INFOBiCARA adalah satu wadah bagi saya untuk meluahkan pengalaman , pandangan ,atau pendapat dan juga tulisan tulisan dari blogger yang lain untuk dikongsi bersama.Semoga ianya menjadi InfoBicara yang alternatif kepada anda.Selamat Datang !!
Wednesday, June 30, 2010
Mat Said Trg Malu??? Tau Malu ke????
Katanya dia telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membersih dan membaikinya. JKR sudah pun memalumkan tander telah dibuka dan sudah pun ada 40 orang kontraktor. Lantaran itu Mat Said mahu ianya dibersih dan dibaiki secepat mungkin.
Apa yang diperkatakan oleh Mat Said itu, itulah hasrat sebagai seorang Menteri Besar. Apa juga yang berlaku di dalam negerinya dia kena bertanggungjawab. Sudah tentulah kalau pemandangan stadium itu menyerabutkan mata, ia juga turut menyarbutkan otak dan kepala Mat Said. Kalau kepala serabut bagaimana beliau hendak bekerja dengan tenang dan baik.
Bagaimana pun sebelum Mat Said mengeluh beliau hendaklah menyedari hakikat yang berlaku hari ini. Mat Said kena sedar bahawa keadaan negara kita hari ini yang dalam ketiadaan wang. Bukan saja mengenai stadium berkenaan yang masih belum diperbaiki, tetapi perkara lain juga menghadapi masalah sama.
Apakah Mat Said tahu bahawa banyak kontraktor yang telah menyiapkan kerja tetapi tidak dibayar. Tempohnya bukan sehari dua tetapi sudah lebih tiga tahun. Bayangkan kalau projek bernilai RM30 juta pun kerajaan lambat membayarnya macam mana dengan projek baru yang ditander. Tander boleh dikeluarkan seberapa banyak tetapi kalau wang tak ada ia tak jalan juga.
Para menteri pula siang malam bercakap soal projek arah itu arah ini, cadang itu cadang ini tetapi dia tidak fikir mengenai wang. Yang pening mencari wang dan mengagihkan wang ialah pegawai kerajaan. Sesekali Mat Said harus berdialog dengan pegawai-pegawai kewangan negeri, tanya sumber kewangan dan macam mana kedudukan kewangan.
Hakikat yang berlaku hari ini keadaan ekonomi kita pulih, pelabur banyak berminat hanya tembereng saja hakikatnya tak ada pun. Najib Razak sudah berbueh mulut mengumumkan mengenai peningkatan kadar ekonomi negara, setiap tiga bulan sekali beliau umumkkan... tetapi setakat umumkan saja, hakikatnya tidak pun bertambah. Kurang mungkin ada.
Sekali ekonomi negara melonjak 1% kemudian 1.5% kemudian sudah mencecahkan ke 5% atau angka-angka yang diluar dugaan kononnya. Pengumuman dan kenyataan itu hanya ilusi saja dari pemimpin yang berangan-angan untuk memulihkan ekonomi.
Mat Said harus faham ini dan jangan malu dengan keadaan yang ada. Apa yang penting Mat Said kena jaga rakyat Terengganu jangan lapar sudahlah. Pastikan perut orang Terengganu semuanya dalam keadaan kekenyangan. Tidak dapat main bola, main hoki, main tenis, berlumba lari tak mengapa asalkan perut senantiasa kenyang.
Bukan Mat Said sorang merasa malu dengan keadaan yang berlaku, tetapi menteri besar lain juga merasa hal yang sama. Perdana Menteri juga mungkin malu cuma 'gensi' (agah) untuk mengakui akan kelemahannya. Tetapi selama mana beliau dapat bertahan dengan ilusi demikian? Kita tunggulah.... pengakhirannya kelak. [wm.kl.8:15 am 30/06/10]
Posted by mso.im at 8:14:00 AM 3 comments
Labels: Ekonomi merudum
Kelantan Perlu Wujudkan Anugerah Sastera Sendiri
Di situlah juga tempat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih 30 tahun mencurahkan segala ilmu agama, ilmu tasauf, ilmu kerohanian (sedikit-sedikit) dan juga falsafah politiknya. Tempat itu selain dari tempat orang menimba ilmu tempat rasmi bagi Nik Aziz menjawab segala isu yang timbul terutamanya berbangkit mengenai dirinya.
Agak lama saya tidak ke tempat itu. Hampir tiga tahun! Beberapa kenalan kedai kopi (restoran) Sudut Cahaya - kedai kopi yang PM singgah tempoh hari, begitu melihat saya, datang bertanya khabar dan menarik tangan untuk minum di situ. Mereka ini adalah perisik politik Kelantan. Apa saja yang berlaku di sekitar bangunan Pas atau SUK mereka akan mengetahuinya. Mereka juga menjadi askar Pas tidak berjawatan yang berada di barisan hadapan.
Merekalah yang menjadi tetuang parti yang melaung atau menghebahkan apa-apa kepada rakyat di tempat masing-masing. Mereka juga mampu berdebat dan berbahas bagi mematahkan hujah-hujah sampah dikemukakan oleh pihak Umno. Mereka juga gigih dan istiqamah. Setengahnya berkhidmat di situ lebih 40 tahun. Ramai juga yang sudah meninggal dunia. Tau-tau si anu sudah pergi si ani juga sudah tiada. Saya hormat kenalan ini kerana mereka lebih ikhlas dari sesetengah 'penghimpit' politik yang berkerja sambil mencari makan.
Selain untuk berjumpa informa politik di situ, saya ke situ juga untuk 'berbojen' - gunting rambut. Saya berbojen sekali saja dalam setahun. Saya juga macam Mahathir atau Abdullah Badawi, ada tukang gunting khusus. Jadi salah seorang daripada lima tukang gunting di bawah bangunan Pas itu adalah tukang gunting saya. Saya tidak akan pangkas rambut kalau beliau tiada atau sibuk dengan pelanggan lain.
Tukang gunting itu juga menjadi tukang gunting Tok Guru Nik Aziz. Satu hari saya masuk nak berbojen. Saya tenguk ada orang tercokoh atas kerusi tukang gunting berkenaaan. Saya masuk dan ndap --- (intai), rupanya Tok Guru Nik Aziz.
"Ei... bojen nampak?" begitulah tegur saya pada Tok Guru. Bergurau. Dia tersenyum. Dan dalam kelubung baju gunting, dia menjawab, "bojen nak wat raya," (Bojen untuk raya).
Saya tunggu sampai dia sudah. Nak tengok apakah dia berbojen free ataupun tidak. Saya tengok dia duit RM10 dalam kepal. Si tukang gunting itu tolak tidak mahu terima. "Ambil...." tonyah Tok Guru, si tukang gunting itu kelihat kekok untuk menerimanya. Mungkin baginya dengan mengunting rambut Tok Guru itulah khidmat yang beliau boleh berikan kepada orang yang disanjung dan amat berjasa kepada negeri Kelantan. Akhirnya tukang gunting itu ambil.
"Banyak ni Tok Guru.." kata tukang gunting itu bila tengok duit RM10.00. "Tak pa bayar hak dia sekali...," kata Tok Guru kepada tukang gunting itu. Bertuah hari tu Tok guru belanja saya berbojen. Jen..jen jennnnnn.
Apa yang hendak diceritakan di sini petang ni, bukan soal bojen dan tok guru bayar, itu kisah empat lima tahun lepas. Tetapi apa nak ungkit pertemuan dengan Setiausaha Politik baru Tok Guru, Wan Nik Wan Ngah dan ingin mengetahui apakah cadangan yang dikemukakan kepadanya semasa jumpa itu sudah diambil tindakan atau tidak. Atau pun cadangan itu hanyut dan kering begitu saja.
Pagi itu adalah pertemuan pertama saya dengan Wan Nik sejak beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik menggantikan si gondrong. Kami memang tidak pernah berhubung apa lagi minum sekali. Jadi pagi itu Wan Nik belaja saya minum. Entah apa mimpinya tiba-tiba Wan Nik bermurah hati dan belaja saya bersama dua tiga rakan lain.
Ada sama ketika itu Ramli Abdul Halim, bloger Melikapak Jangak yang kini dibenci oleh sesetengah ahli Pas Kelantan, dan juga Ketua Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Husadaini Mamat. Menyedari itu saya rasa pertemuan itu molek benar kalau saya melontarkan satu cadangan alias permintaan kepada Wan Nik agar disampaikan kepada kerajaan Kelantan teristimewanya Tok Guru Nik Aziz.
Apa yang saya cadangkan ialah supaya kerajaan Kelantan mengadakan anugerah sastera bertaraf negeri kepada penulis Kelantan. Topik ini saya pernah tulis dalam Siasah beberapa minggu sebelum itu. Cadangan saya itu mendapat respon dari penulis Kelantan termasuk Meli Kapakjangak.
Cerpenis dan novelis, Fatimah Busu, dari Pulau Pinang juga turut menginggut atas nasib yang diterima oleh para penulis Kelantan. Katanya dalam suratnya bertarikh 20 April 2010 kepada saya, catatnya; kita para penulis dari Kelantan ini tidak ada harga saru sen pun." Beliau merujuk kepada cadangan saya meminta kerajaan Kelantan adakan anugerah sastera kepada penulis asal Kelantan. Anugerah itu sebagai tanda kerajaan Kelantan mengiktiraf sasterawan dan penulis dari Kelantan yang mendominasikan dunia sastera dan budaya negara ini.
Wan Nik nampaknya bersetuju dengan cadangan itu. Saya kata kepadanya beliau boleh kemukakan kepada Tok Guru. Dan semoleknya anugerah itu dibuat sempena genapnya 20 tahun Tok Guru menjadi MB Kelantan. Kebetulan Husdaini ada bersama, saya cadangkan supaya Husadaini berbincang dengan rakan penulis lain dan menyiapkan proposal mengenai cadangan berkenaan.
Wan Nik banyak diam saja. Tetapi saya mengira beliau bersetuju dan sedia membantu. Saya percaya kalau Wan Nik buka mulut kepada Tok Guru dan memberi taaruf sedikit kepadanya, beliau akan setuju. Peruntukan untuk anugerah itu tidak perlu banyak. RM10,000 cukup. Kalau kerajaan negeri tidak ada peruntukan khas kerajaan negeri boleh arahkan mana-man agensi atau syarikat GLCnya bagi mengendalikannya. Ataupun mana-mana Exco boleh ambil tugas ini yang penting ia akan menjadi keprihatinan kerajaan Kelantan kepada golongan itu.
Apa yang penting anugerahkan itu menandakan kerajaan ikhtiraf golongan sasterawan, aktivis budayawan dan penulis. Kalau Kelantan sedia melaksanakan anugerahkan ini Kelantan akan menjadi negeri ketiga mewujudkan anugerah sastera peringkat negeri seperti mana Johor dan terbaru Melaka. Ia juga tentu akan merangsangkan negeri-negeri lain terutama negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Saya rasa semua golongan penulis, budayawan dan sasterawan di Kelantan akan merasa berbesar hati kalau anugerah ini dapat diwujudkan. Ia juga akan disebut sepanjang zaman yang Tok Guru adalah seorang yang perihatin dan tahu menilai budaya golongan penulis dan budayawan dari negerinya sendiri. [wm.kl.6:00 pm 25/06/10]
Posted by mso.im at 5:43:00 PM 0 comments
Labels: Peduli Sastera
Bongkar Kisah Taib Mahmud
Penggadu tersebut terdiri daripada 3 rakyat Sarawak iaitu John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan seorang lagi bernama Kung Chin Chin.Mereka ber-3 telah mendesak dan membuat laporan kepada SPRM untuk menggesa SPRM menyiasat empayar perniagaan Taib dan keluarganya itu yang didakwa bernilai lebih daripada RM 3 bilion berdasarkan apa yang telah dilaporkan oleh sebuah blog yang bernama sarawakreport.org.
Aduan yang telah dibuat oleh 3 rakyat Sarawak itu telah dibuat kepada pegawai SPRM iaitu Ranjit Singh dan aduan yang dibuat hari ini merupakan aduan yang ke-2 berhubung perkara yang membabitkan empayar Taib tersebut dan aduan yang pertama telah dibuat di SPRM Sarawak semalam oleh Ahmad Nazib Johari.
Salah seorang pengadu tersebut yang bernama Ting Chek Ming berkata proses membuat laporan kepada SPRM telah berjalan lancar tidak sepertimana ketika beliau dan Ahmad Nazib dan juga James Wong membuat laporan kerana ketika beliau, Ahmad Nazib dan juga James Wong membuat laporan pihak SPRM enggan menyerahkan salinan aduan yang ditulis dengan tangan sehingga mereka bertiga terpaksa menarik semula laporan mereka yang telah dibuat di SPRM itu dan kali ini mereka telah datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM tersebut menandatanganinya menandakan mengesahkan penerimaan aduan berkenaan dan mereka juga telah memastikan tidak ada perubahan yang dibuat terhadap aduan tersebut.
Turut hadir menemani mereka ketika mereka membuat aduan kedua tersebut ialah pimpinan wanita PKR iaitu Rozaini Mohd Rosli untuk menunjukan sokongan PAKATAN RAKYAT kepada aduan tersebut dan mereka bertiga telah dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil untuk memberi kenyataan terhadap apa yang telah diistilahkan oleh SPRM mengenai kes itu sebagai "KES BESAR".
Menurut Ting mereka bertiga telah diberi jaminan dimana SPRM akan menyiasat kes itu dan mereka juga di nasihatkan supaya menulis surat kepada Pengarah Siasatan untuk mendapatkan perkembangan mengenai aduan yang telah dibuat oleh mereka bertiga itu.
Dalam pada itu sarawakreport.org telah mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan juga hartanah terbesar yang juga dianggap kontrovesi di Kanada.Selain itu blog berkenaan yang dikendalikan oleh rakyat prihatin itu juga turut mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam syarikat milik kerajaan negeri Sarawak itu dimana dakwaan 85 % saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya dan juga termasuk rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkenaan diswastakan sehingga menimbulkan soal penyalah gunaankuasa.
Dipetik Dari:
Posted by ustaz CS at 11:58 PM
Duit Felda Lesap...Melayu...Melayu.....
Oleh: Husam Musa
Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagaian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.
Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.
Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.
Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....
Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).
Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.
Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.
Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.
Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!
Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.
RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.
Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.
Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!
Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....
Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.
Sumber: Cetusan Hati
Komen aku: Felda ni Najib dah anggap macam harta bapak dia. Lagipun memang idea bapak dia yang tubuhkan Felda ni. Jadinya tumpang Felda banyak duit, perabih ja la. Kalau simpan pun buat apa.
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Mungkin jugak depa tak yakin BN boleh memerintah lagi lepas PRU13, jadinya tumpang boleh, kaut la banyak-banyak
Jadual Suku Akhir Piala Dunia 2010
Uruguay lwn. Ghana (3/7/10 : 2.30 pagi)
Argentina lwn. Jerman (3/7/10 : 10.00 mlm)
Paraguay lwn. Sepanyol (4/7/10 : 2.30 pagi)
Perancangan Khalid Peningkan Puak-Puak ToYo
ini karena jalan untuk menebalkan poket akan terhalang akibat kebijaksanaan khalid dalam menghalang ketirisan kewangan dan kesungguhannya dalam mengurus tadbir sumber untuk kepentingan rakyat.
lihat kalimat dibawah ini:
Projek pemuliharaan Sungai Klang hanya memakan belanja RM2 bilion berbanding skim mengimport air dari Sungai Pahang yang menelan kos RM40 bilion.
"Kos projek bernilai hampir RM40 bilion ini melibatkan teknologi mengorek terowong di bawah Banjaran Titiwangsa. Kontraktor tersenyum lebar dengan jumlah RM40 bilion ini, yang sebenarnya dibayar oleh kamu semua. Apa kata jika kamu belanja kurang dari RM2bilion, kamu akan dapat jumlah air yang sama, bahkan dari sungai yang bersih, kamu juga turut memulihkan sungai itu, membersihkan tempat penapisan air, air murah untuk semua masyarakat Selangor dan di Wilayah Persekutuan," tegas Tan Sri Khalid.
itulah mengapa para alkatakis tersangat ingin mb selangor ini cepat turun dan kerusi panas mb.karena khalid akan menjadi halangan besar mereka yang tamak untuk merampas selangor kembali.
Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT at 17:05
Labels: SATIRA POLITIK
Tuesday, June 22, 2010
Tuesday, June 8, 2010
Hikayat Saiful Bukari Azlan
Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.
Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.
Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.
Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.
Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.
Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.
Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.
Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.
Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:
- Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
- Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
- Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
- Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.
Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).
Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian http://chegubard.blogspot.com/2010/05/bapa-saiful-kaki-judi-pernah-cuba.html#comment-form
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini
Judi Oh Judi
Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.
Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.
Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.
"Ke
“(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan.
Katanya lagi, selain isu judi, mesyuarat cawangan kali ini dilihat tidak mengandungi banyak perkara berbangkit untuk diutarakan.
Mesyuarat tahunan peringkat cawangan itu bermula Sabtu lalu di seluruh negara hingga 15 Jun depan.
Ini akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum perhimpunan agung dari 28 hingga 30 Oktober depan.
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini
Thursday, June 3, 2010
Najib..Ada Beraniii!!!!!!!!!!!!
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pakatan Rakyat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kesemua parti politik mengadakan perbincangan meja bulat Jumaat ini untuk mengambil pendirian sebulat suara mengecam serangan Israel ke atas konvoi kapal kemanusiaan ke Gaza semalam.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan jemputan kepada Perdana Menteri dan kesemua komponen Barisan Nasional, malah kepada pertubuhan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam agar menghadiri perbincangan itu.
Perbincangan meja bulat itu akan diadakan pada pukul 11.30 pagi di Kampung Baru di sini.
“Kita perlu mengambil tindakan lebih serius dalam isu ini dan mengecam keganasan yang berterusan,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.
Anwar menambah, susulan perbincangan meja bulat itu kesemua parti yang terlibat akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak untuk mengemukakan memorandum bagi pihak rakyat Malaysia bagi mengutuk tindakan rejim Israel dihentikan.
“Bagi ini, kami juga telah memutuskan untuk menjemput Perdana Menteri agar menyertai kami dalam pertemuan khas ini,” katanya.
Kata beliau, parti-parti komponen Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk mendesak Parlimen mengadakan usul khas membincangkan tindakan Israel.
“Kami mahu Parlimen mengadakan sesi khas agar kita boleh bercakap atas satu suara,” katanya lagi.
Pagi tadi, Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di depan Kedutaan Amerika Syarikat.
Pemuda Pakatan Rakyat dijadual mengadakan perhimpunan protes di depan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tengah hari esok.
Bukti Muzjizat Nabi Muhammad SAW
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini
Kes Liwat 2-Terkini
Perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diadakan secara tertutup hari ini.
Ia bersambung dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil memberi keterangan.
Pakar itu memberitahu mahkamah bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur.
Beliau menjelaskan prosedur pemeriksaan dengan sampel dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari.
"Kedua-dua peralatan mesti disteril."
Karpal yang kurang senang kerana doktor berkenaan memberi keterangannya dalam Bahasa Melayu.
Dia diterbangkan untuk meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.
Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia
Karpal membangkitkan isu bahasa kerana pakar forensik pihak pembelaan, Dr Wells tidak dapat memahami keterangan saksi yang diberi dalam bahasa Melayu.
Pertikaman lidah berlaku lagi sehingga memaksa mahkamah berehat seketika.
Ia bersambung semula pada jam 11.26 pagi dengan Dr Razali berkata dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.
Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.
"Saya perhatikan terdapat lembapan."
Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.
Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.
"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.
Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmaj jabatan kimia.
Karpal cuba memperolehi kebenaran untuk menyoal balas Dr Razali pada masa yang lain, tetapi ia dibantah oleh pihak pendakwaan.
Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.
Perbicaraan kes itu akhirnya ditangguhkan sehingga esok selepas mahkamah membenarkan permohonan Karpal yang ingin merujuk kepada pakar forensik dari Australia itu sebelum mula menyoal balas Dr Razali.
Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini
Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini
Disebalik Rahsia
Anda adalah pelawat yang ke.....
King Of The KOPS
About Me
- MRY
- Hanyalah Manusia Biasa.............
Blog Archive
-
▼
2010
(161)
-
▼
June
(12)
- Mat Said Trg Malu??? Tau Malu ke????
- Kelantan Perlu Wujudkan Anugerah Sastera Sendiri
- Bongkar Kisah Taib Mahmud
- Duit Felda Lesap...Melayu...Melayu.....
- Jadual Suku Akhir Piala Dunia 2010
- Perancangan Khalid Peningkan Puak-Puak ToYo
- WORLD CUP 2010
- Hikayat Saiful Bukari Azlan
- Judi Oh Judi
- Najib..Ada Beraniii!!!!!!!!!!!!
- Bukti Muzjizat Nabi Muhammad SAW
- Kes Liwat 2-Terkini
-
▼
June
(12)
My Blog List
-
‘No Use for Hatred’: A Village Seeks to Move On From a U.S. Massacre - The hamlet of My Lai is infamous for American war crimes, but now it holds lessons in resilience and how to let go of anger.42 minutes ago
-
Rightwing settlers in Israel welcome ‘dream team’ of Trump and his hardline appointments - Palestinian groups shocked by US president-elect’s favouring of outspoken supporters of far-right activists in the region Rightwing settlers and extremis...43 minutes ago
-
Ini halatuju baru Trump.. Niat jahat,busuk,ganas terbongkar. - *Donald Trump dan pasukannya dipercayai akan memaksa Benjamin Netanyahu menerima pelan dan strategi komprehensif baharu Timur Tengah.* *1. Apakah Hala ...12 hours ago
-
Wan Rosdy: Tanah Di Gebeng Yang Dijual Oleh PASDEC Untuk Pajakan 99 Tahun, Bukannya Hak Milik Kekal - *KUANTAN*: Kerajaan Pahang menjelaskan penjualan tanah perindustrian di Harbour Bay, dekat Gebeng kepada sebuah syarikat adalah dengan tempoh pajakan 99 ...13 hours ago
-
SEMBANG GEBANG TERBARU! - Kini, politik Sabah berada dalam genggaman seorang pemberi maklumat yang memiliki bahan bukti dalam bentuk video berkaitan dakwaan skandal korupsi yang mel...3 days ago
-
TDZ, farewell to the oracle of Syed Putra. Tales by an unknown blogger. No. 25 - 1. First, Al-Fatihah to Tun Daim Zainuddin. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruh nya. Aamiin. 2. TDZ as I called him died this 13 November 2024. My bro...3 days ago
-
-
UN court acquits Serb ultranationalist Seselj of all counts - In a sweeping defeat for UN prosecutors, the Yugoslav war crimes tribunal acquitted Serbian ultranationalist Vojislav Seselj on Thursday of all nine coun...2 years ago
-
เล่น Gclub ผ่านเว็บ สนุกง่าย ไม่จำกัดเวลาและงบประมาณ - ผลตอบแทนของการ สมัครเล่น Gclub ผ่านเว็บ เพื่อเดิมพัน หากเราวางเดิมพันถูก เงินก็จะถูกปรับขึ้นในยอดเครดิตของเราเกือบจะทันที หากต้องการจะเอาเงินออกก็ง่ายแสนง่...3 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 years ago
-
Tips Mencegah Penularan Virus Korona Pada Lansia - Semakin hari, penyebaran virus korona semakin mengkhawatirkan. Hal ini karena jumlah pasien positif korona semakin mengalami peningkatan. Dibandingkan de...4 years ago
-
MN sokong Muhyideen Yasin - KUALA LUMPUR: Gabungan Muafakat Nasional, PAS dan Umno bersetuju untuk menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Mal...4 years ago
-
Polis: Berlian merah jambu dibeli guna wang 1MDB - Polis hari ini menyangkal penafian isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu berharga AS$23 juta. Ketua Pasuk...5 years ago
-
jangan buat hati mak bapak cuak..! - Geram..? Gelisah..? Galau..? Cuak..? Bimbang..? mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa pantauan..? mengapa kita masih ambil ...6 years ago
-
Monster Babysitter Advertised Her Services Hours After Hiding Dead Baby In Fridge - [image: Photo from mStar] Most Malaysians were horrified this morning as news of Adam Rayqal Mohd Sufi’s tragic death broke.6 years ago
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...6 years ago
-
Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...9 years ago
-
"I am AirAsia X... The Destroyer of Wealth" - The glamour and attraction of an airline! And especially an internationally recognised brand name associated with someone toasted as being `Malaysia's grea...9 years ago
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...10 years ago
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera - IPOH : Sembilan warga pelancong Singapura telah diserang oleh seekor lembu yang mengamuk di tengah-tengah pusat bandar di sini. Kumpulan pelancong bersam...11 years ago
-
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 years ago
-
-
-
Acheh Digegarkan Gempa Bumi 7.1 Skala Richter - Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa ...12 years ago
-
Video & Gambar : Aktiviti Bermotor Sempena Santai Pemuda Bersama ARC Besut - Pendaftaran peserta Saf pimpinan Aktiviti bermotor Acara tarik tali Antara sebahagian hadirin Penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasaruddi...12 years ago
-
Birthday Boy and A 'Fishful' Day - Today is my dad's 76th birthday: "*Bah, Happy Birthday and wishing you the very best of health!!*". My dad (and my Hubby) came over to Melbourne for a visi...12 years ago
-
-
AZ-ZAIN - PRODUK HALAL PILIHAN MUKMIN - * Produk Sejuk Beku seperti Ayam Kampung Organik Dr. Zainol, Ayam Daging Dr. Zainol, Tulang Ayam Daging, Kepak Ayam Daging dan Peha Ayam Daging* *Pan...13 years ago
-
-
-
Ramuan Herba Yang Berkhasiat Tinggi - *AWALMART* *History of Traditional Chinese Medicine (TCM)* TCM is as old as Chinese history (5,000 years) itself. TCM is based upon clinical experi...15 years ago
-
Slumdog Millionaire - Slumdog Millionaire is the story of Jamal Malik (Patel), an 18 year-old orphan from the slums of Mumbai, who is about to experience the biggest day of hi...15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-