seolah lupa penderitaan penyokong bawahan yang diperlakukan seperti haiwan ketika UMNO/ BN berkuasa dengan majoriti besar. Peristiwa Memali , meroboh masjid Bujal , guru / penjawat awam yang ditukarkan sesuka hati kerana menyokong PAS , rampasan kerajaan Perak , royalti minyak terengganu / kelantan dan bermacam jenis kezaliman yang dilakukan oleh UMNO / APCO. Itu belum lagi mengambil kira soal moral pemimpin UMNO yang jelas bapak rasuah dan judi serta kaki betina.

Apakah kerana soal melayu menjadikan Puak2 Pas terengganu ini percaya dengan hanya bergabung dengan UMNO/APCO ,nasib org melayu terbela? nasib sultan/ Raja terbela?

Adakah pimpinan PAS terengganu begitu bodoh dan buta atau jenis cepat pelupa.

Walauapapun percayalah, sekiranya pergabungan PAS dengan UMNO/APCO menjdai kenyataan , PAS akan berpecah kepada 2 dan akan menjadi terlalu lemah ketika era 60/70an , manakala Pakatan Rakyat tetap mempunyai peluang utk memenangi PRU13.

Yang mengundi ialah rakyat. Rakyat yang tertindas akan menghukum barisan politik yang penipu , rasuah , perompak dan penipun walaupun parti tersebut ialah PAS.

Namun , sekiranya UMNO/APCO -BN masih menguasai Kerajaan selepas PRU ke13, PAS hanya akan kekal sebagai komponen BN tak lebih dari satu penggal kerana PAS akan dihalau tak ubah seperti anjing kurap oleh UMNO/APCO-BN.

Cerita disebalik pelantikan Kushrin Sbg SUK Edisi Khakid Samad




Rupa-rupanya ada cerita disebalik perlantikan Khusrin jadi SUK. Yang punya angkara adalah SUK sebelum ni, Ramli Mahmud.

Kata Khalid Samad:

"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata Khalid.

Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.

"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, " kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani.

Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada Menteri Besar mahupun EXCO kerajaan negeri.

"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.

Khalid berkata sehari selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.

"Pada 17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya. - TVS

Nak kata apa lagi?

Memang macam tu la kerja buat puak-puak ni. Depa ni naik dulu pun tentu punya pasai depa ni dah buktikan yang depa ni memang benar-benar taat kepada mazhab Umno. Tentu punya depa ni sangat-sangat wala' kepada pemimpin Umno. Kalau ada bau-bau bacang sikit pun dengan PAS tentu punya depa tak boleh pegang jawatan macam tu.

Pantang ada arahan dari pemimpin Umno, depa ni akan cuba sedaya upaya untuk patuh kepada perintah Umno. Tugas depa sebagai pegawai kerajaan, untuk pastikan seboleh mungkin tindakan depa tu 'mengikut peraturan' seperti yang termaktub dalam perlembagaan/peraturan kononnya.

Walaupun jelas sangat dari segi logik akai orang ramai tindakan tu memang sangat-sangat tak patut, tapi depa sanggup buat dan depa akan gunakan alasan 'seperti yang termaktub dalam perlembagaan/peraturan' untuk merasionalkan kerja buat depa.

Lagi satu, tolong tengok-tengok jugak Mohd Arif Abd Rahman dan Zauyah Loth Khan yang jadi Pegawai Kewangan negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. Kalau boleh lengkong depa berdua ni awai-awai sebelum depa buat apa-apa yang akan menyusahkan kerajaan negeri Selangor di masa akan datang.

Anak Tok Guru Ditawarkan Kontark Lebuhraya Kelantan?

tulah maklumat yang sekarang disebarkan oleh puak2 pro UG dalam PAS. Kebetulanperaka ini sampai kepada telinga Tulang Besi dan sumber maklumat ini pun Tulang Besi tau siapa. Memang mamat yang bagi maklumat ni "barua" UG tahap maksima.

Mereka mengatakan salah seorang anak Tok Guru sedang ditawarkan kontrak Lebuhraya Kelantan yang dirancang semasa pentadbiran Pak Lah selaras dengan projek pembangunan Koridor Timur.

Tujuan diberikan kontrak besar ini adalah supaya anak TOk Guru menjadi "agen" kepada melobi agenda Perpaduang kepada orang tua beliau. Ini kerana halangan yang masih wujud kepada agenda Perpaduang dalam PAS hanyalah Mursyidul Am PAS, TOk Guru Nik Aziz Nik Mat.

Maka, tak heranlah "anak" itu begitu lantang menista mereka yang menentang gagasan PERPADUANG salah satu artikel beliau yang menggunakan perkataan "bodoh" dalam tajuk artikel tersebut.

Lihat sendiri betapa mereka boleh mempermainkan Tok Guru sehingga Tok Guru terpaksa membaca kenyataan yang mereka sediakan bagi menyelamatkan tengkuk Presiden dan SU Agung yang pro UG itu.

AGENDA PERPADUANG SUDAH SEMAKIN HAMPIR KEJAYAAN.

Dengan seorang anak Tok Guru sedang giat berkempen kepada orang tuanya, dan menantu Tok Guru sedang dalam penyiasatan SPRM, maka kita boleh faham betapa sukarnya Tok Guru Nik Aziz mahu meneruskan penentangan beliau kepada agenda Perpaduang ini.

Kalau kita lihat, hampir keseluruhan Majlis Syura Ulama PAS menyokong agenda UG ini. Malahan, di dalam Majlis Syura, hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang menentang agenda ini. Timbalan Mursyidul Am pula adalah penyokong tegar agenda UG ini dan tidak segan silu menyatakan sokongan beliau.

Dalam Dewan Harian PAS pula, Presiden dan Timbalan Presiden adalah juga penyokong tegar agenda ini. Dan antara ketiga-tiga Naib PResiden mungkin hanya seorang sahaja yang benar-benar anti UG. SU Agung pula jelas sokongan beliau kepada UG. Mungkin BEndahari sahaja yang anti UG dan KEtua Penerangan tidak pernah dilihat sebagai anti UG.

DAlam AJK PAS Pusat pula, saya yakin 50% adalah penyokong UG dan 30% yang lain adalah berkecuali. Kalau ada yang anti UG cuma 20% sahaja.

Pesuruhjaya2 Negeri boleh dikatana kesemuanya pro UG seperti Pesuruhjaya Negeri Sembilan dan ADUN tunggal PAS di Negeri Sembilan.

Maka, apabila Tok Guru berjaya dilembutkan tiada lagi halangan membawa PAS menubuhkan kerajaan campurang bersama UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO menggunakan taktik lembut dan keras. Lembut melalui anak Tok Guru yang bakal diberikan kontrak berjumlah Ratusan Juta. Keras melalui pendakwaan ke atas menantu Tok Guru, Arifahmi.

Saya meminta semua ahli2 PAS supaya bersabar dan tunggu sahaja pengisytiharan Presiden bahawa PAS telah meninggalkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan campuran bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian.

Tulang Besi

Wednesday, January 5, 2011

tok-guru-tidak-nafi-berlakunya perbincangan tentang UG?

NOTA EDITOR: Membaca kenyataan rasmi TOk Guru Nik Aziz berkaitan dengan kontroversi Perjumpaan Dalam Gelap 2, saya tak nampak walau SATU PATAH penafian dari Tok Guru Nik Aziz atas berlakunya perbincangan "PERPADUANG". Yang dapat dibaca adalah bagaimana Tok Guru dijemput ke majlis persantapan dan beliau tidak mahu mendedahkan apa yang telah dibincangkan dalam majlis tersebut.

Sudah tentulah Tok Guru tidak akan mendedahkan butiran perbincangan secara terbuka kerana ianya melibatkan Istana. Sekiranya Tok Guru mendedahkan butiran perbincangan kepada umum, maka Tok Guru boleh dituduh sebagai menderhaka atau tidak menghormati Raja-Raja Melayu.

Apa yang Tulang Besi nampak juga, gambar Hj Mustafa Ali dan Presiden PAS tidak berapa ceria sewaktu sidang akhbar tersebut:



Yang jelasnya, khabar Presiden PAS menghadiri majlis tersebut adalah benar. Dan, khabar berlaku perbincangan dalam gelap ke arah PERPADUANG tidak dinafikan oleh Tok Guru Nik Aziz dalam KENYATAAN BERTULIS beliau.

Sama sama kita tunggu perkembengan selanjutnya, inshaalah

Tulang Besi



Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Hebat Anwar bertambah bila digantung

Subky Latif
KEHEBATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dirasa mendatar atau seperti hilang glamour dengan berakhirnya setiap sessi Parlimen.

Bukan dia tidak membuat ucapan yang membuka kelemahan dan kepincangan kerajaan. Banyak yang didedahkannya tetapi reaksi Parlimen dan kerajaan sejuk. Media tidak memberi tempat yang sewajarnya. Perdana Menteri Najib biasanya tidak menjawab apa yang ditujukan sekalipun tepat ke batang hidungnya.

Apabila tindakan Anwar tidak berbalas, lama kelamaan ia seolah-olah lesu.

Nampak tiada beza Anwar dengan anggota pembangkang lain. Seolah-olah Anwar sudah hilang taring.

Begitu juga dengan pendedahannya tentang peranan Apco yang diguna kerajaan Najib bagi mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia syarikat asing yang dikatakan milik Yahudi dan talian dengan Israil. Hingga dituduhnya apa yang diperkenalkan sebagai 1Malaysia ditiru dari Satu Israel.

Jika pembongkaran itu diberi reaksi sepi oleh kerajaan seperti reaksinya biasanya di masa-masa lalu, nescaya kegiatan Anwar itu jadi seperti menyalak bukit. Ia hilang ump dan jadi isu mati. Maka Anwar yang selalunya hebat itu boleh dilihat lesu.

Entah mengapa menteri melenting dan Najib pun melenting. Menteri mengusulkan untuk menggantung keanggotaan Parlimennya kerana dikatakan membuat tuduhan tidak berasas.

Anwar pun mencabar supaya terus tindakan terhadapnya supaya dia dapat membuat pendedahan terperinci. Panas Parlimen satu dua hari. Mulai nampak hebat Anwar. Gara-gara ucapannya yang panas itu dia hendak digantung.

Banyak orang sudah digantung sebelumnya. Kebanyakan engkar arahan Speaker atau melawan Speaker. Anwar tidak berlawan dengan Speaker sebelumnya. Dia hanya membuat ucapan dan tuduhan pedas.

Lepas itu diam. Seolah-oalh dia tidak jadi hebat.

Tiba-tiba Parlimen bertindak menggantungnya menjelang sidang Parlimen hendak ditangguh. Bukan Parlimen saja heboh, alam masyarakat di luar Parlimen ikut gempar terhadap tindakan itu.

Kerananya tiga lagi anggota Parlimen yang membantah cara penggantungan itu dibuat ikut digantung sepertinya juga.

Yang menambah kecoh itu jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan unuk mengenakan tindakan kepadanya tidak memanggilnya untuk membuat penjelasan. Dia tidak diminta untuk membuktikan tuduhannya bahawa 1Malaysia itu diciplak dari Satu Israel.

Macam mahkamah beruk. Yang dituduh didakwa tetapi belum sempat dia diminta memberi keterangan, dia dihukum. Seolah-olah Anwar didakwa di mahkamah rimba yang berhakimkan hakim beruk.

Apakah Anwar ada bukti atau tidak, belum diketahui. Tetapi dia dikenakan tindakan gantung enam bulan tidak boleh menghadiri Dewan.

Ia telah mengembalikan kehebatan Anwar selama ini. Layanan Parlimen dan kerajaan terhadap menggantungnya tanpa memintanya memberi keterangan dan membela diri, menjadikan kes itu luar biasa. Dia seolah-olah seperti menghadapi segala tuduhan terhadap semua kes di mahkamah selama ini.

Apa jua yang dilakukan terhadap Anwar di mahkamah selama ini telah menjadikan Anwar tumpuan semua orang di seluruh dunia. Dia dipukul hingga terbiar separuh mati mengidupkan watak hebatnya selama ini. Akibat dia dipukul orang yang memukulnya dibuang kerja dan dikenakan hukuman yang mengaibkan.

Dipukul, dipenjara, apa yang dimintanya tidak diluluskan. Tidak pernah tilam bantal diusung ke mahkamah, kerana menghadapinya, tilam bantal dibawa ke mahkamah. Orang yang menentangnya habis lenyap tetapi Anwar timbul terus hingga diwar-warkan untuk jadi Perdana Menteri.

Semua yang dikenakan dan dituju terhadapnya tidak mematikan wataknya tetapi dia terus hidup.

Selepas gembar gemburnya untuk menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September tiga tahun dulu tidak menjadi kenyataan, maka orang mula terasa dia sudah hilang hebat. Lepas itu suasana tenang. Dalam suasana tenang begitu Anwar dilihat seperti orang tidak berdaya.

Apabila dia dihukum begitu dia terus jadi perhatian semula. Dengan layanan terhadapnya apa yang dikatakan kelemahannya tenggelam, tetapi yang timbul dia dianiaya lagi dan dizalimi lagi.

Yang menghidupkannya ialah layanan buruk yang tidak adil terhadapnya. Kerajaan yang menghidupkannya. Dia dilayan begitu supaya segala hubungan dan keajaiban Apco tidak terbongkar. Tetapi dengan layanan itu menyebabkan orang percaya ada hamba Apco dalam kerajaan di peringkat tinggi tanpa Anwar membuktikannya.

Selamat Pagi. Mana Ismail Sabri

Harga petrol RON97, minyak tanah naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

mana mail sabri? jangan percaya apa yang menteri umno laknat cakap

Khusrin : Setiausaha Kupang Tembaga

Kupang tembaga ini bermaksud sesuatu yang tidak mempunyai sebarang nilai. Isu SUK ini sudah seperti kes rampasan kuasa DUN Perak apabila para perampas terlupa 'kuasa' Speaker masih berada di tangan PR hingga terpaksa bertindak membuang Speaker yang sah dan diganti dengan Speaker haram.

Nampak gayanya, umno-apco-Be End terpaksa merampas jawatan Menteri Besar dan melantik menteri besar haram bagi membolehkan SUK Kupang Tembaga mengangkat sumpah jawatan.


Baca ulasan Tulang Besi berhubung kedudukan Khusrin SUK Kupang Tembaga, mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan SUK mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia di hadapan Menteri Besar.


Tulang Besi:
Membaca kenyataan pakar Perlembagaan, Lawyer Tommy Thomas, Tulang Besi tertarik dengan satu kenyataan beliau:
Thomas said the MB’s role in the appointment process can be seen clearly in Article 52(4) of the Selangor Constitution, that states: “Before any such official (including the State Secretary) first attends a meeting of the State Executive Council, he shall take and subscribe in the presence of the Menteri Besar the following Oath of Secrecy.”

Dengan kata lain, mengikut Artikel 52(4) Undang Undang Tubuh Negeri Selangor, sebelum mana-mana pegawai kerajaan menghadziri mesyuarat Exco, beliau haruslah mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar.

Sekiranya Menteri Besar menolak untuk hadir di majlis tersebut, maka pegawai itu tidak langsung boleh menghadiri mesyuarat Exco. Dengan kata lain, Khusrin hanya akan menjadi SUK pada nama sahaja, tapi tidak boleh berfungsi sebagai SUK kerana beliau tiada kelayakan menghadiri mesyuarat Exco.

Ini bererti perlantikan Khusrin Munawi:

1.0 Menunjukkan betapa bodohnya Ketua Setiausaha Negara kerana tidak mengetahui peruntukan Undang-Undang Tubuh Selangor ini.

2.0 Menghabiskan duit rakyat kerana terpaksa membayar gaji Khusrin dan elaun beliau

3.0 Mensabotaj kerajaan negeri untuk memalukan kerajaan negeri dengan niat yang sangat jahat. Ya Allah, makbulkan doa laknat aku ke atas Khusrin Munawi dan KSN sewaktu aku mencium kaabah tempohari. AMIN!!!!!

Di sini juga saya ingin menunjukkan KEBODOHAN ZUL NORDIN. Lawyer cabuk bernama Zul Nordin kata:

Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri
Maknya Zul Nordin tak baca Undang-Undang Tubuh Selangor Artikel 97(1) yang membuktikan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Dah nama pun lawyer cabuk. Apa nak harapkan dengan Zul Nordin ni?

Tuesday, January 4, 2011

Tak Perlu Orang Politik Jadi Chancellor-Pelajar UNISEL

Posted by Mohd Shubhi on 04 January 2011
Labels: Masyarakat, Politik
Layakkah Wan Azizah jadi Chancellor?. Dari segi sijil
dia lebih layak dari Rosmah Mansur.

Kumpulan Pro-Mahasiswa di Unisel menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan untuk melantik Presiden PKR Wan Azizah sebagai Chancellor Universiti tersebut menggantikan isteri Perdana menteri yang meletakkan jawatannya sebagai penyandang kerusi Chancellor sekarang.


Mereka sebaliknya mendesak mahukan Prof Khoo Kay Kim dilantik sebagai Chancellor yang dilihat sebagai seorang yang bersih, berpengetahuan tinggi dan banyak menyumbang kepada negara.


Chancellor di universiti-universiti Malaysia terkenal dengan melantik orang-orang kenamaan terutamanya individu beraja menjadi chancellor mereka. Ada juga yang melantik isteri PM sebagai chancellor.




Chancellor adalah seumpama CEO sesebuah universiti sebagaimana amalan sesetengah negara, yang kerjanya perlu memastikan objektif sesebuah universiti itu tercapai. Ada juga negara yang meletakkan chancellor sebagai presiden sesebuah universiti. Untuk memahami kerja seseorang chancellor itu kita perlu tahu apakan tujuan sesebuah universiti itu ditubuhkan?.


Tujuan utama sesebuah universiti adalah untuk melahirkan rakyat yang berilmu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Universiti bukanlah sebuah institusi berorientasikan keuntungan tetapi ia memerlukan juga penjanaan dana bagi menampung segala aktivitinya, tanpa dana bagaimana nak hasilkan sebuah universiti yang hebat.


Orang yang paling tidak layak menjawat jawatan chancellor sesebuh universiti sudah tentu isteri kepada mana-mana PM, jika perlantikannya semata-mata atas dasar dia seorang isteri PM.


Melantik seorang ahli politik sebagai chancellor bukan satu perkara yang tak bagus, ini berdasarkan keperluan sesebuah universiti mengeluarkan mahasiswa yang berfaedah kepada keperluan masyarakat dan juga negara, dan orang politik merupakan orang yang paling terdedah dengan keperluan masyarakat.


Melantik seorang ahli akademik juga tidak semestinya bagus untuk universiti kerana para ahli akademik kebanyakannya amat lemah dalam membuat pertimbangan faktor komersial, ahli akademik lebih kurang sama dengan ahli seni, mereka condong dengan prinsip seni untuk seni, atau ilmu untuk ilmu.


Mungkin ini satu permulaan reformasi perlantikan chancellor kepada orang yang lebih layak. Kita tak mahu tugas chancellor yang hanya muncul untuk menganugerahkan ijazah dalam majlis konvokesyen.

Kedah kutip RM50j premium balak

29 Muharam 1432H
Oleh : ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR - Kedah mengutip premium balak lebih RM50 juta bagi 2010, hampir 205 peratus lebih tinggi berbanding kutipan semasa di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, peningkatan itu adalah hasil keberkesanan sistem tender terbuka yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negeri.

“Perubahan polisi yang dibuat ternyata membuahkan hasil dan bukan untuk menindas mana-mana pihak. Jika saya boleh ubah dasar dan polisi dalam pentadbiran untuk kesejahteraan rakyat, saya akan buat.

“Apa yang saya buat ketika memperkenalkan tender terbuka balak, ada yang tidak puas hati tapi syukur kerana perubahan itu menyebabkan hasil balak meningkat hampir 205 peratus,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, Kedah berjaya meningkatkan hasil balak 205 peratus berbanding sebelum 2008 dengan hasil kutipan adalah hanya sekitar RM8 juta bawah pimpinan Kerajaan BN.

Apabila diambil alih Kerajaan PR pada 2008, hasil balak mencecah RM35 juta dan meningkat kepada RM38 juta pada 2009.

“Tahun ini sukacita saya maklumkan hasil balak negeri bertambah baik mencecah RM50 juta. Hasil balak premium ini adalah atas keluasan tanah 2,400 hektar,” katanya.

Azizan berkata, kejayaan itu adalah hasil ketelusan Kerajaan Negeri mengubah polisi kepada yang lebih baik yang diyakini dapat menambah pendapatan, seterusnya dapat digunakan untuk pembangunan rakyat.

“Inilah polisi yang terbaik pernah saya ubah. Pemberian balak tidak lagi diberi secara anugerah dan setelah saya umumkan dibuat tender terbuka, polisi ini amat berkesan. Ia secara tidak langsung dapat menghindari gejala rasuah dan kronisme,” katanya.

Azizan yakin rakyat kini semakin memahami tindakan Kerajaan Negeri.

Pertandingan Memancing, Judi Rupanya

>> 04 January 2011

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Pertandingan itu adalah berasaskan 'judi' atau qimar. Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

Patutlah di antara hobi di negara kita yang paling mahal hadiahnya adalah pertandingan memancing. Tidak ada pertandingan lain yang melibatkan hobi hadiahnya selumayan itu. RM70/RM80 'Yuran Peneyertaan' adalah biasa untuk satu pancing. Tak pernah pula yang 'Yuran Penyertaannya' sekitar RM10 tetapi hadiahnya lumayan.

Apa yang diperkatakan oleh Dr Asri sepatutnya diberi perhatian terutama penganjurnya yang selalu mengaut keuntungan besar juga. Namun Dr, kenapa lambat sangat untuk dihebahkan!

Oleh Lan Iisma

Kerajaan Perpaduang!!! Bangang tak habis2..Yer Ker???

Sekira kerana Ketuanan Melayu PAS cuba berbaik-baik dengan UMNO, itu adalah tindakan yang bodoh dan silap.

UMNO bila tersepit baru melaung ‘hidup Melayu’ .

Tetapi semasa zaman UMNO menguasai Parlimen dulu tidak pernah seorang pun pemimpin UMNO yang melaung pasai ketuanan Melayu.

Perangai UMNO Semasa Pemerintahan PAS Di Trengganu

Hj.Hadi juga harus ingat apa yang berlaku di Terengganu dan macam mana UMNO memberi layanan semasa zaman pemerintahan PAS dulu. Ingat pasai wang ehsan yang sepatutnya diserahkan kepada gomen PAS sebagai duit royalty, sengaja disekat oleh UMNO.

Bila duit royalty ini bertukar menjadi wang ehsan berapa kerat orang-orang PAS mendapat faedah darinya?

Wang ehsan diturunkan daripada kerajaan pusat diserah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tertentu untuk dibelanjakan kepada kaum puak mereka.

Kalau Hj. Hadi Awang dan Nasharudin, tidak mahu ikut nasihat Mursyidul Am PAS sendiri, dan bertindak untuk tidur sekatil dengan kepimpinan UMNO, konon-kononnya demi perpaduan dan ketuanan Melayu, maka tindakan mereka berdua tak ubah macam 2 ekor katak-katak di Perak dan sekor lagi di Kelantan yang tidak tahu mengenang budi kepada penyokong-penyokong PAS.

Hadi said although PAS did want to be a passenger on the BN “ship” or that of others, it needed to have understanding with other parties on various issues. “It is incumbent upon us to save others from ‘drowning’ in their own ignorance or helplessness when faced with a crisis,” he said.

Bullshit!!! When PAS ship was drowning did UMNO had any thought of saving it? Never in a million years!!!

UMNO is in crisis due to their own misdeeds. Kenapa PAS nak jadi barua mereka pula?

Hj. Abdul Hadi said PAS leaders and members needed to know the kind of enemies they faced. “There are two types of enemies -- real enemy and the enemy that is created or produced. Let us not waste time on the created enemy until we forget the real enemy. There are also those who make us their enemies because they don’t understand us.”

I am sure UMNO knows what PAS stands for and UMNO don't give a damn about PAS.

UMNO is your real enemy, Tuan Hj.Hadi…....jangan jadi buta kerana pangkat dan jawatan......
-"Tumpang Sekole"

Saturday, January 1, 2011

"Third Force" Diketuai Raja Petra Bantu Pakatan di Tenang

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Di sebalik tanggapan bahawa ‘bertegang leher’ dengan Pakatan Rakyat, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diketuai blogger berpengaruh Raja Petra Kamarudin, bersedia untuk membantu perikatan itu ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang akhir bulan depan.

Editor Malaysia Today yang lantang ini, yang kelihatan berselisih dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, mula mengetepikan perbezaan ideologi mereka untuk memfokus pada perjuangan bersama - menghalang Barisan Nasional (BN) daripada merekodkan satu lagi kemenangan pada 30 Januari ini.

BN menang dua pilihan raya kecil serentak awal bulan lepas.

“Majlis Perwakilan PAS UK & Eire, Friends of Pakatan Rakyat dan MCLM akan berganding untuk mengutip dana bagi (membiayai kempen) pilihan raya kecil Tenang.

“MCLM juga akan berkempen pada pilihan raya kecil,” kata Raja Petra yang mengetuai gerakan yang berpejabat di London itu menerusi ruangan beliau “No Holds Barred” hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai “RPK” menambah, kempen gerakan itu akan diterajui blogger Bernard Khoo.

MCLM didaftar di London dua bulan lalu dianggap sebagai ‘Third Force’, yang turut menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS di Tenang. Bagaimanapun Raja Petra membisu sama ada dua calonnya yang dinamakan setakat ini untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13 iaitu Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai akan turun berkempen di Tenang.

Malik memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak disertakan dalam barisan kempen dan tiada sebarang rancangan untuk muncul di Tenang bagi membantu calon Pakatan Rakyat.

“Saya tidak dalam MCLM. Saya fikir MCLM boleh menguruskannya,” kata peguam dan aktivis hak asasi manusia ini. Pun begitu beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kempen itu kelak.

“Ada kemungkinan (untuk sertai bersama),” kata Malik. Khoo yang menguruskan laman Zorro Unmasked menolak tanggapan bahawa ketegangan antara kumpulannya dan perikatan tiga parti itu akan muncul ketika kempen lapan hari nanti.

“Sekian lama, kami sentiasa cenderung kepada Pakatan. Kami sentiasa mengatakan bahawa kami akan menyokong mereka dan kami akan lakukan apa yang kami katakan sejak dari dahulu lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Katanya, apa yang penting ialah memperkukuhkan usaha ke arah pilihan raya umum ke-13.

“Apabila tiba masa kelak, kami akan bercakap mengenainya,” kata Khoo apabila ditanya sama ada MCLM mampu untuk meyakinkan pengundi-pengundi Tenang bahawa calon Pakatan Rakyat adalah yang terbaik untuk mewakili mereka berbanding calon bakal diturunkan BN.

Sehubungan itu kata beliau, adalah “sangat penting untuk menunjukkan bilangan (penyokong) pada hari penamaan calon” jika Pakatan Rakyat mahu bertapak di Tenang.

Khoo berkata, pasukan kempennya akan terdiri daripada 10 orang buat masa ini dan akan memfokus usaha memikat pengundi masyarakat Cina menerusi pendekatan lawatan rumah ke rumah.

“Ia seperti (kempen) ketika (pilihan raya kecil) Kuala Terengganu (awal tahun lalu),” kata Khoo sambil menambah, kebanyakan ahli MCLM, yang kebanyakannya anggota komuniti berita alternatif online akan membawa berita-berita tempatan sebaik sahaja calon yang bakal bertanding diumumkan.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang merupakan yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Penamaan calon pilihan raya kecil Tenang akan diadakan 22 Januari ini dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 30 Januari.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Terdapat 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pemilih biasa, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (5,766), India (1,780), Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171) dan 11 lagi dalam kategori lain-lain.

Isu Senamrobik Teo : Jawapan Untuk Umno !!!

Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad(gambar kiri) membidas serangan pelbagai pihak didalangi Umno dan akhbar Utusan Malaysia yang menghentam Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan menganggap sebagai bermotif politik.

Beliau mempersoalkan pula pelbagai program yang dilakukan golongan rapat dengan UMNO seperti Puteri Umno dan Wanita Umno yang langsung tidak diendahkan sesiapa walaupun pelakunya orang Islam sendiri.

"Kalau pihak Puteri Umno buat, itu tak apa, tak tutup aurat pun tak mengapa. Nak buat apa peduli Teo Nie Ching, dia bukan orang Islam. Patutnya diberi keutamaan kepada orang Islam itu sendiri. Tapi orang bukan Islam yang di'highlight', nak bantai, nak kritik, lepas tu nak jauhkan dia dari masyarakat Islam dan surau. Ini satu sikap yang saya rasa bermotif politik," katanya.

Khalid mengulas mengenai Isu Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya baru-baru ini.

Hal itu mendapat liputan meluas dari akhbar Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang menganggap Teo mencemarkan kesucian masjid.

Teo kemudiannya menyatakan bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.

Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.

Khalid mempersoalkan kefahaman UMNO mengenai Islam yang seolah hanya bersifat luaran sahaja dan tidak menyelesaikan sebarang permasalahan sebenar.

"Sedangkan kita lihat di luar, orang perempuan Melayu ajar senamrobik pakai shorts dan baju ketat tak ada orang bising? Adakah buat dekat surau saja salah, di luar tak salah?Ini yang saya tak faham dengan UMNO ni, Memelayukan Islam sehingga Islam nampak sempit dan mengelirukan," tegas Khalid.TVS

Fuhh..PAS Kembali "Ribut"..???

Tengah kalut kalut isu PKR tetiba meletup pulak pasal PAS. PAS yang damai dan tenang tetiba dikocakkan oleh pemimpin lama. Walaupun nama YB Fatah ni tak seharum mana sewaktu duduk dalam pimpinan pemuda Pusat tetapi beliau masih ada peranan di Kelantan. Samada peranan itu berkesan atau ketinggalan zaman... beliau tetap diberi peranan.

Di saat semua parti termasuk kompenan BN yang mendakwa stabil menangguhkan pemilihan parti masing masing, PAS memilih untuk terus melaksanakannya. Memang di akui ahli PAS adalah ahli yang istiqamah dan tahan diuji. Buktinya pemilihan dua tahun lalu yang menyaksikan bibit pertembungan agak keras di dalm PAS... akhirnya "ribut di cangkir" atau " keruh di muara" itu tenang semula. Itulah hasil tarbiah yang dimiliki ahli PAS. Yang rakus mengejar kuasa... yang ghairah menabur fitnah... tersingkir jua...

Isu UG yang disalah erti dari konsep asalnya menggabungkan seluruh parti di Malaysia bertukar menjadi penggabungan PAS dan umNO yang dijadikan alat senjata menyerang pimpinan tertentu. Isu itu kini dimainkan semula... Sinonimnya ia berulang di saat pemilihan parti. Tentu motifnya jelas diketahui.

Apa yang jelas modus operandinya telah berubah. Dimulakan dengan gaya akademik...membina karektor bakal calon yang akan ditonjolkan... di pihak yang lain ada yang menyerang dari belakang. kumpulan 13 adalah balaci kumpulan ini. Apa janji yang diperolehi tak pasti. Yang pastinya wartawan harakah kekal walau banyak masalah membawa idea dan prinsip serta akhlak jamaah.

Isu ini bermula dengan pendedahan YB Fatah dari Kelantan melalui FB. Ketua Penerangan PAS menyambut dengan meminta pendetilan. Blog blog yang kecewa suatu ketika dulu kerana gagal menjulang pimpinan mereka dalam pemilihan mandapat buah tanggung yang mungkin jua satu perancangan . Ia nampak lebih tersusun dan terancang dari kaedah terdesak dulunya.

Dengan mengulang isu lama... mengoyak luka yang nampak masih ada darahnya... jarum itu disuntik dengan lebih berhati hati.... agar tak terkena tulang yang boleh mematahkan jarum tumpul itu...

Cerita cerita telinga yang disebarkan ia dilakukan atas inisiatif pemimpin tertinggi negara yang dihormati. Apa butiran pertemuan tak dinyatakan...tetapi yang disebut kononnya UG. Beberapa persoalan timbul yang tidak sepatutnya menjadikan isu ini terus bersifat hukuman melainkan dari hati dendam yang menunggu peluang.

1. Apakah ia memang berlaku sebagaimana di sebutkan? Jika berlaku apa motif pertemuan. penjelasan detil sangat diperlukan... alasan belum masanya jelas mempunyai motif yang sangat tidak bersesuaian dengan akhlak islam... apatah lagi hujah "test market"... nampak sangat macam isi perut umNO

2. Jika sekalipun dipaksa menerima motif pertemuan kononnya menyatukan PAS dengan umNO, apakah ada persetujuan? sebagaimana ditegaskan PAS tetap komited dengan PR namun penegasan muktamar juga menjelaskan PAS boleh dan akan terus berjumpa dengan sesiapa sahaja demi kepentingan perjuangan PAS yang melampaui sempadan.

3.Hujah menyatakan sebarang pertemuan dengan umNO menimbulkan fitnah dan kekalutan...-siapa yang menyebabkan kekalutan dan menyebarkan fitnah?

4. Isu kononnya ia pertemuan gelap... apakah perlu di bisingkan semua pertemuan??? apatah lagi ia jemputan pemimpin utama negara yang mesti dihormati? Kita ada prinsip yang di bawa walau di mana kita berada.. hanya orang yang bacul..penakut dan bersalah yang takut bertemu musuh..Islam sangat bersikap terbuka dan boleh berdiri di pentas mana sekalipun demi menyatakan prinsip... itulah dakwah... berbeza dengan mereka yang hanya GILA KUASA...!


Paling menarik isu itu tercetus sewaktu Presiden dan timbalan Presiden berada di luar negara. Presiden berada di luar negara sejak 20 Dis dan hanya akan pulang sehari dua ini. Timbalan juga berada di luar negara. Jika kita masih ingat, isu sama yang berlaku dua tahun dulu juga sewaktu Presiden berada di luar negara. ia memberi ruang ianya berkembang walau untuk sementara.

Nampaknya kali ini isu itu berjalan dengan lunak dan tidak tergesa gesa. Pemimpin yang dulunya ghairah menyerang dengan isu ini terlebih dahulu di watakkan dengan watak komited dan bersifat berkecuali menentang pimpinan. Watak yang lebih menyejukkan di mata pendokong PAS. Pendokong PAS terbukti menolak pemimpin biadab dan tidak berakhlak apatah lagi berkempen memburukkan calon lain dalam pemilihan.

Saya rasa masih terlalu awal untuk pergi jauh dalam isu ini. Ia baru bersifat lontar batu sembunyi tangan... maka biarlah kita melihat sejauh mana batu itu mampu sampai atau setakat mana membahayakan. Tak perlu buang masa terlalu banyak. Namun satu perkara harus diingat.. ia meresahkan ketenangan jamaah..... isu yang timbul juga seakan mengalihkan senjata musuh yang selama ini dihalakan ke arah lain kepada kita. Mungkin ini yang dikatakan semangat Pakatan Rakyat... ada yang rela menjadikan tubuh sendiri diratah musuh... agar sahabat dapat bernafas tenang... atau sememangnya ada anasir perosak jamaah... jika benar...kudis itu wajib dibuang...!!- From Blog Anaksengat

Tirai 2010 dilabuh: Akhirnya ada yang boleh diraikan bersama

Ketika hari-hari terakhir 2010, WikiLeaks, Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) dan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi dilihat seolah- olah sebagai isu penutup 2010 yang hangat diperdebatkan oleh Barisan Nasional (BN) dan PR.

Semenjak Pilihan Raya Umum ke 12, politik negara ini tidak pernah berhenti bergelora dengan serangan demi serangan antara kedua- dua belah pihak samada BN mahupun PR. Keadaan ini berlarutan hinggalah tatkala 2009 melabuhkan tirai dan fajar 2010 menjelang tiba.

Bagaimanapun, dalam kekalutan politik, masih ada yang wajar diraikan bersama oleh kedua-dua pihak bertelagah di penghujungnya apabila wira-wirawati sukan menghadiahkan sesuatu yang membanggakan negara.

Antaranya Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Datuk Nicole Ann David (squash), pasukan hoki negara dan terkini skuad kebangsaan bola sepak.

Ketika 2010 mula menjengah, isu penghujung 2009 kehilangan dua enjin pesawat pemintas TUDM, F-5E masih lagi panas dan mendapat tempat di media-media utama ketika itu.

Kenaikan harga runcit gula

Disamping itu, kedatangan tahun baru 2010 turut ‘diraikan’ serentak dengan pengumuman kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Isu yang turut mendapat liputan meluas oleh media-media tahun ini ialah isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dan masyarakat Kristian negara ini.

Isu hangat ini menambah buruk keadaan lagi apabila wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membakar beberapa rumah ibadat di seluruh negara.

Isu lain menyentuh soal agama yang turut berputar ligat sepanjang tahun 2010 ialah antaranya isu peguam syariah di kalangan bukan Muslim, Syiah di Malaysia dan kes mengajar agama tanpa tauliah yang dihadapi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Selain itu baru-baru ini arahan pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadirinya di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur juga telah menimbulkan bantahan beberapa pihak.

Dalam isu berkaitan keagamaan, ia dihangatkan lagi apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menjadi mangsa permainan politik pihak tertentu setelah menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah surau di Kajang.

Sentimen perkauman

Sementara itu dalam isu membabitkan sentimen perkauman, sehingga 3 Februari sekurang-kurangnya 12 laporan polis telah dibuat gara-gara keceluparan pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung ucapan beliau dalam seminar 1Malaysia di Melaka yang berbau perkauman.

Isu pasir di Selangor antara isu yang mendapat perhatian khususnya media arus perdana. Rentetan isu yang semakin panas ini, pada 20 Januari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah Ketua Pesuruhjayanya yang baru, Datuk Abu Kassim Mohammed telah menahan sekurang-kurangnya 38 orang termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu politik di seluruh negara.

Perdebatan isu Ketuanan Melayu Umno dan Ketuanan Rakyat PR juga merupakan isu yang terus menjadi ‘buah pukulan’ baik dari pihak BN mahupun PR di sepanjang tahun 2010 ini.

Kes liwat 2 yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Kes ini turut telah menarik perhatian ahli parlimen dan anggota senat negara luar.

Royalti minyak Kelantan

Tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan juga mendapat tempat oleh pengamal media sepanjang 2010. Dalam isu tersebut, pemimpin senior Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memilih untuk menyebelahi Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Perjalanan Inkues kematian Teoh Beng Hock yang menambah burukkan lagi wibawa SPRM dan Kerajaan Malaysia juga mendapat menjadi tumpuan masyarakat pada tahun ini.

Turut mencuri perhatian, apabila fenomena lompat parti oleh ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR masih gagal dibendung oleh pemimpin parti itu sekaligus mencemarkan imej parti itu dan secara tidak langsung memberi kredit kepada BN.

Selain Zulkifli Noordin yang dipecat oleh PKR, Ahli Parlimen dan Adun PKR lain ialah Datuk Salehuddin Hashim, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Mohsin Fadzli Samsuri, Mohammad Fairus Khairuddin, Tan Tee Beng dan Wee Choo Keong.

Menteri Besar yang disingkirkan pula, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari yang mengesahkan penyingkiran beliau mungkin akan mengakibatkan situasi monarki mutlak di Malaysia.

Karier politik Chua

Menambahkan kehangatan tahun 2010, apabila Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilihat telah mencapai penghujung karier politiknya berjaya membuat ‘come back’ dengan bergaya apabila memenangi jawatan presiden MCA.

Chua telah berjaya menewaskan bekas presiden Datuk Seri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA pada 28 Mac lalu.

Umum melihat senario politik 2010 kembali memihak kepada BN apabila pada 25 April, calon Barisan Nasional P Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

BN yang mula tampak selesa setelah memenangi PRK Hulu Selangor, menerima tamparan apabila kerusi Parlimen Sibu berjaya dirampas oleh calon DAP, Wong Ho Leng yang menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dan calon bebas Narawi Haron dalam PRK parlimen itu pada 16 Mei lalu.

Bagaimanapun BN menemui semula sentuhan untuk menyekat kemaraan PR apabila memenangi dua kerusi dalam dua PRK yang diadakan serentak 4 Oktober lalu di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 manakala Datin Linda Tsen bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

Sepertimana kelaziman dalam pilihan raya yang di adakan dalam negara ini, kontroversi yang melibatkan dakwaan rasuah politik, ketelusan dan undi pos masih bermain-main dalam setiap PRK yang dijalankan ini.

Pemilihan pimpinan PKR

Pemilihan Pimpinan PKR antara isu yang mendapat liputan meluas dari media perdana dan juga alternatif. Pemilihan tersebut pada awalnya menjadi kebanggaan parti itu kerana merupakan satu-satu parti politik yang memberikan hak memilih pemimpin kepada ahli akar umbi.

Bagaimanapun kebanggaan tersebut bertukar menjadi bencana kepada PKR apabila didakwa banyak penyelewengan telah berlaku bermula daripada proses pencalonan lagi.

Akibat merasa tertipu, calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim telah bertindak keluar parti dan kini menyertai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebelum ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dengan jawatan Presiden parti itu.

Walaupun musim pemilihan PKR telah lama berakhir, namun kemelut berhubung aduan-aduan yang diterima parti sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Turut menerima sasaran kritikan sepanjang 2010 ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan penglibatan aktifnya yang dianggap membazirkan wang negara dan menganggu urusan pentadbiran kerajaan.

‘Sudah jatuh ditimpa tangga’

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pula, antara personaliti yang boleh dianggap sudah jatuh ditimpa tangga apabila ditahan atas dakwaan rasuah yang melibatkan kediamannya yang bernilai jutaan ringgit.

Pada 16 Disember, empat wakil rakyat pembangkang digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan gara-gara mengaitkan APCO, 1Israel dan 1Malaysia. Mereka yang dikenakan tindakan penggantungan itu ialah, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR), Karpal Singh (DAP), S.Sivarasa (PKR) dan Azmin Ali (PKR).

Pendedahan WikiLeaks menghangatkan lagi suhu politik hujung tahun dalam negara ini apabila beberapa komunikasi sulit pemimpin dunia terdedah untuk tatapan umum.

Antara isu yang terjebak ialah kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan yang paling mengejutkan ialah dakwaan terhadap seorang menteri yang merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 tetapi tiada tindakan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri ‘perogol’

Walaupun sehingga hari ini belum ada mana-mana media menyebut dengan jelas nama menteri terbabit, umum telah mengetahui indentiti menteri berkenaan melalui klu yang banyak di paparkan di media-media alternatif.

Ketika 2010 hampir melabuhkan tirainya, PR telah sempat menembak peluru terakhirnya apabila mengumumkan rancangan 100 hari pemerintahan PR dalam buku jingga yang dilancarkannya.

Sedikit sebanyak tindakkan PR ini dianggap mampu membuatkan pemimpin BN berada di dalam keadaan yang merimaskan dan memeningkan kepala.

Pertikaian antara kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR dengan kerajaan pusat juga masih tidak berpenghujung apabila kerajaan pusat didakwa tidak menghormati semangat federalisme.

Terbaru, kontroversi perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah mendapat bantahan Kerajaan Negeri Selangor mula berlegar-legar di penghujung 2010.

Kos sara hidup meningkat

Isu sepanjang 2010 yang tentunya mendapat perhatian rakyat negara ini ialah siri kenaikan harga barangan keperluan sepanjang 2010 yang semakin meningkatkan kos sara hidup rakyat negara ini dan menyebabkan tekanan hidup yang semakin memuncak.

Akhirnya dalam tekanan keperluan hidup dan pertarungan politik yang tiada kesudahan antara BN dan PR, tiba-tiba anak-anak buah K Rajagopal telah menghadiahkan sesuatu yang wajar diraikan bersama oleh semua rakyat negara ini.

Kelmarin, skuad bola sepak negara membolehkan rakyat negara ini menutup tirai 2010 dengan perasaan bangga dan tersenyum apabila anak-anak muda ini berjaya membawa pulang kejuaraan Piala AFF Suzuki setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Malahan pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyarankan dua pemimpin utama parti bertelagah BN, Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bersatu untuk menyambut kepulangan wira-wira muda negara itu petang semalam.

Menurut pemimpin pertubuhan itu, Badrul Hisham Shaharin, SAMM sendiri akan menggerakkan anggotanya untuk menyertai sambutan kepulangan skuad bola sepak negara itu.

Memetik blog Anwar Ibrahim pula, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak negara itu sambil berkata kejayaan tersebut semuga membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011.

Berita gembira ini turut disusuli oleh pengumumkan Najib yang mengisytiharkan hari ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena menyambut kegemilangan sukan bola sepak negara. -FMT

Selamat Datang 2011


Selamat datang 2011 , semoga rezeki bertambah murah dan kebaikan mengatasi kebatilan .

Ikhlas dari Infobicara!!!!
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar