Sunday, October 31, 2010

UMNOGOK P.PINANG PARIAAAHHHHHH!!!

Sejak dulu, kini dan selamanya perangai buruk Umno tidak pernah berubah. Setiap kegagalan mereka dalam membina kekuatan bangsa Melayu yang kononnya menjadi teras perjuangan, maka yang dipersalahkan bukan diri sendiri tetapi pihak lain.

Separuh abad Umno diberi kuasa mentadbir Pulau Pinang, hak orang Melayu bukan setakat tidak bertambah sebaliknya berkurang. ADUN BN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendedahkan bahawa hak milik tanah Melayu di Pulau Pinang (tanah seberang dan pulau) hanya tinggal 20 peratus.

“Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka kini yang cukup kritikal,” ujar Farid di Perhimpunan Agung Umno. Jika benarlah andaian beliau, nampaknya DAP lebih berjaya dari Israel. DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk merampas tanah rakyat Palestin sedikit demi sedikit, tapi DAP hanya ambil masa dua tahun lebih untuk ‘merampas tanah dan menghalau’ orang Melayu sehingga tinggal 20 peratus sahaja kini.

Menurut fakta yang didedahkan oleh Farid, tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajiannya juga mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini di bina di atas tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.
“Kerajaan Negeri (DAP) semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan,” ujarnya. Anak jati Balik Pulau itu barangkali baru terkejut dari mimpi, lalu bercakap pun macam orang mengigau.

Soalan pertama yang patut ditanya oleh beliau serta seluruh pemimpin Umno Pulau Pinang ialah: Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi? Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah rendah pada tahun 70an, PAS dalam ceramah mereka telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir. Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Tokong, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang. Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu. Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.
Kehilangan tanah milik Melayu di Pulau Pinang yang berpindah kepada bukan Melayu lebih banyak berlaku kerana Melayu dengan rela hati menjual tanah tersebut kepada bukan Melayu. Jumlah yang berpindah milik kerana jualan secara rela hati itu sebenarnya lebih besar berbanding, tanah yang diambil oleh kerajaan negeri. Tapi apa Umno buat sewaktu jadi kerajaan dulu?

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.
Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.”

Samy Vellu: 70 Umno seats at risk without non-Malays support

SUNGAI SIPUT, Oct 30 – Datuk Seri S Samy Vellu has warned Umno that it cannot win at least 70 federal seats without the support of non-Malays in the next general election, contradicting the opinion of a Malay leader.

The MIC president’s angry reaction came after Titiwangsa Umno’s acting chief Datuk Johari Abdul Ghani said the dominant party in Barisan Nasional (BN) did not need the support of Chinese and Indian voters.

“How can he say the Umno does not need Chinese and Indian support. Without Chinese and Indians support BN cannot win in almost 70 constituencies,” said the former Sungai Siput MP (picture), who had also highlighted the fact that he had won the seat in 1990 due to the support of Malay voters.

The former Works Minister said Johari was insensitive, adding the Umno leader should not be a politician in the first place.


“In fact, Indians votes will be crucial for BN in the next GE,” he told reporters here.

During a speech at a private function broadcasted on YouTube.com, Johari was reported as saying that Titiwangsa Umno does not need Chinese and Indian votes if 70 per cent of the voters are Malays.
MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek had also demanded the Titiwangsa Umno leader to retire from politics.

Several other Umno leaders, especially from the Federal Territory, had agreed that Johari’s comment can affect support from Chinese and Indian voters toward BN in the future.

They said this meant that BN will find it difficult to win areas where non-Malay voters make up to about 20 to 30 per cent of the electorate.

They had also admitted that not all Malay voters will vote for BN or Umno as the Malay votes are now divided between Umno, PAS and PKR.

“The Indians are returning to BN, so do not underestimate their strength and support for BN. He is causing major upset to the PM’s new political culture of uniting all races behind BN.

“We don’t need this kind of politicians who think that BN can win with just the Malay votes. I’m shocked to know that someone within BN could utter such remarks,” Samy Vellu said.

The MIC president is slated to hand over the party to his deputy Datuk G. Palanivel next January after he was widely blamed for the party’s losses in Election 2008.

Privately, most non-Malay leaders in the BN say chauvinism among some Umno leaders was the reason for the defeat in Election 2008.

Despite a majority of Malay voters in Titiwangsa, it together with all other federal seats in the Federal Territory fell into the hands of Pakatan Rakyat in Election 2008.

The BN lost four states and its customary two-thirds parliamentary in Election 2008, pushing then prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi to hand over the coalition to his deputy Datuk Seri Najib Razak.

Najib took office in April 2009 with his 1 Malaysia policy to retain and regain support for the coalition that has ruled the country since Merdeka in 1957 when it was known as the Alliance.

The BN is facing two by-elections, the Galas state seat and the Batu Sapi federal seat, on November 4 as Najib seeks to revive the coalition ahead of snap polls expected next year.

Kelantan Juara Piala Malaysia Pertama Dlm 50 Tahun

Oleh Lan Iisma 30 October 2010
Sukan
Huh! lega, Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia pertama kali untuk tahun 2010. Tahniah!!! Kelantan. Akhirnya debaran berakhir. Negeri Sembilan kecundang 2-1. Cuma silapnya Ek-ele membuat ramalan 2-0, tak tepat. Nak mengharapkan sotong, sotong Pauh dah mampuih!!!


Sekali lagi tahniah Kelantan...agak-agaknya Piala tu nak disimpan di mana, pada kerajaan negeri juga kan....biar Tok Guru simpan.


Orang Galas tak sedar ke? zaman Tok Guru Nik Aziz Kelantan dapat genggam Piala Malaysia. Sejarah tersohor tu! Tahniah!!! Kelantan. Gomo sengoti demo.

Saturday, October 30, 2010

6 Maut 21 Cedera Selepas Bas Pelancong Terbabas Di Genting Highlnds


Bas Pelancongan Terbabas: Enam Maut, 21 Cedera

Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Tangan Ghaib : Rafizi Ramli Terkilan Dengan Azmin?

Sapa yang tak tau Anwar tak suka Chegu Bard? Serupa macam Anwar tak suka Zaid. Sebabnya, tak ada orang yang berani lawan cakap Anwar macam Chegu Bard dan Zaid. Anwar hanya mahu orang-orang yang menurut cakap dia. Kalau nak ikut cakap Anwar, yang tu tak ada masalah. Tapi kalau Anwar ikut cakap Azmin, yang tu susah la.


Anwar tau, Shamsul Iskandar akan kalah kalau bertanding dengan Chegu Bard. Jadi dia suruh Rafizi masuk. Dan Rafizi diback-up oleh Azmin. Dimana ada Azmin…disitu ada Rafizi. Rafizi diminta oleh Anwar berjumpa Chegu Bard untuk berbincang. Tetapi syarat perbincangan utama ialah..Rafizi Ketua, Chegu Bard Timbalan.


Bila Chegu Bard kata “boleh blah”..Rafizi balik mengadu kat Anwar. Tapi Anwar kata…”kalau tak boleh deal..lawan la!” Itu sebab Rafizi masuk untuk bertanding. Dan dia kaut semua mereka yang pernah bekerja dengan pejabat Anwar. Sim, Amir, malah Nik Nazmi pun tumpang tui.


Bukan itu saja, Rafizi dijanjikan akan mendapat sokongan dari Shamsul Iskandar. Sam diminta untuk melepaskan jawatan Ketua AMK dan bertanding Naib Presiden. Tapi apa yang berlaku tak mengikut perancangan. Orang-orang Sam tak ikut Rafizi, tapi lari kat Chegu Bard. Mana yang kutuk Chegu Bard pun..dah mula puji chegu Bard.


Bila pencalonan bermula…Rafizi ketinggalan. Dan diminggu terakhir pencalonan, Anwar tau Rafizi tak boleh cari makan dan dengan cepat strategi dipinda. Sam perlu balik untuk bertanding Ketua AMK.


Isyarat pertama untuk menyuruh Sam bertanding Ketua AMK datang dari Cabang Gombak. Azmin mencalonkan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK..dan bermulalah era malap Rafizi. Sejak itu, Team Generasi Reformasi semakin malap.


Sam juga sedar, kalau dia lawan Chegu Bard, peluang dia tipis. Tapi kalau dia lawan Anwar dan Azmin…lagi teruk. Dan oleh kerana Sam juga seorang Anwaristas yang wala kepada Anwar, maka dia menurut kehendak Azmin. Aku sebut Azmin sebab dalam PKR, Anwar yang dengar cakap Azmin…bukan Azmin yang dengar cakap Anwar.


Semalam hari pencalonan. Aku ingatkan Rafizi sorang yang sakit perut dan tak dapat hadir menghantar borang pencalonan…rupanya hampir keseluruhan Team Generasi Reformasi sakit perut!! Macam mana nak jadi reformis? tu belum kena simbah air asid, belum kena cota FRU. Baru kena gertak dengan Anwar sikit…dah cari pil Chi Kit Teck Aun.



Petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh Mat Saman Kati di blog ureka.asia


*********************************************************


EDYES wrote:



Sokongan terhadap Sam telah menjunam ketika Sam mengumumkan untuk bertanding naib presiden. Pada waktu itu, banyak penyokong Sam mula mencari networking dengan chegubard malah sudah ada yang berjanji akan setia dengan chegubard kerana yakin beliau akan menerajui AMK penggal 2010-2013. Mereka telah menemui chegubard dan berjanji akan memberikan sokongan yang solid.


Apabila Sam U-TURN, mereka yang sudah terlajak menyokong Chegubard ini tiada pilihan selain daripada terus menyokong chegubard kerana tindakkan U-TURN dalam perjuangan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Apatah lagi yang hendak digambarkan jika yang U-TURN itu adalah seorang Ketua. Penyokong Sam yang telah menyokong Chegubard sekali lagi menemui Chegubard untuk menyatakan setia dan tidak kurang juga yang memanggil chegubard untuk sama-sama berkempen sedangkan sebelum ini hanya membantu Sam.


AMK memerlukan seorang ketua yang boleh bergerak sendiri dan boleh mobilisasi sejumlah anak muda untuk sama-sama berjuang. Sebagai Ikon REVOLUSI, kemenangan Chegubard akan membuka lembaran baru kepada AMK dan pastinya akan lebih ramai anak muda menyertai PKR. Penyertaan mereka yang non-partisan juga akan bertambah kerana semangat dan aura 'rebelion' yang dibawa oleh Chegubard mudah dicenderungi dan akan menjadi ikutan semua anak muda yang tinggi semangat melawan.



Shamsul Iskandar pula telah diberi ruang yang cukup banyak untuk membawa AMK ke aras yang sepatutnya - sebuah sayap pemuda yang digeruni lawan. Sam bukan hanya memegang AMK selama satu penggal tetapi sebenarnya lebih dari sepenggal kerana sebelum itu Sam telah memangku jawatan ketua AMK yang telah dilepaskan oleh arwah Ezam.
Sam mula memegang jawatan pemangku ketua sejak dari tahun 2006 hingga pemilihan tahun 2007. Pada pemilihan 2007, Sam tidak ditentang oleh Chegubard Walaupun Chegubard mendapat banyak pencalonan kerana ketika itu beliau sedang menumpukan pengajian di Korea. Apakah yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar setelah diberi peluang selama lebih dari satu penggal atau lebih dari 4 tahun sebagai ketua AMK selain daripada memancung ketua-ketua AMK negeri sedia ada ketika itu?
Selepas diberi laluan oleh Chegubard pada pemilihan 2007 dengan harapan Sam memperkuatkan AMK sedia ada, Sam telah mengkhianati peluang yang diberi dengan melemahkan jaringan AMK sedia ada apabila mengenepikan ketua AMK negeri yang telah establish dengan segenap kekuatan. Akhirnya Sam gagal dalam misi memperkasakan AMK di kebanyakan negeri.
Sam tidak berjaya membina kekuatan utuh walaupun 4 tahun lamanya masa telah dihabiskan. Daripada 222 parlimen, AMK cuma ada 163 cabang sahaja. Daripada 163 cabang, hanya 50 cabang sahaja yang lengkap sepenuhnya iaitu yang lengkap carta organisasi daripada ketua hingga semua jawatankuasa termasuklah 25 exco.
Selama 4 tahun menerajui AMK, Sam tidak menitik-beratkan data entry senarai nama keahlian apabila ia juga tidak dikemaskini dengan baik. Ini mencerminkan pengurusan yang tidak teratur dan corong-corong pengkadiran juga mengecil kerana terdapat kelewatan dalam menguruskan senarai keahlian. AMK yang dipimpin oleh Sam banyak mencetus kontrovesi apabila ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan pertukaran suka sama suka mahupun sebaliknya, senarai ahli bertukar cabang mengikut kepentingan individu tertentu.
Terdapat juga satu kes di mana seorang pimpinan AMK negeri yang telah dilucutkan jawatan timbalan AMK negeri dengan hanya menggunakan teks sistem pesanan ringkas (SMS). Kecelaruan serba cacamerba ini berlaku sewaktu Sam menjadi Ketua AMK. Mengapa perlu mengekalkan Shamsul Iskandar sedangkan lebih satu penggal setengah telah diperuntukkan kepada dia dan hasilnya tidak memberangsangkan malah AMK dianggap lembab bak kura-kura. AMK di era Sam juga dilihat sebagai tukang lapor kepada pihak polis dan hanya tahu menyatakan kecaman demi kecaman terhadap kerajaan tanpa tindakkan berstrategi yang boleh memberi gentar terhadap kerajaan pemerintah.
Saya tidak mahu menyentuh berkenaan mengapa Sam bertindak U-Turn walaupun inilah lauk paling sedap untuk digoreng oleh mana-mana penulis. Bagi saya, biarlah Sam U-Turn kerana kita semua telah kenal betapa Shamsul Iskandar ini tidak mempunyai keberanian sebagai seorang pemimpin, tetapi hanya menurut perintah. Oleh itu, membuat pusingan U itu tidaklah diherankan, apatah lagi kiranya ia adalah arahan dari Azmin - Individu yang tidak mahu melihat AMK diterajui oleh skuad rebelion. Peristiwa Shamsul Iskandar mengelak debat di antara semua calon yang bertanding adalah susuatu yang memalukan. Ia pasti bertujuan untuk menutup segala kelemahan dan kudis-kudis yang takut dibongkar secara live serta ditonton oleh semua pemerhati, media dan pengundi.
Perkara mengapa Sam U-Turn telah dijelaskan dalam petikan Mat Saman Kati di atas tetapi perkara yang tidak dijelaskan ialah peristiwa di mana seorang ketua AMK yang melarikan diri dengan bersembunyi di dalam ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, ketika anak-anak buahnya yang lain termasuklah Chegubard sedang bertempur dengan FRU. Ketika itu demonstrasi anti-ISA sedang rancak berlangsung dan ketika FRU mengganas, Ketua AMK ini dapat dilihat mengambil nafas di dalam bangunan ibupejabat PAS.
Cuba saudara semua fikir, apakah yang mampu dilakukan oleh Shamsul Iskandar sekiranya Anwar Ibrahim disumbatkan semula ke dalam penjara kelak? Bolehkah Shamsul Iskandar menggerakkan pemuda untuk menggertak kerajaan? Hanya Chegubard sahaja yang mampu membawa kebangkitan anak muda di atas faktor ikon yang ada dalam semangat juangnya.
Ada lagi perkara yang boleh saya sentuh tetapi saya juga cuba mengambil sikap mengelakkan politik selak kain. Apa yang ditulis di atas adalah faktor-faktor kelemahan Shamsul Iskandar dalam mentadbir sebuah organisasi penting dan sedikit mengenai faktor keberanian seorang pemimpin.
Saya mohon semua ahli agar tidak mensia-siakan penggal terpenting dalam sejarah reformasi iaitu tahun 2010-2013 sebagai tahun yang paling mencabar apabila DSAI berkemungkinan besar dihumban ke penjara. Pilihlah 'Penerus Momentum Reformasi', supaya perjuangan ini akan menjadi lebih hidup dan lebih mekar di selekoh terakhir sebelum mencecah Putrajaya. Janganlah tersilap pilih kerana andai calon kura-kura yang terpilih, mungkin kita hanya sampai ke sekitar tasik Putrajaya sahaja - resam si kura-kura apabila berjumpa tasik.
Kemenangan Chegubard akan membawa perubahan total dalam organisasi AMK yang popularitinya menjunam ketika ini, lantas memberi harapan baru untuk AMK dan seterusnya melangkah gagah menembusi Putrajaya.
Penerus Momentum Reformasi - Ke Arah Perlaksanaan Deklarasi Permatang Pauh 1998 !
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

P/s : Ada ura-ura Rafizi terkilan dengan Azmin. Sebab ini ke?

Tuesday, October 26, 2010

Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera


JAKARTA, 26 Okt - Seramai 40 orang dilaporkan maut dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja.

Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.

Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).

"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.

Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.

-- BERNAMA

Ketua Audit: Hutang Negara Paling Tinggi Dalam 5 Tahun


KUALA LUMPUR 25 OKT: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Perangkaan itu mencerminkan kerapuhan ekonomi negara, meskipun pelbagai jaminan diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno lain.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Najib di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan

Hadi Awang bergurau senda dengan Sharizat Jalil

Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, kalau korang setakat penyokong tahap pencacai parti masing-masing dok gebang lebih kat kedai kopi mengalahkan ahli parlimen, korang tak payahla nak tunjuk samseng lebih-lebih hanya kerana perbezaan ideologi politik. Otai-otai tenang-tenang je lepak sama-sama bawah satu khemah.

Hari ini Ustaz Hadi Awang sempat bergurau senda dengan Shahrizat Jalil dan Rais Yatim di dalam majlis penamaan calon DUN Galas sebentar tadi. Malah Rais Yatim juga menawarkan 'lubang' untuk pakatan rakyat menggunakan masa 15 minit di RTM untuk program bersama rakyat.


GUA MUSANG, 26 Okt: “Kita tak pergi ke khemah sana (BN) sebab presiden sana (Umno) tak ada," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berseloroh.

Jawapan bersahaja Ahli Parlimen Marang itu merujuk ketidakhadiran Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi mengiringi calon BN pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, pagi tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kehadiran Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Shahrizat dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS.

"Kita datang sebab nak bertemu presiden (PAS)," katanya sewaktu menunggu pengumuman rasmi SPR mengenai calon-calon yang akan bertanding pada PRK Galas, 4 November ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat.

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

PRK N.45 Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Dr Zulkefli Mohamad daripada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan calon BN, Abdul Aziz Yusoff. [Harakahdaily]


Source: Hadi Awang bergurau senda dengan Sharizat Jalil - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/10/hadi-awang-bergurau-senda-dengan.html#ixzz13TRqq1zY

Kelantan Isytihar 4 November Cuti Umum

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan 4 November depan sebagai cuti umum berikutan hari pengundian Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, pada tarikh tersebut.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan, hari ini.

Sumber : BERNAMA

'SYABAS' BN KERANA JADIKAN MALAYSIA PUSAT MAKSIAT TERHEBAT 26 October 2010 by BLOGMASTERS ·

Pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Langkah ini sudah tentu akan menambahkan lagi pusat maksiat di negara kita.
Tidak cukupkah pusat maksiat yang ada dinegara kita sekarang.?
Tidak cukupkah masalah perzinaan dan gejala tidak bermoral berlaku di negara kita sekarang sehingga mengundang kerajaan ingin memperbanyakkan pusat-pusat maksiat yang sedia ada?

Media hari ini melaporkan bahawa Hub Hiburan ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Sumber : Malaysiakini

3 penjuru di Batu Sapi, satu lawan satu di Galas


18 Zulkaedah 1431 H

9 - 10am - Calon kemukakan borang masing-masing
10 - 11am - Tempoh bantah (jika ada)
11am - 12 tengahari - Pegawai Pilihan Raya menentukan bantahan

LAPORAN LANGSUNG Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jauh dari pusat penamaan calon.

8.15am: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.
Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.

8.20am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di masjid diikuti oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz.

8.45am: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

9.00am: Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.

9.05am: Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

9.06am: Di Batu Sapi, calon PKR Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.

9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.

9.11am: Di Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang diiringi pemimpin Pakatan yang lain.

Sebelum itu, dengan diimamkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.

Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.

9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.

Di Galas, berlaku ketegangan seketika apabila sekatan berkenaan menyukarkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang cuba ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang.

Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

9.23am: Dr Zulkefli Mohamad akhirnya berjaya melepasi sekatan polis. Beliau diiringi oleh presiden PAS - Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharudin Mat Isa, naib presiden PKR - Azmin Ali, Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim dan supremo DAP supremo Lim Kit Siang.

9.30am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan.

9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas sahaja masuk. Antara mereka yang tidak dibenarkan masuk ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.

9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan.

10am: Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.

Hanya tiga calon mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Nama mereka dipamerkan di papan kenyataan untuk semua pihak membuat bantahan jika ada. Tempoh masa untuk berbuat demikian adalah dari 10 hingga 11 pagi.

Di Galas, pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno).

10.10am: Di Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.

Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teraiakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.

Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.

10.14am: Di Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.

Membuat ucapan politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema.

10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.

Beliau disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.

Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.

11.00am: Tempoh bantahan berakhir.

11.15am: Di Batu Sapi pula, pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan mereka yang layak bertanding adalah Linda TsenAnsari Abdullah (BN-PBS), (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP).

Tiada bantahan yang diterima.

11.32am: Di Galas, pegawai pengurus pilihan raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun terdapat satu bantahan, namun ia ditolak oleh Wan Mustapha.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

Malaysiakini/-
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:57 PM

Tuesday, October 19, 2010

Satu lagi projek tipu melayu.

JANGAN GHAIRAH NAK TUKAR KERAJAAN : DR M – berita hiaran

Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan setiap kali pilihan raya umum kerana pertukaran tampuk kepemimpinan tidak menjanjikan perubahan ketara dalam pembangunan negara.

Sebaliknya, beliau berkata banyak perkara tidak mampu diubah, sekali gus kekal pada kedudukan asal walaupun pentadbiran negara diambil alih oleh kerajaan pembangkang.

nota:
lihat bagaimana berita ini diolah
awalnya melayu ditakut takutkan dengan orang china
ditakut takutkan dengan lee kuan yew
ditakut takutkan dengan china DAP

tetapi orang melayu sudah tak takut

kerana itu ditakut takutkan pula melayuakan hilang kuasa
ditakut takutkan melayu akan jadi monoriti dalam negara ini

semua ini auta - semau ini kelentong

lihat siapa yang kayakan lim goh tong
lihat siapa yang kayakan ananda
lihat siapa yang jayakan kan tan peh king
lihat siapa yang ambil tanah penjara pudu
lihat siapa yang ambil lapangan stratijik tudm sungai besi
lihat siapa kepala duit judi

melayu jadi minoriti dalam negara ini ?

siapa benarkan bangla masuk?
siapa benarkan china doll masuk?
siapa bawa indon masuk ?
siapa beri kad pengenalan pada pendatang haram di sabah?
siapa nak jadi raja afrika?
siapa nak jadi permaisuri agung afrika? kah kah kah

tengok bagaimana mahafirauan ini berkata
seolah olah kita telah bekali kali berjaya menghalau
kerajaan yang zalim

ini bohong

kita belum pun berjaya menghalau gerombolan dan kuncu kuncunya
tetapi orang melayu sudah ditakut takutkan

wahai bani melayu
sedarlah kamu
kamu sedang ditipu
bila kamu khayal ditipu maka kamu hilang pegangan
bila kamu hilang pegangan
maka harta kekayaan negara ini
disebat oleh anak bini dan kroni gerombolan

wahai bani melayu
akhirnya kamu duduk
dirumah rumah sempit miang dan panas
di san peng di kerinchi di pantai dalam
kerana kamu berkayal dengan ketuanan melayu
walhal kamu hanyalah kuli batak kah kah kah


Dicatat oleh Tukar Tiub pada 10:42:00 AM

Thursday, October 14, 2010

Brahim Ali- Gelaran Di Tarik Balik?

Sultan Muhammad Ke-5 telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali menurut laporan The Star hari ini.

Selain Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Bebas bagi Pasir Mas, Sultan Kelantan juga menitahkan gelaran Datuk juga ditarik daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.

Tidak ada butiran lanjut diperolehi setakat ini berhubung alasan gelaran tersebut ditarik balik.

Bagaimanapun Ibrahim dilihat amat lantang 'memperjuangkan' hak serta 'ketuanan' Melayu sehingga menimbulkan kontroversi dengan pemimpin Umno seperti Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan juga rasa tidak senang dikalangan masyarakat Cina dan India.

Siti Balqis - Gadis Misteri - terima 7 batu permata dari langit



BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam. Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

14 October 2010 07:41
Filed Under: misteri |0 comment

JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.

Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.

Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.

Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.


Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam - metro

Tazkirah : Adab Memotong Kuku Fitrah Rasulullah SAW

Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).

Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.

Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.

1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."

(Hadis riwayat Muslim) Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."

(Hadis riwayat Muslim) Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."

(Hadis riwayat Ahmad) Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."

(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani) Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam , kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.

Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan ada hajat seperti berubat.

Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.

Hal ini berbeza pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau perempuan yang hendak berihram sunat baginya berinai atau berpacar. Walau bagaimanapun cara berinai yang disunatkan itu ialah dengan menggunakan daun inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Disunatkan juga menyapukan sedikit inai kemuka, sebab ketika ihram, perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan menutupi warna kulit tangan dan muka.

Adapun perempuan yang tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah.

Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung-hujung jari sahaja dan membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat begitu. Akan tetapi diharuskan bagi perempuan yang bersuami berinai dengan cara berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada suami. Ini memandangkan ada tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa ada keizinan suami maka hukumnya tetap haram.

Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki pada dua tangan dan kaki adalah haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya :

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."

(Hadis riwayat Muslim) Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu terdapat di dalamnya unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita berhias. Akan tetapi jika lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu ada keperluan atau hajat seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan ke atasnya berinai

~NuRaiDiLFaDa aHMaD~
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:14 AM

Tuesday, October 12, 2010

Belajar erti persaudaraan, kasih sayang di Madinah

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
***

MENGUNJUNGI Madinah Al-Munawwarah tidak termasuk dalam manasik haji. Namun jemaah haji atau umrah amat digalakkan ke sana. Malahan kunjungan ke Madinah termasuk dalam susunan acara jemaah haji atau umrah. Jemaah haji berpeluang berada di Madinah selama lapan atau sembilan hari manakala mereka yang menunaikan umrah tiga hari. Jemaah boleh ke Madinah selepas selesai menunaikan haji dan umrah atau pun sebelumnya.

Keutamaan menziarahi Madinah Al-Munawwarah terutama Masjid An-Nabawi dinyatakan dalam beberapa hadis Rasululullah s.a.w., antaranya yang diriwayatkan oleh At-Tabrani yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan fardu haji ke Baitullah al-Haram dan tidak menziarahi aku sesungguhnya dia menjauhkan dirinya daripadaku” dan “Barang siapa yang mengerjakan haji lalu dia menziarahiku selepas wafatku, seolah-olah dia telah menzirahiku semasa hidupku.”

Kemudian dinyatakan keutamaan beribadat dalam Masjid Nabawi melalui sebuah hadis bermaksud: “Sembahyang di masjidku ini pahalanya adalah seperti 1,000 sembahyang di tempat lain melainkan di Masjid Al-Haram. Berpuasa sebulan di Madinah seperti berpuasa 1,000 bulan di tempat lain dan sembahyang Jumaat di Masjid Madinah seumpama 1,000 kali sembahyang Jumaat di tempat lain.” (Riwayat As-Sahihaini daripada Abu Hurairah)

Tanggal 7 Jun 2010, buat kali ketiga saya berpeluang menjejakkan kaki di bumi Madinah Al-Munawwarah. Berlainan daripada dua kunjungan sebelum ini di mana rombongan jemaah menaiki bas dari Jeddah ke Madinah, kali ini penerbangan adalah secara terus dari KLIA ke bandar suci ini. Tentunya, hati terasa sayu sebaik saja melangkah kaki, kemudian menaiki bas menuju penginapan berhampiran Masjid Nabi dalam rembang senja.

Dalam perjalanan, daripada kejauhan kelihatan berbalam-balam banjaran gunung, kemerah-merahan dipancari cahaya matahari buat kali terakhir sebelum tenggelam di ufuk barat. Ada jemaah memberitahu saya itulah banjaran bukit atau gunung Uhud, namun tidaklah dapat saya pastikan. Kata jemaah itu lapangan terbang antarabangsa Madinah terletak di sebalik banjaran gunung Uhud.

Pada kunjungan kali ini, saya telah bersiap sedia dengan buku dan nota panduan bagi mengaup sebanyak mungkin pahala beribadat di Tanah Suci. Bukankah sudah dikatakan melalui hadis bahawa beribadat di Masjid Nabawi adalah 1,000 kali ganda pahalanya daripada beribadat di masjid-masjid lain kecuali Masjidilharam dan Masjid Al-Aqsa? Antara buku tatapan saya adalah ‘Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7,000 Tahun’ oleh Haji Ahmad Haris Suhaimi dari Singapura. (Penerbit HRs Consultant).

Antara perkara yang amat saya tertarik dalam buku itu bab zikir yang antara lain ditulis: “Suatu ketika, Rasulullah s.a.w. telah mendatangi kepada seorang wanita yang kelihatan pada tangannya beberapa biji kurma dan batu-batu kecil yang digunakan untuk membuat kiraan bagi berzikir, lalu Rasulullah bertanya: “Sebaiknya aku beritahukan kepada kamu, apa yang lebih mudah dan lebih afdal daripada itu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fis Sama’, Wasubhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fil Ardhi, Wasubhanallah ‘Adada Ma baina Zalik, Wasubhanallah ‘Adada Mahua Khaaliq. Wallahu Akbar Mithla Zalik, Walhamdulillah Mithla Zalik, Wala Ilaha Illallahu Mithla Zalik, Wala Haula Qala Quwwata Illa Billahi Mithla Zalik.”

Maksudnya: “Maha Suci Allah dengan bilangan (zikir) sebanyak apa yang diciptanya di langit, dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa yang dicipta-Nya di bumi, dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa-apa yang ada di antara kedua-duanya, dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa-apa yang dicipta-Nya, dan Allah Maha Besar seperti bilangan itu (semua) juga, dan segala puji bagi Allah seperti bilangan itu juga, dan tiada Tuhan melainkan Allah seperti bilangan itu juga, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan Allah seperti bilangan itu juga.”

“Berbermakna berzikir dengan tidak sampai seminit ini, seolah-olah kita telah menghasilkan berjuta-juta benih tanaman yang akan membentuk taman-taman yang indah di Syurga kelak.”

Demikianlah saya begitu taksub, membayangkan berbilion-bilion pahala yang akan saya dapat jika dapat solat waktu berjemaah pada setiap masa di Masjid Nabawi di samping membaca zikir-zikir berkenaan.

Dipendekkan cerita, pada hari ziarah luar (mengunjungi tempat bersejarah di luar Masjid Nabawi seperti Masjid Quba’), bas rombongan jemaah telah tersasar waktu sehingga hampir jam 11.45 pagi tetapi dalam keadaan tergesa-gesa kami mahu pulang ke hotel bagi menyiapkan diri untuk solat zuhur berjemaah di Masjid Nabawi, ada dua orang jemaah perempuan merayu untuk pergi ke pasar kurma seterusnya membeli-belah di sana.

Jemaah lain ada mula membebel dan saya juga berkata-kata dalam hati, “bukankah tadi kita sudah ke ladang kurma, sudah beli kurma, untuk apa ke pasar kurma ini, bukankah sudah hampir masuk waktu zuhur. Alangkah ruginya jika tidak dapat solat berjemaah di Masjid Nabawi!”

Nampaknya, mutawif kami, seorang ustaz muda dari Indonesia dapat membaca isi hati kami lalu berkata: “Bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian. Minta maaf banyak-banyak. Saya perlu izinkan mereka pergi ke pasar kurma. Memenuhi hajat orang amat dituntut oleh agama. Hari ini kita penuhi hajat mereka, insya-Allah, lain kali orang lain akan memenuhi hajat kita. Insya-Allah, kita akan dapat kedua-duanya sekali, memenuhi hajat orang dan juga solat waktu di Masjid Nabawi.

Ungkapan ustaz itu mengejut dan menyedarkan diri saya. Betapa saya hanya mementingkan diri, kononnya mahu dapatkan ribuaan dan jutaan pahala tetapi gagal menyelami dan menggembirakan hati insan lain. Saya bukan tidak tahu bahawa mengutamakan orang lain itu sangat dituntut oleh agama, tetapi pada saat-saat begitu mudah lupa diri. Bukankah sudah kita pelajari ada saat-saat tertentu solat boleh ditangguhkan misalnya jika hidangan sudah tersedia, kita perlu makan dulu; demikian juga jika kita dalam keadaan mengantuk yang terlampau sangat, tetapi hari itu dalam mengejar kepentingan diri, bagi mengaut keuntungan berganda bagi diri sendiri, saya terlupa segala-galanya.

Demikianlah betapa peristiwa itu telah mengajar saya erti kasih sayang; mengasihi sesama Muslim, memenuhi keperluan dan kehendak mereka selagi ia tidak berlawanan dengan hukum-hakam Allah SWT. Mengertilah saya bahawa Islam itu bukan soal ibadat semata-mata tetapi merangkumi segala-galanya termasuk kasih sayang sesama makhluk. Itulah sebabnya mengapa ada hadis menyatakan seorang lelaki pemberi minum anjing masuk syurga manakala seorang perempuan mengurung kucing sehingga mati dilemparkan ke dalam neraka!

PERIHAL TENGKU MAHKOTA, RAJA PEREMPUAN DAN TENGKU TEMENGGONG KELANTAN

Ekoran pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dan ekoran perlucutan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra dari jawatan Tengku Temenggong Kelantan pada 30 September 2010 maka mulai dari tarikh-tarikh tersebut telah wujudlah kekosongan di dalam jawatan-jawatan Tengku Mahkota Kelantan dan Tengku Temenggong Kelantan.

Ada pun jawatan-jawatan yang masih kekal di dalam institusi kesultanan Kelantan pada waktu ini adalah Tengku Bendahara Kelantan yang disandang oleh Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Laksamana Kelantan yang disandang oleh Tengku Dato' Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Panglima Kelantan yang disandang oleh Tengku Dato' Mohamad Rizam Ibni Tengku Abdul Aziz.

Di antara lainnya, tatacara pilihan dan pelantikan Tengku Mahkota Kelantan adalah terkandung di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sepertimana berikut:

27. (1) Maka pilihan dan pelantikan Bakal Raja hendaklah diperbuat oleh Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, yang hendaklah melihat kepada kelayakan-kelayakan anak yang sulung, kepada yang lebih dekat darjah Waris Raja dahulu daripada yang lebih jauh, mengikut Hukum Syarak, dan di dalam setiap-tiap darjah, Waris kepada yang tertua, dahulu daripada yang muda.

27. (2) Maka bolehlah Raja, dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, mengurniakan kepada Waris, akan gelaran TENGKU MAHKOTA, Kelantan, yang akan dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Crown Prince of Kelantan”.

29. Dikecuali ada syarat yang berlainan di dalam Perkara 31 Bahagian ini, maka Waris hendaklah orang Melayu daripada darah raja, keturunan zuriat Raja-Raja Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam, bermazhab Ahlu’s Sunnah wal Jamaah, tiap-tiap seorang daripada waris yang lain itu hendaklah orang yang seumpama itu juga.

30. (1) Maka Waris hendaklah anak yang diperanakkan daripada nikah yang halal mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa itu dan diakui daripada tubuh badan dan darah daging KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

30. (2) Maka keturunan zuriat yang akan berhak menjadi Waris hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan sebagainya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekali-kali dan hendaklah menjadi tidak sah jika dilantik menjadi Waris akan mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, selagi ada seorang keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu: Dengan syarat keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu tidak akan berhak, jika ia difikir dan ditetapkan, selepas disiasat dengan sepenuh dan secukupnya oleh Majlis Perajaan Negeri, ada mempunyai kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat Waris, iaitu, apa-apa pengidapan yang berkekalan, seperti hilang akal, buta, bisu atau pun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Waris.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVII. (1) The choice and appointment of the Heir shall be made by the Sovereign on the advice of the Council of Succession, who should look to the merits of the first born, to those of nearer degree of kin to the Sovereign, according to Hukum Syarak, before the more remote, and within each degree, to the elder, before the younger.

XXVII. (2) The Sovereign may, on the advice of the Council of Succession, confer on the Heir, the title of TENGKU MAHKOTA, Kelantan, to be called in English the Crown Prince of Kelantan.

XXIX. Save as otherwise provided in Article XXXI of this Part, the Heir shall be a person who is a Malay of royal blood, a descendant of Kelantan Sovereigns, a male, and of the religion of Islam, Ahlu’s Sunnah wal Jamaah; each of the other Heirs shall also be such a person.

XXX. (1) The Heir shall be issue lawfully begotten of a marriage solemnized in accordance with the Hukum Syarak and any other law regulating Muslim marriages in force at the time and an acknowledged descendant of the body and flesh and blood of HIS ROYAL HIGHNESS SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

XXX. (2) The descendant who shall be eligible to become the Heir shall be a son, grandson, great-grandson and so on of the male line, first one generation after another until the last, that is to say, it shall not on any account be permitted and it shall be unlawful to elect as Heir any person other than a descendant of His Royal Highness Sultan Ismail Petra, so long as a descendant as above of His said Royal Highness exists: Provided that a descendant of His said Royal Highness shall not be eligible, if he is considered and determined, after full and complete enquiry by the Council of Succession, to have some grave and serious defect derogatory to the quality of an Heir, that is to say, any infirmity such as insanity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by the Hukum Syarak to become an heir.

Tidak sepertimana apa yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V sebenarnya masih lagi belum mempunyai seorang permaisuri dan Baginda juga masih lagi belum mempunyai keturunan zuriat.

Walaupun begitu, hakikat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V belum mempunyai seorang permaisuri tidaklah pula mendatangkan apa-apa cacat-cela kepada pemerintahan Baginda kerana, tidak sepertimana tanggapan umum, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sebenarnya tidaklah memperuntukkan sebarang kuasa dan peranan kepada Raja Perempuan Kelantan.

Apa yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sehubungan dengan kedudukan Raja Perempuan Kelantan hanyalah:

26. (1) Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri bolehlah melantik Isterinya menjadi Raja Perempuan Kelantan: Dengan syarat ia seorang Melayu beragama Islam dan menjadi isteri Raja yang berkahwin dengan mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa perkahwinan itu.

26. (2) Sekiranya berlaku kemangkatan Raja maka gelaran Isterinya itu hendaklah bertukar dengan sendirinya daripada “Raja Perempuan (Kelantan)” kepada “Raja Perempuan (nama tubuh)”, dan jikalau berlaku perceraian hidup maka gelaran itu hendaklah terlucut dengan sendirinya.

26. (3) Raja Perempuan hendaklah terhak menerima elaun yang akan dikenakan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan, yang hendaklah ditetapkan oleh Dewan Negeri; dan elaun itu hendaklah tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah wang yang ditetapkan bagi perbelanjaan hidup Raja yang memerintah: Dengan syarat bahawa, kiranya lucut gelaran disebabkan oleh perceraian hidup maka elaunnya itu bolehlah ditimbangkan semula oleh Dewan Negeri.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVI. (1) The Sovereign upon the advice of the Council of Succession may appoint his Consort to be the Raja Perempuan of Kelantan: Provided that she shall be of the Malay race and of the religion of Islam, a wife of the Sovereign, married to Him in accordance with the Hukum Syarak and the law in force at the time of such marriage.

(2) In the event of the demise of the Sovereign the title of His Consort shall change automatically from “Raja Perempuan (Kelantan)” to “Raja Perempuan (personal name)”, and in the event of a divorce the title shall automatically cease to apply.

(3) The Raja Perempuan shall be entitled to receive such allowance, to be charged on the Consolidated Fund, as shall be fixed by the Legislative Assembly; and such allowance shall not less than one fourth of the sum fix for the maintenance of the reigning Sovereign: Provided that, in the event of the title ceasing to apply as a result of a divorce, the allowance may be reconsidered by the Legislative Assembly.

Walaupun begitu, selaku seorang yang taat beragama, sudah tentulah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V juga berhasrat untuk memenuhi tuntutan agamanya. Untuk itu, sama-samalah kita mendoakan agar Baginda dikurniakan seorang permaisuri yang memenuhi ciri-ciri yang diingini oleh Baginda, khususnya yang berakhlak mulia, yang menguasai dengan baik al-Qur’an dan yang menutup dengan sempurna auratnya.

Allahu Akbar.

P/S: Untuk mengetahui perkembangan-perkembangan selanjutnya, tunggulah pengumuman-pengumuman yang akan kami buat di dalam blog kami ini dari semasa ke semasa.

Duit..Duit...Masyukkkkkkkkkkkkk

Siapa tak mahu pelaburan masuk ke dalam Negara. Syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Mudabala Group mahu labor USD7 billion dalam ekonomi kita. USD 7 ribu juta adalah dalam industry aluminium di Sarawak dan pembinaan financial hub di KL. Tapi pelaburan ini akan terjadi dalam masa satu tahun lagu. Iaitu selepas 1MDB siap kajian dan proposal nya.

Dalam masa setahun apa apa pun boleh terjadi. Dato Najib menyaksikan tanda tangan antara Mudabala Group dengan 1MDB. Saya harap 1MDB bukak mata juga ya- sebab GLC Abu Dhabi ini untuk setengah tahun 2010 rugi 4.5 billion Dirham. Ertinya, 1MDB tanda tangan dengan syarikat yang sedang menannggung rugi. Saya harap kita jangan ingat syarikat Pak Arab mesti ada banyak duit.

Tapi ada satu perkara baik dengan syarkat Pak Arab ni. Dia orang publish buku buku perakaunan mereka untuk tatapan public. 1MDB tak pun lagi. Orang kampong semua tahu, kita dah bertempik transparency. Transparency tak ada. Yang ada, ialah opacity.

Rakyat pun bukan bodoh. Pelaburan ini, kalau terjadi bererti Mudabala akan bawak masuk tukaran asing. Dan tukaran asing dalam bentuk USD 7 billion tersebut akan di tunjukkan dalam peningkatan reserves negara. Mulai tahun depan bila Pak Arab ni bawak masuk duit USD, kita nak tengok reserves Negara kita bertambah atau tidak.

Itu hal pertama.

Dato Sri PM pun ada sebut 1MDB sudah untung RM 425 juta. Waduuh Pak- ini untung datang dari mana? Adakah ia datang dari operasi perniagaan atau perpindahan asset kerajaan kedalam 1MDB? Kita tak tahu. Rekod tak ada. Alih alih, sebut untung RM 425 juta turun dari langit. Kalau wang banyak di langit sana, bila kita tangkap Ayah Pin yang berkerajaan di langit sana, kita Tanya, disana ada Fort Knox ke?

Kita kena ingat perihal 1MDB ini. Ianya dalah sebuah Sovereign Wealth Fund- yakni sesebuah kerajaan akan memasukkan sejumlah wang daripada hasil perusahaan Negara kedalam dana tersebut. Misalnya hasil dari penjualan minyak. Wang dari dana tersebut akan di labur dan akan mendatangkan pulangan.

Jika benar, kita nak tahu dalam pelaburan apa dan pulangan nya banyak mana? RM 425 juta dari satu pelaburan atau satu bakul/basket portfolio? Beritahulah kami, Dato Sri PM.

Tapi 1MDB ini lain dari yang lain. Orang Cina kata hantu bukan hantu, orang bukan orang. Sebab dana nya datang dari terbitan bond yang di jamin oleh kerajaan. Ertinya Dana 1MDB datang dari hutang yang di terbitkan oleh Dana ini yang di jamin oleh kerajaan. Ini boleh jadi satu sebab mengapa negara kita boleh jadi bangkrap. Idris Jala tidak sebut perkara ini.

Bila Dana tersebut di pindah dari wang ehsan Terengganu, orang kata sudah berkurangan RM700 juta. Jumlah tersebut di bayar sebagai consltancy fees yang mungkin di urus oleh budah 28 tahun yang bergeliga otak nya- Low Taek Jho. Dalam negara Malaysia, mana ada budak yang lebih geliga otak nya dari Low Taek Jho ?

Hampir satu tahun dana dalam 1MDB tinggal hanya RM 800 juta nya. Bererti yang sangat menyukakan hati PM kita datang di atas pelaburan sebanyak berapa ? RM 4.2 billion termasuk bayaran yuran/fess con-sultans ? berapa pulangan nya ? 10%.

Tak berapa bagus sheikh. Pemaju perumahan mislanya mahukan pulangan sekurang kurang nya 18%. 10% tak bagus sheikh. Itu sebab, kita dengar, 1MDB mahu terbitkan RM 5 billion bond lagi untuk jadi Dana 1MDB. Ini hutang lagi tuan Sidek Sigaraga.

Siapa yang di kerah untuk underwrite terbutan tersebut? Sudah tentu dua bank terbesar di Malaysia iaitu CIMB dabn Maybank. Maka berkerja keras lah dua bank ini underwrite terbitan bond dan menjual kepada pembeli institusional dan perseorangan. Siapa yang terpaksa beli? Mungkin pemegang dana lain- EPF, Tabung Haji dan sebagai nya.

Saya rasa semua orang sangsi akan apa yang terjadi dengan 1MDB. Cakap cakap dari pasaran mengatakan para auditors enggan tanda tangan mengesahkan buku buku 1MBD. Kalau auditors tak mahu sahkan, adalah hanky panky di sana. Semua pihak yang terlibat pun gusar yang amat sangat.

Entah macam mana si Low Taek Jho mempengaruhi PM untuk mempengaruhi juru odit tanda tangan jugak buku buku2 1MDB.

Jadi kita nak tahu, apakah bettul2 1MDB buat untung atau tidak? Atau mungkin ini cooked figures untuk selamat LTJ dan 1MDB sendiri?

Ku Li sebenarnya di uji di Galas

Subky latif

DUN Galas akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam masa 60 hari selepas Adunnya Che Hashim Sulaiman meninggal dunia pada 27 September 2010 lalu.

DUN itu mesti diisi dalam masa 60 hari kecuali kekosongan berlaku kurang dua tahun dari tempoh ia matang.

Tentunya PRK itu suatu yang amat sengit justeru Galas adalah satu DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang sejak tahun 1955 ia dikuasai Umno/Perikatan masa itu.

Baru sekali dalam PRU 12 kubu kebal Umno Hulu Kelantan dapat ditembusi PAS iaitu di Galas. Maka PRK ini adalah ujian kepada kekuatan kedua pihak iaitu Umno dan PAS, apakah kekuatan Umno sudah mula merosot di kubu Tengku Razaleigh itu atau PAS benar-benar sudah bertapak di situ?

Apa pun keputusannya nanti tidak banyak mengubah senario politik di Kelantan kerana yang menguasai hati nurani rakyat Kelantan pada keseluruhannya sejak tahun 1959 adalah PAS.

Dengan kekuatan dan kemahiran politik PAS Kelantan yang begitu banyak pengalaman dengan kepimpinan yang padu sejak 50 tahun lalu. Maka tiada dapat menyangka ia boleh dialahkan dalam waktu terdekat.

Justeru itu tumpuan besarnya ialah terhadap Gua Musang itu sendiri. Apakah Tengku Razaleigh masih menjadi tonggap Umno di Kelantan atau Gua Musang masih kebal dengan Umnonya?

PAS boleh dikatakan tidak ada di Kelantan tahun 1955 apa lagilah Gua Musang atau Hulu Kelantan itu tempat jin bertendang dan kawasan hitam yang dipenuhi komunis. Dengan kawasan pilihan raya peringkat Persekutuan yang luasnya kira-kira separuh dari negeri Kelantan tiada terdaya PAS untuk meletakkan calon.

Tetapi PAS yang kosong tahun 1955 menguasai Kelantan tahun 1959. Namun satu kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditembusi PAS. Tengku Indera Putra, bekas Tengku Mahkota Kelantan yang bertukar menjadi orang politik dan ketua Umno Kelantan telah berkubu di kawasan itu.

Pengaruh istana yang begitu kuat di kalanagan penduduk setempat menyebabkan ia tidak dapat ditembusi PAS. PAS boleh bergerak sekencang-kencangnya di Kelantan tetapi tidak di kawasan yang di wakili anak raja sebagai ketua Umno.

Apabila Tengku Indera Putra berundur diganti pula oleh Tengku Razaleigh, juga seorang anak raja yang begitu dekat dengan Sultan. Sehingga hari ini bukan saja ia sukar ditawan PAS, bahkan orang Umno yang bukan kerabat raja tidak dapat menjadi pemimpin Umno setempat.

Semasa Dr. Mahathir menjadi Presiden Umno, Gua Musang dijadikan bahagian anak angkatnya dengan mengenepikan Tengku Razaleigh, menjadikan Umno seperti kerbau kurus. Ia menuntut pimpinan Tengku Razaleilgh semula.

Dan Gua Musang saja, baik di zaman Tun Abdullah Badawi dan menjelang era Datuk Seri Najib mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden Umno. Tiada siapa dari Umno yang dapat menggantikan Tengku Razaleigh di Kelantan baik Anuar Musa, Mustafa Mohamad mahu Dr. Awang Adek. Tali hayat Umno Kelantan seperti ada ditubuh Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh bukanlah orang yang disenangi oleh Umno Kelantan bahkan oleh Datuk Najib. Tetapi dia tidak boleh diusik di Gua Musang. Mahu tak mahu, Umno tidak boleh menamakan orang lain bagi menjadi pengarah PRK itu, bukan saja kerana keistimewaan yang ada padanya tetapi dia adakah ketua Umno Bahagian Gua Musang.

Hancur Umno jika ketua Bahagiannya tidak dijadikan pengarah. Sama ada Ku Li masih berguna pada Umno atau tidak, beliau saja yang dapat mengimbangi kebangkitan PAS di DUN Galas.

Ku Li boleh ada dan boleh tidak ada di Manek Urai, tetapi Ku Li tidak boleh tidak ada di Galas. Kalau dia tidak ada, tidak tahulah apa harapan Umno di situ.

Dengan keistimewaan Ku Li pada Umno dan rakyat di Gua Musang, beliau tidak dapat menyelamatkan Umno di Galas pada pilihan raya umum 2008. Ketika itu dia hanya dapat menyelamatkan dirinya saja. Kuatnya gelombangan serangan PAS, menyebabkan Ku Li mengambil strategi kalau tidak dapat pertahankan semua kerusi di kawasan itu, jangan hilang semua.

Gua Musang mengekalkan Tengku Razaleigh tetapi tidak terdaya menyelamatkan Galas. Justeru itu Umno tidak yakin calon lain selain beliau untuk bertanding di Galas. Calon lain belum tentu.

PAS tahu akan payahnya menghadapi pilihan raya kecil. Walau pun banyak calon Pakatan memenangi PRK selepas PRU 12, tetapi payahnya tetap ada. Memang kehadiran Ku Li itu menambah kepayahan bagi mempertahankan kerusi itu tetapi yang benar diuji adalah Ku Li. Jika Ku Li tidak banyak membantu Umno kali, maka masa depan PAS di Gua Musang akan bertambah selesa

CAP: Harga Rokok Patut Naik RM30 Sekotak

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat, bagi mengawal tabiat merokok, harganya perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.

"Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.




"Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22," kata SM Mohamed (kiri).

Pada 5 Oktober lalu, kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Lesen kepada peruncit

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kenaikan hampir 70 sen sekarang tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok.

"Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu?




"Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?" soalnya.

SM Mohamad berkata, rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di tempat tumpuan remaja.

Beliau turut mencadangkan kedai runcit diberikan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

"Hanya dengan cara ini maka ia (usaha membanteras rokok) akan dipandang serius," kata SM Mohamad sambil menyenaraikan pelbagai kesan negatif akibat merokok.

Mengambil contoh negara lain, beliau juga memberitahu terdapat, Australia telah menetapkan rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong dan tidak menarik menjelang 1 Julai 2012.

Persimpangan Terakhir buat Kuli?







Oleh Telaah Politik
Sejarah politik Ku Li yang gemilang di zaman mudanya telah dicantas dengan ja
yanya oleh Dr Mahathir. Beliau yang lebih dilihat kekananannya berbanding Dr Mahathir, telah dilangkaui gara-gara pemilihan yang dilakukan oleh Tun Hussien Onn. Selepas itu Ku Li beberapa kali cuba mencabar, tetapi hanya hampir-hampir mencapai kejayaan pada tahun 1987. Selepas itu kerjaya politiknya semakin malap.

Kalaulah Ku Li tidak membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada 1995, sudah pasti gabungannya dengan Anwar akan memberi kesan berbeza semasa era reformasi. Selepas kembali kepada UMNO Ku Li sering melakukan tindakan 'play safe' takut-takut dia tersilap langkah sekali lagiDi ketika itulah Ku Li dipermain-mainkan oleh Dr Mahathir sehingga rakan-rakan di sekelilingnya termasuklah 'budak' setia beliau Ahmad Shabery Chik sendiri mulai merenggangkan diri daripadanya. Kini tinggallah Ku Li terkontang-kanting berpencak dalam UMNO.

Ku Li cuba mencabar beberapa kali, yang cabarannya bukan dengan mereka yang kecil-kecil politik. Beliau cuba mencabar bertanding sebagai Presiden UMNO, tetapi pencalonannya sangat sedikit. Kawasan yang begitu setia mencalonkannya ialah Gua Musang. Itupun dalam pemilihan yang lalu Gua Musang sendiri hampir-hampir tidak mencalonkan Ku Li. Dari segi politik, kerjaya politik Ku Li hampir berkubur melainkan kubu politiknya di Gua Musang. Hadirnya Ku Li dalam politik UMNO dan politik Malaysia seumpama 'melukut di tepi gantang'. Ku Li benar-benar mengharapkan lampu ajaib Aladdin untuk kembali semula ke persada politik tanahair.

Kali terakhir usaha yang dilakukan oleh Ku Li sebagai lampu ajaib ialah mengg
agaskan Kerajaan perpaduan. Menurut sumber-sumber tertentu, hampir-hampir gagasan itu akan mengangkat semula Ku Li ke persada politik, tetapi sekali lagi musuh tradisinya Dr Mahathir menjadi batu penghalang. Kemudian Ku Li cuba pula menjadi tokoh politik yang diterima semua pihak termasuk menyokong usaha Kelantan untuk mendapatkan royalti petroleum. Sedikit sebanyak usaha ini menaikkan semula martabat politik Ku Li, setidak-tidaknya sejarah penglibatan politik beliau diimbaukan semula.

Bagaimanapun, tiba-tiba UMNO mencadangkan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas, malah kemungkinan pula menjadi calon. Cadangan ini bukanlah satu penghormatan kepada Ku Li, sebaliknya satu penunjuk arah untuk Ku Li sampai ke garisan penamat politiknya. Ku Li benar-benar berada di penjuru gelagang yang dihimpit oleh kepentingan politik UMNO dan PR khususnya PAS. Tujuan UMNO melantik beliau adalah untuk menamatkan karier politiknya. Berdasarkan PRU 2008, UMNO dan Ku Li sendiri kalah di DUN Galas. Bayangkan kalau keputusan yang sama berulang. Secara tidak langsung pengaruh Ku Li akan dilihat pupus di kubunya sendiri. Sekiranya keputusan sebaliknya, Ku Li tidak mendapat apa-apa merit yang lebih.

Sekiranya beliau menerima pencalonan sebagai Pengarah tersebut, dengan sendirinya pengaruhnya terhadap PR dan PAS khususnya akan putus. Beliau tidak lagi disandarkan harapan oleh PR dan PAS dalam isu royalti dan kemungkinan selepas ini beliau akan benar-benar keseorangan dalam politik. Oleh sebab itu, perkiraan yang dibuat oleh Ku Li seumpama telan mati emak, luah mati ayah. Beliau kini benar-benar telah di Checkmate oleh Najib dan Muhyiddin. Hanya satu pilihan terbaik Ku Li, iaitu menyertai pembangkang pada ketika keemasan begini. Potensi untuk beliau muncul semula dalam politik akan lebih cerah

Monday, October 11, 2010

Selepas Proton, Giliran Mercedes Tarik Produk Automotifnya

Pengeluar kereta Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula kira-kira 85,000 unit kenderaan model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet 2011 kerana masalah stereng.
Menurut agensi berita AP semalam, sistem stereng kenderaan itu mungkin gagal berfungsi sepenuhnya ekoran kebocoran cecair stereng.
Laporan mengenai masalah itu dikemukakan kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA).
Menurut pengeluar kereta itu, satu penyambungan pada saluran stereng kuasa didapati tidak berfungsi dengan sempurna sekali gus mengakibatkan cecair untuk stereng mengalami kebocoran.
"Pemilik-pemilik mungkin tidak mempunyai kawalan yang mencukupi ke atas kereta itu ketika berada dalam keadaan seperti mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang memerlukan kuasa maksimum stereng," kata pengeluar kereta tersebut dalam satu laporan kepada NHTSA yang didedahkan oleh LA News Monitor.com.
Syarikat pengeluar kereta dari Jerman itu mengetahui masalah itu berdasarkan aduan daripada beberapa pengguna kenderaan berkenaan.

Kemalangan Ngeri -10.10.10


















Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk. -hmetro





Mangsa terkulai di tingkap van

Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.-BH
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar