Thursday, December 31, 2009

Hadiah Utk Rakyat Menjelang 2010

Hari ni dah 31 Disember, hari terakhir untuk tahun masihi 2009. Malam ni mngkin ramai yang dah berkira-kira nak 'count-down' kat mana. Menjelang tengah malam ni, tahun baru 2010 menjelma.

Pasti akan ada mercun dan bunga api yang akan dibakar untuk memeriahkan keadaan, menyambut tahun baru.


Serentak masa tu jugak, telah berkuatkuasa satu harga baru untuk gula, satu barang kawalan yang dikawal harga oleh kerajaan. Aku pun tak pasti pasai apa detik 12.01 malam tahun baru dipilih untuk penguatkuasaan harga baru.


Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini Khamis. Bernama


Yang pastinya kenaikan tu sebanyak 14%. Aku nak tunggu apa komen FOMCA dalam hal ni, pasai aku memang tak arif langsung pasai gula ni. Aku mengaku memang aku tak ingat langsung ila kali terakhir gula naik harga.Beli gula pun jarang sangat. Apa kejadah nak beli gula kalau hari-hari pagi petang siang malam minum kat kedai.


Hasil carian di google aku jumpak maklumat kat bawah ni. Depa² ni dah tentu untung dengan harga baru ni.

MONOPOLI EMPAT PENGILANG GULA

Pengeluaran gula negara buat masa ini dimonopoli empat buah syarikat iaitu Malaysian Sugar Manufacturing Company Bhd (MSM) yang beroperasi di Prai, Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR), Shah Alam, Gula Padang Terap Bhd (GPT), Padang Terap, Kedah dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP), Chuping, Perlis. - Bernama

Sapa-sapa yang rajin tolong cari maklumat sapa tuan punya kilang-kilang gula ni. Mungkin kita boleh dapat 'maklumat menarik'.

Secara peribadi aku tak peduli berapa pun harga gula depa nak juai, janji harga air yang aku nak minum tak naik, kalau harga air yang aku order naik memang aku kena peduli. Dan aku yakin hampir pasti harga minuman pun akan naik jugak. Tapi nak buat macamana, kot mana pun nak kena 'mengope' jugak.




Media Pengiklanan Baru
at 7:13 PM

Perutusan Tahun Baru Anwar Ibrahim

Dec 31st, 2009 | By Admin | Category: utama
Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

ANWAR IBRAHIM

Surat Terbuka Husam Kpd Madey

December 31, 2009
Surat Husam Musa Kepada Tun Mahathir
RM 270 Billion: Kertas Putih MOF
Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM 270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM 270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425mil
b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360mil
c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380mil

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 b menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)


http://cetusan-hati.blogspot.com/

Pas Makin Bercelaru - Hamidah Osman

Dipetik dari Blog h YB Hamidah Osman



Kesempurnaan PAS dan Kecatatan UMNO ?

1. Setiap kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak menimbulkan persoalan dalam masyarakat kita. Kemelut yang berlaku didalam PAS masih lagi mampu ditutupi oleh PAS dengan menuding jari bahawa segala yang berlaku adalah konspirasi politik UMNO.

2. PAS masih lagi mahu kelihatan dengan 'wajahnya' yang warak dan bercahaya bahawa PAS merupakan parti yang maksum dan sangat sempurna, sehingga apa sahaja yang berlaku adalah dari 'tangan-tangan jahat UMNO'

3. Sudah boleh diduga bahawa UMNO akan dituduh menjadi dalang apabila sekumpulan penyokong Pas yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran dan Pengundi Pas (GKPPNS) mengadakan perhimpunan di pejabat parti itu di Shah Alam mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang di Selangor.

4. Dakwaan seumpama ini bukanlah perkara baru, malah sebelum ini apa pun yang berlaku di Selangor segala-galanya akan ditunding kepada UMNO, seolah-olah UMNO mempunyai kehebatan luar biasa bagi mengkucar-kacirkan Pas di mana sahaja.

5. Mahfuz dalam kenyataan akhbar hari ini, berterus terang dan sangat yakin bahawa ini merupakan perbuatan UMNO yang maha jahat itu. Apakah Mahfuz sedar bahawa menuduh pihak lain melakukan perbuatan khianat merupakan satu dosa, atau apakah dosa hanya akan diperolehi oleh orang UMNO tetapi tidak kepada orang PAS ?

6. Tuduhan seumpama itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan meretakkan hubungan antara dua parti induk Melayu itu. Ketika ini tiada siapa pun tahu apa motif kumpulan berkenaan dan siapa dalang di sebalik kewujudan mereka. Oleh itu melalui laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Selangor adalah lebih baik Mahfuz menanti sahaja hasil siasatan polis.

7. Menuduh UMNO terlibat dalam apa juga kemelut yang terjadi kepada Pas, bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana semua orang sedia maklum mengenai kemelut yang berlaku di dalam parti itu. Adalah lebih wajar jika Pas berfikir juga teori apakah mungkin di dalam Pas atau pakatan pembangkang sendiri ada politiking yang sedang berlangsung bagi menjatuhkan pemimpin tertentu dalam Kerajaan Negeri Selangor.

8. Janganlah terlalu melihat bahawa hanya 'musuh' kita sahaja mempunyai agenda tanpa memikirkan bahawa 'kawan' kita juga mungkin ada agenda. Politik tetap politik, ia tidak ada musuh dan kawan yang kekal. Dalam politik yang sering menjatuhkan rakan dalam sesama parti adalah kawan kita sendiri.

9.Oleh itu tindakan beberapa pemimpin PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang menyatakan perhimpunan berkenaan adalah perancangan politik didalangi UMNO dalam usaha pihak terbabit merampas semula pemerintahan di Selangor adalah tidak munasabah

10. Bagaimana pula jika demonstrasi itu dirancang bagi memalukan pemimpin PAS di Selangor dan ia diadakan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa kononnya pemimpin PAS berkenaan sememangnya bermasalah dan tidak mendapat sokongan padu ahli PAS di negeri itu? Inilah antara konspirasi-konspirasi yang perlu difikirkan.

11. PAS perlu ingat, mereka juga bukanlah sebuah parti yang sempurna, pasti ada kelemahan di sana-sini yang perlu diperbaiki, termasuklah gejolak secara diam di kalangan ahli parti itu. Tuduhan bahawa setiap yang berlaku merupakan 'tangan-tangan' jahat UMNO semakin kurang diterima oleh masyarakat dan ahli PAS sendiri. Bersiap sedialah untuk menerima hakikat.

Kak Midah
Kuala Lumpur
Posted by Kak Midah at 10:47 PM

Said Zahari- Tunku tak berminat bincang dengan Chin Peng

Oleh: Lim Hong Siang - Merdeka Review

Bagaimana "seandainya" apa yang tercapai dalam Perjanjian Damai Haadyai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, disempurnakan 34 tahun lebih awal, iaitu dalam Rundingan Baling pada tahun 1955?

Sememangnya, adalah terlalu lewat untuk membuat sebarang "andaian" dalam sejarah. Apa yang berlaku telah berlaku dan berlalu. Namun, sejarah tidak harus tinggal hanya sebagai "bahasa" pemenang, atau pemegang kuasa, seandainya sejarah itu ditelaah untuk mengambil iktibar daripadanya.

Selama ini, Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM memikul beban sejarah ini secara bersendirian, atas tuduhan "enggan menamatkan perjuangan bersenjatanya". Untuk mereka yang membaca memoir Chin Peng, My Side of History, sikap provokasi Ketua Menteri Singapura pada ketika itu, David Marshall dalam Rundingan Baling, mungkin berperanan menggagalkan rundingan tersebut.

Namun, sebagai wartawan yang membuat liputan di tempat kejadian Rundingan Baling pada usia 27 tahun ketika itu, Said Zahari menganjurkan perspektif tersendirinya untuk menafsir peristiwa sejarah ini. Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu ini mendedahkan pengalaman yang terpendam dalam ingatan beliau di memoir dirinya, Meniti Lautan Bergelora.

"I never wanted it to be a success," Tunku

Dalam bab ke-44, Said Zahari mencatatkan pengalaman dirinya ketika membuat liputan di Baling sebagai wartawan Utusan Melayu. Beliau yang cuba mendapatkan berita esklusif pada ketika itu, dibenarkan untuk mengajukan satu soalan kepada Tunku Abdul Rahman, sebelum sidang akhbar bermula.

Satu-satunya soalan tersebut berbunyi, "Adakah Tunku menyesal dengan kegagalan rundingan ini?" Tanpa diduga, Said Zahari dibalas dengan jawapan, "No, I am not. I never wanted it to be a success." (Tidak, saya tidak (menyesal). Saya tidak pernah mahukan ia berjaya.)"

Jawapan ringkas dari Tunku ini bagaimanapun tidak disiarkan, atas "nasihat" Syed Jaafar Albar, anggota Penerangan UMNO yang ketika itu berada di sisi Tunku.

Dalam wawancara bersama MerdekaReview kelmarin, Said Zahari kekal dengan pendirian beliau, bahawa Tunku tidak berniat untuk menyelesaikan perkara ini dengan Chin Peng, kerana untuk Tunku, soal Chin Peng adalah masalah yang perlu diselesaikan oleh British, dan bukannya kerajaan Tanah Malaya.

"Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ"

"Padahal Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ," kata Said Zahari, "Apa yang terdapat dalam perjanjian 1989 sebenarnya could have been achieved in 1955. (Rundingan Baling?) Yes! The same thing, tapi Tunku tak mahu..sebab tu dia kata, 'memang aku tak mahu selesaikan'. This is the proof (Ini buktinya)."

Namun, apa yang bermain dalam otak Tunku, seandainya beliau ingin bertemu dengan Chin Peng, tetapi enggan menyelesaikan masalah dengan pemimpin komunis ini? Tokoh wartawan ini menganalisa Rundingan Baling dari perspektif percaturan politik, yang memenangkan kedua-dua pihak Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng.

"Tunku mahu membuktikan bahawa Chin Peng terpaksa berjumpa dengan saya, Tunku Abdul Rahman (gambar kanan) pada waktu itu, bukan British. Dan Chin Peng mahu membuktikan Tunku Abdul Rahman sanggup berjumpa dengannya walaupun dia ketua PKM," jelasnya.

"Jadi itu, you win one, i win one-lah (Kamu menang satu, saya menang satu)." Said Zahari menyimpulkan politik "saling guna-mempergunakan" antara kedua-dua orang tokoh ini.

Wartawan menyusul dengan soalan "apa manfaatnya pertemuan ini kepada pihak Tunku, jikalau bukan untuk menyelesaikan masalah ini dengan Chin Peng?"

"Publisiti," Said Zahari menjelaskan selanjutnya, "Sebab dia (Tunku) pemimpin yang bukan sahaja diterima rakyat, tetapi juga pemimpin yang diterima oleh Chin Peng. Chin Peng sendiri cakap dalam perundingan itu, 'saya jumpa dengan Tunku sebab saya akui Tunku adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat. That is good enough.(Itu sudah memadai.)"

Pertemuan tidak direstui British

Tetapi, bukankah Tunku akan mencipta sejarah yang lebih besar, seandainya berjaya menyelesaikan masalah dengan Chin Peng?

"Sebenarnya, Tunku Abdul Rahman punya pertemuan dengan Chin Peng tidak direstui oleh British pada waktu itu, tahun 1955. British memang tidak mahu Tunku jumpa Chin Peng. Sebab British takut, (dengan) menemui Chin Peng, Tunku mengakui wujudnya PKM. Dan pada Tunku, menemui Chin Peng bererti Chin Peng mesti berunding dengan Tunku, bukannya British," ulasnya.



"Tunku menggunakan Chin Peng, untuk tunjuk kat (kepada) British, I dare to meet Chin Peng. British tak berani kasik (bagi) Tunku jumpa Chin Peng. Dia takut Chin Peng politik lebih, lebih hebat, lebih manipulative... sedangkan Tunku seorang gentleman, dan politiknya lebih konservatif," kata Said Zahari.

Malah, Said Zahari mempercayai bahawa British sebenarnya mengenakan syarat untuk pertemuan antara Tunku dengan Chin Peng. "Sebab British sudah warning, ini walaupun tak ada bukti tapi saya percaya, (British berkata kepada Tunku) 'you cannot solve the problem, you don't make any agreement with Chin Peng!"

Seandai situasinya begitu, mengapa pula British gagal menghalang pertemuan antara Tunku dengan Chin Peng?

Kembali kepada percaturan politik Tunku, Said Zahari menganalisa, "Pada Tunku, penyelesaian dengan Chin Peng seharusnya British punya isu. Dia (Tunku) sedang memperjuangkan kemerdekaan. Dia menggunakan Chin Peng. (Tunku mungkin menyampaikan mesej kepada British) I can cooperate with Chin Peng. We can fight you if you don't give me."

Tunku or Chin Peng?

"Saya percaya Tunku mesti berkata sedemikian dengan British di London. You want me or you want Chin Peng, or you want Chin Peng and me?" kata Said Zahari.

Beliau meneruskan analisanya, "You give to me or you give it to Chin Peng. It is up to you. But if you give it to me, then you selamat sikit. I think on this ground alone, British terpaksa (memberi kemerdekaan kepada Tunku)."

Pengamatan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu ini merumuskan, walaupun kemerdekaan tercapai seolah-olah perjuangan daripada pihak Tunku, tetapi tekanan sebenarnya datang dari pihak PKM.

"Disebabkan perjuangan bersenjata?" Soalan wartawan dibalas dengan tangkas dan tegas, "Yes!" sebelum Pak Said (gambar kiri) meneruskan, "Bristish can't afford to meneruskan perjuangan itu, too costly."

Demikianlah pengamatan dan analisa dari kaca mata seorang tokoh wartawan, Said Zahari mengenai sejarah kemerdekaan tanahair dan perjuangan PKM. Maka jelaslah mengapa bekas Ketua Pengarang ini mengeluarkan kenyataan bahawa Chin Peng adalah bumiputera Malaya, dan menyaran agar "perikemanusiaan" harus mengambil kira pihak PKM yang turut menyumbang dalam perjuangan kemerdekaan. (Bahagian ketiga, tamat)

Bahagian pertama: Said Zahari: Chin Peng bumiputera Malaya

Bahagian kedua: Said Zahari: Perikemanusiaan harus ambil kira PKM / end.

Catatan Oleh alhusseyn pada 4:35 AM

Siapa Dia Ronnie Liu????????

Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.
Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
Posted by Tulang Besi at 7:22 PM 9 comments

PEMBANGUNAN ALA UMNO DI KUALA NERUS




Tepoh, KUALA NERUS – Dengan slogan ‘merakyatkan pembangunan’ kerajaan negeri Terengganu telah melaksanakan ‘projek’ dengan ‘tergesa-gesa’ tanpa mengambil kira langsung, sentimen dan perasaan rakyat.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata tindakan ‘gelojoh’ tersebut adalah kerana, pihak kontraktor mahu pulangan segera setelah ‘melabur’ kepada pelobi yang berjaya mendapatkan tender berkenaan.

”Ini yang berlaku kepada projek ini, pemilik tanah dan rakyat tempatan tidak diberitahu buat dan dirundingkan tentang pembesaran jalan,

“kelmarin kontraktor paket tanah, hari ini sodok selalu,”katanya yang ditemui ditapak Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Jeram ke Kampung Tok Kong, Batu 9 Jalan Kelantan, disini semalam.

Menurutnya beliau segera hadir setelah dihubungi rakannya yang juga pemilik tanah Tapak Semaian (Nursery) memaklumkan, tanahnya akan di sodok untuk pembangunan jalan.

Katanya, rakan tersebut, Mohd Ramzim Mohd Yusof, 35, sedang bertugas sebagai pekerja swasta di daerah Kemaman, mewakilkan urusan tanah terbabit kepada pihaknya.

Muzafeq (Gambar kanan - berbaju biru laut) agak terkejut, apabila perbincangan dibuat dengan pihak kontraktor, beliau dimaklumkan oleh ‘pengurusnya’, tanah tapak ‘nursery’ yang akan disodok itu adalah termasuk dalam rezab jalan

”Apabila saya tanya, sudahkah berbincang dengan pemilik dan pengusaha ‘nursery’, pekerja tersebut menjawab beliau tidak tahu,”ujar Muzafeq.

Sehubungan itu, wartawan Buletin membuat tinjauan sekitar penduduk berhampiran bagi mengetahui kedudukan sebenar perlaksanaan projek terbabit.

Lebih menghairankan, kesemua penduduk dan pemilik tanah yang dijangka ‘terkesan’ dengan pembangunan tersebut turut tidak mengetahui apa-apa, kecuali mendengar dari cakap-cakap orang ramai.

”Tak….. tak ada, tak tahu….pun, JKKK tak mari bincang, kontraktor tak mari bincang, wakil rakyat pun tak nampak batang hidung,”kata seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Mamat, ketika ditemui Buletinonline.

(Gambar kiri - rumah milik seorang warga emas yang akan menjadi korban projek)

Beliau yang sedang menampal tayar motosikalnya ketika ditanya menjawab tidak tahu bila projek tersebut bermula dan yakin tidak ada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang bertemu dengan keluarganya.

”Tak dok…… tak dok…. Kalu ada Ayah mesti khabor,”katanya ringkas.

Seorang warga emas yang mahu dipanggil sebagai ‘Pok’ sahaja turut mengesahkan perkara yang sama.

Beliau yang memiliki tanah dan rumah berhampiran kawasan itu berkata, kawasannya mungkin tidak disodok kerana pagar rumah yang didiami anaknya itu, terletak diluar ‘batu sempadan’.

Sambil menunjukkan sudut dimana terletaknya ‘batu’ itu, Pok berkata beliau tidak tahu tarikh sebenar projek tersebut akan dilaksanakan, namun pernah mendengar ‘khabar-khabar’ tentang projek tersebut sebelum ini

Papan tanda projek yang terdapat dikawasan itu menyatakan projek pembangunan tersebut yang telah dianugerahkan kepada MZ.Hakujaya Sdn Bhd..


Seterusnya >> MZ.Hakujaya milik Ketua Pemuda Umno Terengganu?



Last Updated ( Thursday, 31 December 2009 03:33 )
Berita Dalam Negeri More:
AZRB Lagi !
Setiausaha Kerajaan Terengganu Tidak Tahu Tentang Kehilangan Kenderaan Milik Kerajaan
Kerajaan Negeri Disaran Bijak Cari Sumber Lain
English Section More:
How educated are UMNO Youth Exco...
Pakatan calls for royal probe into jet engine thefts
Missing engines ‘found’

2009 Berada Di Penghujung Jalan

Lagi 24 Jam!!!!

Wednesday, December 30, 2009

Teoh Sah Dibunuh???

Oleh : Alhusseyn

Seperti yang ramai menjangkakan bahawa Teoh Beng Hock telah dibunuh.Hanya Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sahaja yang beria sangat mengatakan : ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kenyataan tersebut beliau buat tergesa-gesa kerana siasatan rapi belum pun dibuat keatas mayat Teoh. [klik sini]

Tentu kita semua juga ingat tentang ‘Surat Misteri’ dimana penulis surat misteri tersebut turut menyatakan bahawa besar kemungkinan kematian TBH adalah disebabkan Timbalan Pengarah (TP) tersebut dengan menyatakan beberapa butiran yang perlu disiasat lebih rapi lagi seperti isu DNA lelaki misteri. [klik sini]

Berita di sini melaporkan :

Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Posted by Love Perak at Tuesday, December 29, 2009


Read more: http://loveperak.blogspot.com/2009/12/memang-teoh-dibunuh.html#ixzz0b7nN7tLm

CERITA DARIPADA MAKKAH PERAK AKAN BUBAR

Dec 30th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog Terpilih, Sya reformis
Pak Karamu tidak tahu apa-apa cerita tentang negara sepeninggalan mengerjakan ibadat haji ke Makkah al mukarramah, apa yang Pak Karamu faham setelah 2 hari di sana ada SB datang buat provokasi dan interview Pak Karamu mereka ini ingat Pak Karamu ni budak-budak, Pak Karamu tidak sembunyikan diri bahawa Pak Karamu ini siapa, selepas dia bertanyakan Pak Karamu dan nasihatkan Pak Karamu supaya jauhkan diri dari DAP maka giliran Pak Karamu pula terangkan pasal politik Perak kepadanya

Pak Karamu bagitahu dia “engkau orang di mana ada tempat tinggal jama’ah Malaysia maka di sanalah engkau orang melepak dan mempengaruhi jama’ah supaya menyokong kerajaan samalah dengan orang politik seperti Sabry Chik yang datang melawat dari khemah ke khemah dan jual temberang dan mempengaruhi para jama’ah haji, saya bertanyakan kepada mereka kemana perginya dasar UMNO yang membela bangsa selepas kerajaan menganjurkan One Malaysia, mereka tidak jawab

Pada besuknya semasa Pak Karamu nak pergi menunaikan solat dia orang panggil Pak Karamu kali ni ada empat orang, di sebabkan masa solat masih lagi lama maka mereka undang Pak Karamu berborak Pak Karamu jawab Ok je sebab Pak Karamu nak tahu cerita apa yang Pak Karamu boleh dapat dari mereka di samping itu mereka memang mengakui bahawa penipuan undi pilihanraya memang berlaku cuma kuasa segala penipuan itu di bebankan kepada SPR sahaja sementara yang menjalankan tipu daya itu adalah agency kerajaan yang mereka boleh harapkan

Tetiba dia bertanyakan kepada Pak Karamu ustaz nak tahu tentang Perak ? Pak Karamu jawab spontan ” Tak Payah sebab cerita Perak ada dalam poket saya dan saya bawa bersama kat Makkah nih ” kemudian mereka menyatakan “sebenarnya kes Nizar kat Mahkamah tu dia telah menang cuma keputusannya tak boleh di keluarkan cepat sebab mengundang berbagai resiko” Pak Karamu jawab Aaaalah ! saya dah tahu Perak akan bubar pada january selewat-lewatnya, mereka pula jawab Eh ! mana pula january February ! dalam hati Pak Karamu hmm dapat juga aku berita

Memang kes tu Nizar yang menang tapi yang menentukan sesuatu apa yang hendak di lakukan adalah di tangan mereka yang dapat menentukan kemenangan dan cukup wang untuk beli manusia, al hamdulillah semua yang Pak Karamu ceritakan ini benar belaka, lagi satu di katakan di sekeliling Najib sekarang penuh dengan onak dan ranjau yang butangnya di pegang oleh seorang muda yang banyak wang, bila dia picit satu butang maka ada saja kes yang melibatkan seseorang daripada kumpulan mereka

Dari blog Pakkaramu

Monday, December 28, 2009

Tok Guru Bersetuju dengan Datuk Ahmad Said

KOTA BHARU, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong seratus peratus tindakan yang dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang tetap bertegas meneruskan saman terhadap Petronas berhubung pembayaran royalti minyak kepada Terenngganu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Kelantan mungkin akan meniru cara yang dilakukan Terengganu itu berhubung dengan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, katanya pada satu majlis di Medan Ilmu di sini baru-baru ini.

Dalam sidang Dun Terengganu baru-baru ini, ketika menjawab soalan lisan PAS Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ahmad Said berkata kerajaan negeri menolak jumlah bayaran dari kerajaan pusat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah menjelaskan secara detail kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak betapa perlunya Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal.

Selain itu, Terengganu memutuskan bahawa royalti dibayar terus oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri, manakala semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga 2009 adalah dianggap pembayaran royalti kepada Terengganu.

Jumlah royalti yang dituntut Kerajaan Negeri Terengganu bagi 2000 hingga 2009 sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan tetap dengan keputusannya untuk membayar balik wang itu sebanyak RM1.686 bilion saja.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, (maka) perjanjian (berkaitan) tidak akan ditandatangani.

"Dan kerajaan negeri Terengganu akan menarik balik kes mahkamah jika kerajaan negeri berpuas hati dengan jumlah royalti yang akan dibayar, " tegas Ahmad Said.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz bermuafakat memberi jawapan bahawa 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang pekak badak sama ada Perdana Menteri yang memberikan jawapan kepada soalan saya dalam Parlimen serta jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz; kedua-duanya bersepakat, setelah segala perbahasan dan perdebatan berlangsung berjam-jam lamanya dalam Parlimen, akhirnya jawapan yang diberikan 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.

"Itu jawapan mereka, sebagaimana yang tercatat dengan jelas di dalam Penyata Rasmi Parlimen (Hansard Parlimen).

"Segala ruang, segala peraturan, segala medan dan segala platform yang diwujudkan atas nama demokrasi dalam negara kita, kita telah gunakan semaksima mungkin untuk memperjuangkan hak kita ini," kata Salahuddin pada satu majlis ceramah dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata, sama ada di dalam atau di luar Parlimen, pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS memperkatakan perkara itu termasuk pada majlis ceramah umum di seluruh negara, dengan menyatakan fakta berkaitan.

"Dan kita bersedia untuk bertanggungjawab hatta kalau kita diheret ke mahkamah sekali pun, kita akan berdiri dengan teguh dan berani untuk memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan ini di mana-mana pentas, insya Allah," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika mengulas tuntutan royalti minyak oleh Kelantan berkata tuntutan royalti minyak tersebut masih dalam peringkat kajian.

Ini kerana kawasan tempat minyak dijumpai itu berada di zon antarabangsa di mana kedua-dua kawasan itu terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan.

Oleh itu pendapatan dari minyak tersebut, kata Awang Adek, adalah lebih sesuai diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi perbelanjaan pembangunan negara dan bukan tertumpu kepada Kelantan saja.

Dengan tuntutan dianggarkan berjumlah RM1 bilion yang tertunggak sejak 2004 itu, Kerajaan Kelantan telah membuat tuntutan pembayaran royalti tersebut kepada Kerajaan Persekutuan bermula Jun lalu.

Menurutnya, salah satu kawasan tersebut berhampiran dengan Vietnam yang merupakan perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan, sementara kawasan kedua terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand.

Salahuddin menegaskan, kemunculannya pada platform ceramah siri 'roadshow' ke seluruh negara tidak bercakap dengan hanya menggunakan faktan yang boleh dipertikai dan diperlekehkan. Apa yang diperjuangkan rakyat Kelantan itu adalah merupakan hak mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan negara.

"Rakyat Kelantan sebahagian daripada rakyat dalam negara ini, sebagaimana setiap inci tanah Kelantan ini merupakan sebahagian daripada sebuah negara Malaysia. Perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih kerap dan serius untuk menyedarkan semula rakyat di negara ini.

"Ini kerana mutakhir ini sikap, perbuatan dan perilaku pemimpin Umno dan BN telah sampai pada peringkat seperti perompak dan penyamun. Mereka dengan sewenang-wenangnya cuba untuk mengelirukan dan mereka sengaja berbuat demikian hanya di atas sifat kebuasan nafsu serakah mereka, tidak lagi menghormati perundangan negara yang termaktub dengan jelas.

"Mereka tidak lagi menghormati Rukunegara yang diajar kepada rakyat dan anak-anak yang menuntut di bangku sekolah. Antaranya, 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Keluhuran Perlembagaan'," katanya.

Oleh itu, kata Salahuddin, hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan pembayaran royalti lima peratus itu adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak yang sepatutnya dihormati oleh sesiapa saja yang diberi mandat oleh rakyat mengurus tadbir negara ini.

"Negara yang bernama 'Malaysia' tidak mungkin wujud, dan tidak mungkin terjadi pada 16 September 1963 tanpa persetujuan daripada negeri-negeri yang terdapat di dalam Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu dan persetujuan rakyat di Sabah dan Sarawak melalui suatu referendum yang diadakan di mana rakyat di Sabah dan Sarawak bersedia untuk merelakan neger-negeri mereka bercantum dalam sebuah negara yang bernama 'Malaysia'.

"Kita perlu mengingatkan perkara ini yang mungkin Najib Tun Razak - mungkin atau sengaja - melupakan fakta penting ini yang berkemungkinan pemikiran beliau tidak lagi waras dan sempurna mungkin, akibat dikejar oleh 'hantu Altantuya'.

"Kita tidak akan berganjak walau seinci pun untuk terus memperjuangkan, yang insya Allah pada akhirnya nanti mudah-mudahan apa yang menjadi matlamat dan menjadi doa kita semua ialah agar rakyat negeri Kelantan mendapat hak lima peratus pembayaran royalti petroleum ini daripada pihak Petronas.

"Inilah yang didoakan oleh Tok Guru kita di mana akhirnya setelah berlangsung segala perdebatan, perbahasan, perbincangan sama ada (secara) 'G to G' - wakil Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Kewangan Negeri yang setiap bulan mengadakan mesyuarat kewangan di Putrajaya, memakan masa lima tahun lamanya sejak 2004.

"Setelah segala prosidur, segala peraturan, segala ruang dan segala waktu telah kita gunakan dengan cara yang cukup diplomatik; sama ada dalam Parlimen atau di luar Parlimen, (ianya) tidak dihiraukan dan tidak diendahkan oleh Kerajaan BN, maka akhirnya kita hanya ada satu pilihan saja lagi itulah mendoakan agar Kerajaan BN ini dijahanamkan oleh Allah swt," katanya sambil memberitahu kesangupan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai suatu jawatankuasa yang dibuat di dalam Parlimen, 'kaukaus' - jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Ahli-Ahli Parlimen mengenai pembayaran royalti petroleum.

Salahuddin menegaskan bahawa apa yang diusahakan itu bukan sekadar untuk memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan tetapi penubuhan jawatankuasa itu juga untuk bersama-sama memperjuangkan hak rakan-rakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Bukan sekadar kita mahukan hak ini dikembalikan kepada rakyat negeri Kelantan lima peratus tetapi kita juga memperjuangkan agar negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum itu diberikan lebihan iaitu dinaikkan lagi royalti ini bagi negeri-negeri Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan kepada paling kurang sebanyak 10 %. Bukan sekadar lima peratus.

"Hasil bumi ini mestilah diserahkan kembali kepada negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum dan logam - minyak dan gas," katanya.

"Mengenai kenapa memilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sedangkan beliau (masih) Umno lagi, dia tidak keluar lagi daripada Umno, bahkan masih lagi Umno. Kenapa?

"Jawabnya kerana dia pun dalam kenyataan-kenyataan dia di luar dan di dalam Parlimen - setakat malam ini - Tengku Razaleigh Hamzah berpendirian bahawa rakyat Kelantan berhak untuk mendapat pembayaran lima peratus royalti petroleum itu - walau pun dia Umno, beliau bersedia untuk mengetuai jawatankuasa ini.

"Dan seorang lagi tokoh yang bertanggungjawab membuat Akta 144 - Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1975 - iaitu Tun Salleh Abbas yang pada waktu itu juga bertanggungjawab menulis cadangan Akta tersebut sehinggalah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1975.

"Dua orang saksi yang masih hidup ini yang merupakan 'arkitek' kepada Akta 144 ini; YBM Tengku Raleigh Hamzah dan juga yang menulis Akta ini Tun Salleh Abbas mantan Ketua Hakim Negara;

"Kedua-duanya telah berjumpa. Kami Ahli-Ahli Parlimen telah pun mengadakan perbincangan dengan kedua-dua tokoh ini dan mereka bersependapat dan tidak sedikit pun berbeza pandangan di bawah Akta 144 ini bahawa adalah menjadi hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan pembayaran royalti lima peratus itu.

"Namun kenapa Umno-BN tidak mahu memberikan hak ini kepada rakyat Kelantan, pasal apa? Tidak lain dan tidak bukan kerana hasad, dengki dan dendam kesumat mereka terhadap rakyat Kelantan.

"Kenapa selepas PAS dapat memerintah negeri Terengganu tahun 1999, daripada tahun 1978 - tahun pertama Petronas membayar royalti lima peratus kepada Kerajaan Negeri Terengganu hingga tahun 1999 bahawa dalam laporan Petronas, dalam laporan Jabatan Perangkaan Negara adalah jelas membuktikan terma yang digunakan ialah "pembayaran royalti petroleum".

"Dan apabila PAS memerintah Terengganu tahun 2000, dia rompak, dia lanun duit itu.

"Selepas mereka merampas balik (Terengganu), maka diberi semula atas nama royalti petroleum lima peratus kepada Kerajaan Negeri Terengganu, apa sebabnya?

"Jahat atau tidak Umno ni? Jahat, makhluk ni jahat," katanya, sinis.

Ahli Jawatankuasa Kelab Balkis Kelantan, Mohd Efendy Daud mendakwa dua menteri Pusat yang juga anak Kelantan dan konco-konconya dalam Umno itu lebih berkepentingan peribadi daripada membela nasib rakyat
Kelantan.

"Mereka hanya mampu menyebut slogan 'tradisi membela rakyat' dan 'rakyat didahulukan', namun sebenarnya mahu 'menghapuskan (kebangkitan) rakyat'', katanya.

Beliau mendakwa sejak lama dahulu anak anak Kelantan ramai yang berkhidmat sebagai menteri di Pusat, namun pembangunan di negeri ini tidak banyak mereka lakukan.

"Pada saya, mereka itu sebenarnya bukan pejuang rakyat tetapi (berjuang) untuk kepentingan peribadi.

"Sekiranya mereka serius membela nasib rakyat dan negeri ini, tentu mreka tidak menentang arus dalam membela hak rakyat Kelantan (tuntutan royalti minyak) itu, bahkan mereka mesti menyatakan kebenaran dalam isu tuntukan royalti minyak," katanya.

< Prev Next >

Sunday, December 27, 2009

Datuk Ahmad Said atau Mokhtor Nong Kena Pecat??

Sebelum ini cakap cakap Datuk Ahmad Said akan dipecat sentiasa meniniti dari bibir mulut ke bibir mulut kebanyakan rakyat Terengganu. Malahan cakap cakap seumpama itu juga pernah meniniti dari mulut kemulut para pemimpin UMNO termasuk dibibir mulut beberapa mulut menteri cabinet.

Waktu itu cakap cakap Ahmad said akan dipecat dari UMNO. Bermakna dipecat keahlian UMNO sama macam Tun Dr Mahathir Mohammad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.
Anwar Ibrahim didapat melakukan kesalahan rasuah maka bolehlah dipecat keahlian UMNO dan semua jawatan dalam parti termasuk jawatan timbalan perdana dan menteri kewangan. Tetapi apakah kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Said.

Atas alas an apa Ahmad said boleh dipecat. Beliau boleh dipecat kerana engkar perintah. Apakah engkar perintah presiden boleh disabitkan sebagai langgar perintah. Atau kerana tidak menyokong Datuk Seri Idris Jusoh juga sebagai engkar perintah.

Realitinya Ahmad Said belum dipecat sehingga waktu tulisan ini disiarkan. Sebelum pergi tunai haji baru baru ada pula cakap cakap bahawa menteri besar Terengganu akan dipecat apabila pulang dari Mekkah nanti.

Walaupun kemelut UMNO Terengganu dikatakan sudah selesai, tetapi cerita kedudukan Ahmad Said sebagai menteri Terengganu seperti telor diujung tanduk berkumandang lagi. Malah sudah mula meniti balik dari mulut kemulut.

Sehubungan dengan itu, seorang kawan berasal dari Kampung teluk Pasu Kuala Terengganu tempat lahir setiausaha kerajaan negeri berkata, SUK dipecat.
Mengapa? Tanya beberapa orang yang berada bersama sama penulis .Ya tak ya juga tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Pertanyaan itu semacam terkejut dengan berita itu. Mengapa dipecat. Siapa yang pecat, sedangkan Ahmad Said Masih di Mekkah.

Penulis anggap cakap cakap bahawa Datuk Mukhtar Nong di pecat hanyalah cakap cakap sensasi orang politik kedai kopi. Tidak lebih daripada itu.Mana mungkin jadi begitu.Tak kan boleh buat sesuka hati macam Idris Jusoh dulu.

Tetapi Lojiknya memang begitu.Memang merekayang ada kuasa boleh buat apa sahaja untuk memenuhi kehendak citarasa.sebab itu berlakunya kemelut yang tiada kesudahan dalam UMNO Terengganu.

Jika difikir fikir munasabah juga, kerana ketika Idris Jusoh menjadi menteri besar dahulu berapa ramai pegawai kanan kerajaan dipecat atas sebab menyokong kerajaan PAS pada tahun 1999-2004 dahulu.

Datuk Muhatar Abdullah pernah dipecat atas sebab enggan menurunkan tanda tangan bajet tambahan sebanyak RM 8 juta yang didikemukakan dalam Dewan undangan negeri.
Demikian juga apa yang dilakukan pada Datuk Tengku Hassan Tengku Omar yang dipaksa bersara awal tanpa alasan yang lojik dan konkrit.Apa salah mereka?

Amat malang sekali apa di perlakukan pada Datuk Engku Mohammad Engku Abdul Rahman yang di pecat dari jawatan pegawai kanan.

Maka adalah tidak mustahil Mukhtar Nong juga turut menjadi mangsa politik dendam UMNO yang menjadi darah daging para pemimpin sejak dahulu hingga sekarang.

Cerita Ahmad Said akan dipecat masih belum lenyap maka cakap cakap Mukhtar Nong dipecat masih jadi tandatanya, walaupun penggantinya sudah disebut dengan jelas dan nyata. Cuma nama Datuk Razak Ismail pengarah Tanah dan galian kedudukkan masih di bawah nama Datuk Mazlan Ngah, kewangan negeri.

Sepatutnya Mazlan Ngahlah dilantik sebagai SUK Baru bagi mengganti Mukhtar Nong, kerana beliau kanan berbanding dengan Razak Ismail .

Adalah munsabah Mukhtar Nong menjadi mangsa percaturan politik UMNO, kerana dikatakan satu perkeliling yang dikeluarkan kepada kakitangan kerajaan bercanggah dengan kemahuan Ahmad Said yang mahu supaya kakitangan kanan turun padang supaya segala projek kerajaan berjalan lancar.
Posted by Abdullah Ngah at 12:31 AM

Berita Negara Jiran-Sepanjang 2009, Angka Kecelakaan Busway Mencapai 268 Kasus

BERITAJAKARTA.COM — 25-12-2009 11:15
Angka kecelakaan lalu lintas yang melibatkan bus Transjakarta atau lebih akrab disebut busway setiap tahun mengalami peningkatan. Faktor utamanya adalah karena tidak sterilnya seluruh koridor busway. Padahal Pemprov DKI telah melarang keras kendaraan lain masuk jalur bus bebas hambatan tersebut.

Faktor lainnya adalah banyaknya warga Jakarta yang menyeberang di koridor busway dengan tidak hati-hati sehingga tertabrak bus Transjakarta. Namun tidak sedikit juga kasus kecelakaan yang diakibatkan kelalaian dari pramudi bus berbahan bakar gas tersebut.

Badan Layanan Umum (BLU) Transjakarta mencatat, pada awal beroperasinya busway tahun 2004 silam, kasus kecelakaan yang melibatkan transportasi berbasis bus rapid transit (BRT) ini terjadi hanya lima kasus tanpa menimbulkan korban jiwa. Sebab saat itu baru ada satu koridor yang beroperasi yaitu Koridor I (Blok M-Kota). Penjagaannya pun dilakukan ekstra ketat, sehingga boleh dibilang koridor ini 95 persen steril dari pelintasan kendaraan bermotor non busway.

Namun seiring dengan bertambahnya jumlah koridor bus Transjakarta sejak 2006, justru kasus kecelakaan di jalur busway meningkat cukup tinggi. Lihat saja pada tahun 2006, sejak beroperasinya Koridor II, kasus kecelakaan yang terjadi di dua koridor itu mencapai 31 kasus. Tak hanya itu, saat beroperasinya Koridor III, IV, V dan VI, kasus kecelakaan terus mengalami trend peningkatan dari tahun ke tahun. Seperti pada tahun 2007, BLU Transjakarta juga mencatat telah terjadi 66 kasus kecelakaan.

Lonjakan kasus secara tajam terjadi di tahun 2008 yaitu mencapai 167 kasus kecelakaan. Dari jumlah tersebut, 13 orang tewas, 42 orang mengalami luka-luka dan 112 kasus lainnya hanya menimbulkan kerugian materil yang cukup besar. Kemudian saat Koridor VII dan VIII beroperasi pada tahun 2009, angka kecelakaan hingga Oktober 2009 menembus 268 kasus. Dari jumlah tersebut 12 orang diantaranya tewas, 36 orang mengalami luka berat dan 220 mengalami luka ringan/kerugian materi.

Sepanjang tahun 2009 ini, rekor tertinggi terjadinya kasus kecelakaan terjadi pada bulan Oktober 2009 yaitu mencapai 67 kasus. Adapun angka kecelakaan per bulan adalah pada Januari terjadi 20 kasus kecelakaan, diantaranya 3 orang luka berat dan korban tewas nihil. Kemudian pada Februari terjadi 14 kasus kecelakaan, satu diantaranya tewas dan satu luka berat. Bulan Maret terjadi 16 kasus kecelakaan, tiga orang mengalami luka cukup parah.

Selanjutnya pada bulan April tercatat 18 kasus kecelakaan, tiga orang diantaranya tewas dan satu korban terluka berat. Bulan Mei terjadi 19 kasus kecelakaan yang mengakibatkan dua orang tewas dan lima luka berat. Pada Juni terjadi 17 kasus kecelakaan yang mengakibatkan 3 tewas dan tiga luka berat. Lalu bulan Juli tercatat ada 20 kasus kecelakaan yang mengakibatkan dua korbannya tewas dan lima lainnya luka berat.

Di bulan Agustus, kasus kecelakaan meningkat yaitu mencapai 39 kasus kecelakaan, namun tidak ada korban jiwa, hanya 12 orang luka berat dan 27 luka ringan atau mengalami kerugian materi. Pada bulan September yaitu mencapai 38 kasus kecelakaan, korban twas nihil namun dua orang mengalam luka berat dan 36 luka ringan/materi. Pada bulan Oktober angkanya melonjak tajam hingga mencapai 67 kasus kecelakaan, diantaranya satu tewas, satu luka berat dan 65 luka ringan/materi.

Kepala BLU Transjakarta, Daryati Asrining Rini mengatakan, kasus kecelakaan yang terjadi lebih didominasi akibat ketidakdisiplinan pengemudi kendaraan bermotor roda dua dan empat yang menyerobot jalur busway. "Hal itu ditengarai jadi penyebab utamanya," kata Rini kepada beritajakarta.com di Jakarta, Jumat (25/12).

Sedangkan Kepala Pusat Pengendalian BLU Transjakarta, Gunardjo mengungkapkan, kasus kecelakaan paling sering terjadi di Koridor III. Penyebab utamanya adalah karena terjadinya aksi penyerobotan jalur di sekitar U-Turn atau perputaran jalan dan ketidakdisiplinan pejalan kaki yang menyeberang sembarangan. "Banyak pejalan kaki yang enggan menggunakan jembatan penyeberangan orang dan zebra cross untuk menyeberang jalan," kata Gunardjo.

Untuk meminimalisir kasus kecelakaan tersebut, Gunardjo menegaskan BLU Transjakarta sudah berupaya keras menekan angka kecelakaan dengan memaksimalkan sterilisasi jalur busway. Yakni dengan melakukan kerja sama lintas sektor seperti melibatkan kepolisian, Dinas Perhubungan DKI, Dinas Pekerjaan Umum DKI, dan Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol) DKI. Namun optimalisasi sterilisasi jalur busway tidak dapat dilakukan secara maksimal jika tidak ada kerja sama pengguna jalan dan pengendara kendaraan bermotor. "Jadi kami berharap pengguna jalan, pengendara kendaraan bermotor dan pejalan kaki agar tidak menyerobot jalur khusus ini. Supaya tidak terjadi kecelakaan tabrak," harapnya.

Tidak hanya itu, untuk sterilisasi jalur busway, Pemerintah Provinsi DKI Jakarta telah memasang portal di jalur busway. Saat ini sudah ada enam portal di lima titik jalur busway yaitu dua portal di Jl Buncit dan masing-masing satu portal di Jl Matraman, Jl Letjend Soeprapto, Jl Galur, dan Jl Daan Mogot. Tak berhenti disitu saja, bahkan rencananya Pemprov DKI akan melakukan penambahan pemasangan portal sebanyak 35 unit di 35 lokasi.

Implementasi pembangunan portal untuk meningkatkan sterilisasi busway. Puluhan portal ini akan dioperasikan baik secara elektronik maupun manual. Harga satu unit portal diperkirakan sekitar Rp 35 juta, sehingga untuk 35 portal tersebut total anggarannya diprediksi sebesar Rp 1,225 miliar. Saat ini portal yang ada masih bersifat manual. Artinya setiap portal dijaga dua orang petugas dari TransJakarta. Ke depan akan dilakukan pemasangan portal elektronik sehingga cukup dengan menekan tombol alat ini dapat beroperasi. Pemasangan ini akan dilakukan di titik jalur marak penyerobotan.

Gubernur DKI Jakarta Fauzi Bowo menjelaskan, kecelakaan di koridor busway dapat dihindarkan apabila diterapkan sistem service busway yang tepat dan kesadaran disiplin pengguna busway. "Perlu kesadaran disiplin pengguna bus maupun pengguna jasa lalu lintas sehingga perjalanan berkendaraan lebih optimal dan terhindar dari kecelakaan," ujar Fauzi Bowo.

Tidak adil salahkan Ketua Whip BN - Nazri

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berpendapat adalah tidak adil Ketua Whip Barisan Nasional (BN) dipersalahkan atas kegagalan wakil rakyat parti itu hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini.

Ini kerana, tegas beliau, kehadiran pada sidang Dewan Rakyat menjadi tanggungjawab setiap Ahli Parlimen.

Beliau turut menjelaskan, jawatan Ketua Whip BN kini disandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya beliau seperti didakwa Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.

"Kita tidak boleh salahkan Ketua Whip sebaliknya kesalahan ini harus diletakkan di atas bahu semua wakil rakyat yang tidak hadir pada malam tersebut kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Justeru, bukannya Timbalan Perdana Menteri yang perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Whip tetapi semua wakil rakyat yang tidak hadir sepatutnya meletakkan jawatan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Di Kuala Kangsar semalam, Kamilia mencabar Mohamed Nazri meletak jawatan sebagai Ketua Whip BN kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir pengundian bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kamilia berkata, tugas serta tanggungjawab itu penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.

Dalam pada itu, menurut Mohamed Nazri, beliau tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.

"Malah pada malam tersebut saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wakil rakyat BN yang tidak hadir supaya segera datang ke Dewan Rakyat bagi menyokong meluluskan Bajet 2010," katanya.

Beliau bertindak demikian setelah sedar ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

"Semasa itu pukul 8 malam. Saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN dengan menghantar seberapa banyak SMS," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, setiap wakil rakyat harus faham mengenai bidang tugas mereka khususnya ketika sidang Parlimen sedang berjalan.

"Saya sebenarnya tiada kuasa meminta mereka datang. Apa yang boleh saya buat adalah memberitahu situasi yang berlaku dan terpulang kepada mereka untuk datang atau sebaliknya.

"Apa yang pasti saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN," katanya.

Mengenai cabaran Kamilia itu, beliau mahu Naib Ketua Wanita UMNO itu menghalakan cabaran tersebut kepada Muhyiddin.

"Saya tidak pasti sama ada Kamilia sedar atau tidak dengan kenyataannya itu. Jawatan Ketua Whip BN bukan menteri yang pegang sebaliknya jawatan tersebut dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri.

"Kenyataan ini perlu diperbetulkan bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat dan dalam masa sama memperbetulkan fakta yang saya bukannya Ketua Whip," tambahnya.

Proses Pembodohan Orang Melayu

UNITED Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kisah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat- amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Berfikir bebas

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya berkerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Aang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Malaon ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta- juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – di mana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara kedua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja telah dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Begitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.

Oleh: Hishamuddin Rais

Fadhilat 10 Muharram

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah:


Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN


Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Posted by pemudabesut at 8:21 PM

Saturday, December 26, 2009

Kemalangan Ngeri Membabitkan bas SANI Express





IPOH, 26 Dis [11.35 am] - Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express (foto), terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini. Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu. "Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah. Katanya, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah. Katanya, Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat. "Siti Munira pula menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya. Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya. Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan. Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut. "Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Gantang dekat Taiping.

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan'

SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Wednesday, December 23, 2009

Royalti Terengganu Masih Tertangguh

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini mendengar penjelasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said yang menyatakan, rundingan pembayaran royalti minyak masih belum selesai.

Dengan itu mengesahkan bahawa pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu masih tertangguh.

Dengan pengakuan Ahmad itu juga, sekaligus membuktikan penyerahan cek yang dikatakan pembayaran royalti berjumlah RM400 juta oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pada tahun lalu adalah tidak benar dan hanyalah lakonan semata-mata.

Ahmad berkata kerajaan negeri menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebanyak RM1.686 bilion dan bertegas menuntut jumlah RM2.792 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

Berikutan itu, masih tidak ada kata sepakat dicapai berhubung pembayaran royalti minyak oleh Petronas itu menyebabkan rundingan mengenainya berlanjutan sehingga kini.

"Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian itu secepat mungkin, tetapi terdapat beberapa perkara dalam perjanjian itu yang masih tidak mendapat dipersetujui kedua-dua pihak.

"Saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang isu atau perkara baru yang dapat dipersetujui oleh kerana kedua-dua pihak masih lagi mengadakan rundingan dan ini mungkin akan menjejaskan perundingan yang sedang berlangsung,"ujarnya

Menjawab soalan lisan yang dikemukakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai perkembangan terkini proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu, Ahmad berkata mesyuarat berkenaan wang royalti dimulakan pada 16 Sept 2008 antara tiga pihak iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri Terengganu dan Petronas.

"Saya telah jelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa perlunya kerajaan pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal," katanya.

Katanya mesyuarat itu mengandungi tiga intipati, iaitu royalti dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri; semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan antara 2000 hingga 2009 adalah dianggap sebagai pembayaran royalti kepada Terengganu dan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas.

Sumber Bernama memetik Ahmad berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk membincangkan komponen perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan tetapi perlu dibayar balik oleh Kementerian Kewangan kepada kerajaan negeri.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2009 dan sehingga tarikh itu, Kementerian Kewangan memperincikan iaitu, sepanjang 2000 hingga Mac 2009, kementerian itu telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas dan jumlah pengeluarannya sebanyak RM16.576 bilion.

"Perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan telah berjalan sekian lama dan pihak kementerian masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

"Sedangkan tuntutan kerajaan negeri pada ketika ini berjumlah RM2.792 bilion setelah ditolak perbelanjaan yang dibelanjakan di negeri Terengganu. Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan dapat diselesaikan," katanya.

Tegasnya, selagi perkara itu tidak diselesaikan, kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung perkara itu. BO


Posted by NikHassanAzmi at 8:12 PM

Pentingnya PAS pada UMNO hari ini!!

Dalam kehangatan Konvensyen Blogger PAS yang masih dirasai sampai hari ini, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen berkaitan dengan jasa blogger kepada perjuangan Islam dan perjuangan menentang kezaliman dan korupsi di Malaysia.

13 Mei DAN KERAJAAN CAMPURAN UMNO-PAS

UMNO sudah kalah selepas 2008. Mereka sudah tersungkur. Dan seperti tahun 1969, mereka kembali melutut kepada PAS untuk menyelamatkan mereka.
Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar. Ini kerana keadaaan ekonomi orang Melayu pada masa itu terhimpit bukan kerana bangsa Cina. Ia adalah kerana kelemahan UMNO.
Di waktu peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia mengalami peningkatan ekonomi yang amat baik. Ia kerana harga komoditi Getah dan Bijih Timah amat tinggi pada waktu itu. Ia menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang amat besar di Malaysia.
MALANGNYA, segala kekayaan di Malaysia pada masa itu masih berada dalam tangan penjajah Inggeris. Orang-orang Cina tampak seperti lebih kaya hanya kerena orang-orang Cina biasanya duduk di kawasan-kawasan bandar. Dan orang-orang Cina adalah bangsa yang kuat bekerja dan kuat berusaha.

Namun, kekayaan negara tidak dapat digunakan untuk membantu orang Melayu yang miskin dan melarat pada masa itu. Kerana kekayaan negara kita pada masa itu telah diangkut balik ke England oleh penjajah Inggeris.
Ini adalah rahsia yang UMNO tidak pernah beritahu kepada orang-orang Melayu pada masa itu. Selama selepas Merdeka, UMNO telah menjadi penjaga kepada kepentingan Inggeris di Malaysia serta memastikan penjajah Inggeris tidak dihalang dari merompak harta kekayaan negara kita ini.

Keputusan pilihanraya 1969 amat mengecewakan UMNO. UMNO hilang dua negeri (Selangor dan Perak) serta hampir hilang 2/3 di Parlimen. PAS boleh menang di Parlimen Parit melalui calonnya, Haji Hashim Gera (bapa kepada Setiausaha PKR sekarang ini, Dato Salehuddin Hashim). Biasanya, apabila berlaku undi protes dari orang Melayu, maka kerusi Parlimen Parit akan jatuh pada PAS. Itulah indicator saya.
UMNO menyedari orang-orang Melayu marah dengan mereka dan sanggup mengundi protes terhadap UMNO dalam pilihanraya 1969. Maka, peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah dari bangsa Cina yang tidak berdosa.

Hakikatnya orang Melayu melarat pada masa itu atas kelemahan UMNO yang menjadi agen British dan barua syarikat-syarikat British yang telah mengaut kekayaan negara ini. Tapi, dengan peristiwa 13 Mei 1969 pemerintahan UMNO berjaya diselamatkan.
Namun, untuk mengembalikan keyakinan orang MElayu pada UMNO, itu adalah satu tugas yang lebih rumit. Maka, pada suatu hari datanglah Arwah Tun Razak dengan helikopternya melawat Dato Asri di Kota Baru Kelantan.

Dan tidak berapa bulan selepas itu, tertubuhlah kerajaan campuran UMNO-PAS di Kelantan dan seterusnya tertubuhlah Barisan Nasional. Iya, PAS adalah ahli pertama menganggotai Barisan Nasional.

Maka, setelah PAS menyelamatkan imej UMNO di kalangan orang Melayu, 3 tahun selepas penubuhan Barisan Nasional, situasi telah dicipta supaya PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Setelah madu habis dihisap, sepah pula dibuang. Itulah dia nasib PAS.

Alasan utama pembuangan PAS dari Barisan Nasional adalah apabila sebuah cawangan UMNO di Johor telah mengambil keputusan untuk membubarkan cawangan tersebut dan menukar cawangan tersebut kepada cawangan PAS. Arwah Dato’ Asri berhujjah bahawa kalau tidak diizinkan ia berlaku, penduduk kampung tersebut mahu menubuhkan cawangan DAP.

Itu sahaja.

PAS, setelah ditendang, menjadi seperti melukut di tepi gantang. Orang Melayu kekal dengan UMNO dan Barisan Nasional selepas PAS ditendang. Program-program yang diperjuangkan PAS, biasiswa dsbnya, digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kekuasaan UMNO.

Dengan kata lain, PAS telah berjasa besar menyelamatkan UMNO dari pupus. Hayat UMNO bersambung sampai hari ini di atas pengorbanan besar PAS selepas 1969.

BLOGGER MEMAIN PERANAN BESAR

Yang mula mendedahkan perbincangan dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO dengan pimpinan-pimpinan UMNO adalah blogger, bukan akhbar.
Ahli-ahli PAS mendapat tahu perselingkuhan ini melalui para blogger. Hasilnya, berlaku penolakan yang besar di kalangan ahli dan pimpinan-pimpinan peringkat pertengahan. Ia mengagalkan usaha pimpinan2 PAS yang pro-UMNO ini membawa PAS bersatu dengan UMNO.

Kalaulah pada 1969 dahulu ada blog, saya yakin PAS tidak akan masuk Barisan Nasional. Segala usaha perbincangan dan perselingkuhan berlaku dalam gelap.

Saturday, December 12, 2009

GST- Penyembelih Rakyat Cara Baru

Setelah puas merompak duit Petronas, nampaknya masa untuk merompak duit rakyat pula. Kali ini rompakan dilakukan terus dari poket rakyat sendiri.

Tahun 2009 adalah tahun yang amat sedih bagi kerajaan BN dari segi pendapatan. Ini kerana :

a)Pungutan cukai korporat merudum kerana keadaaan ekonomi dunia yang merudum. Dicampur dengan kadar ekspot yang menurun akibat kejatuhan ekonomi Amerika dan sekaligus ekonomi dunia.
Pendapatan Petronas juga merudum kerana kejatuhan harga minyak yang pada satu waktu dahulu mencecah USD140 satu barrel. Kadar terbaru hari artikel ini ditulis adalah pada USD 69.87 ( untuk jenis Texas Sweet Crude).
Kadar pelaburan asing juga hampir-hampir ke tahap berhenti sama sekali ke Malaysia. Ertinya penjanaan ekonomi yang diharapkan dari pelaburan asing juga tidak boleh diharapkan langsung.

b)Pada waktu yang sama, perbelanjaan kerajaan BN tidak nampak kadar pengurangannya. Tiada usaha serius memerangi rasuah dan pembaziran. Amalan “tender terbuka” tidak dipraktikan dengan serius dalam pentadbiran kerajaan Pusat. Sedangkan tender terbuka akan menyelamatkan wang rakyat dengan begitu banyak serta menjamin orang-orang yang layak dalam menerima kontrak mendapat kontrak tersebut.

c)Perbelanjaan kerajaan BN masih terdedah dengan korupsi dan pembaziran mengagalkan usaha kerajaan untuk menjana ekonomi hasil dari perbelanjaan kerajaan Malaysia. Sepatutnya ekonomi menjadi lebih baik dan terjana akibat dari perbelanjaan kerajaan. Namun, apabila duit tersebut hanya masuk dalam kantong kroni dan UMNOPUTRA, maka ianya hanya menjadi kepunyaan beberapa orang sahaja dan rakyat jelata menderita.

d)Satu lagi trend yang menghairankan adalah pengekakalan “budak-budak tingkat 4” oleh Najib. Boleh dikatakan kesemua “Budak-Budak Tingkat 4” dikitar semula dan diletak di beberapa tempat yang strategik.Ertinya tindakan-tindakan mereka dahulu tidak pernah dipandang sebagai tindakan-tindakan serong oleh pentadbiran yang ada sekarang ini.

e)Sehinggakan ada ura-ura untuk memberi jawatan Timbalan Menteri kepada menantu mantan PM. Saya tak nampak ekonomi yang berasaskan “Kronisma, Nepotisma dan Korupsi” yang dipacu UMNO ini akan berubah. Walaupun, pemimpin negara berubah, tapi amalan masih sama.

f)SPRM cuma berguna untuk mensabotaj dan membunuh pembangkang semata-mata. Tidak digunakan untuk membentra rasuah dan salah guna kuasa terutama yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pilihanraya Umum Akan Dipercepatkan, Sebelum GST Diperkenalkan

Maka, GST telah diperkenalkan. Setelah segala hasil mashul negara telah dirompak, maka tibalah masanya kerajaan merampok wang yang ada dalam poket-poket rakyat jelata.

Perkara ni kita dapat belajar dari “Orde Baru Suharto”. Suharto mampu bertahan sebagai dictator Indonesia selama 32 tahun. Selama pemerintahan Suharto, tiada pembangkang yang wujud. Semua yang membangkang akan dihapuskan.

Tetapi, apabila perampokan selama 30 tahun itu telah menyebabkan Pertamina bangkrupsi, maka barulah bermula kelemahan rejim Suharto. 3 tahun sebelum Reformasi berjaya menjatuhkan Suharto, wang minyak Indonesia telah kering. PERTAMINA sudah hampir bangkrap pada masa itu, sama seperti Petronas sekarang ini.

Dan, apabila berlaku kemelesetan ekonomi yang begitu teruk, maka jatuhlah regim Suharto. Soalan kepada rakyat Malaysia, adakah kita akan biar Malaysia menjadi bangkrap baru kita hendak menukar kerajaan korup dan rasuah Barisan Nasional ini?

Saya sokong GST dikenakan hanya kepada pengundi serta penyokong UMNO dan Barisan Nasional sahaja.

Waktu saya bekerja dahulu, saya pernah memberi nombor akaun saya kepada salah seorang penyokong kuat Barisan Nasional dalam ofis saya itu. Saya minta dia membayar kos told an cukai saya kerana tol dan cukai ini adalah produk Barisan Nasional. Dia adalah antara yang telah mengundi UMNO dan BN. Mengapa saya harus membayar apa yang saya tidak sokong.

Sekarang ini saya mendapat maklumat, orang itu telah bertukar parti dan menyokong Pakatan Rakyat.

Saya sarankan keseluruhan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat untuk berbuat demikian. Tak payah nak bertekak atau berdebat dengan orang-orang UMNO ini. Berikan nombor akaun bank kita dan suruh mereka masukkan duit tiap2 bulan untuk “cover” kos GST, tol, cukai itu dan ini dsbnya. Tak payah nak susah-susah bertekak dan berdebat. Orang putih kata “Money Talks”.

Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong perompak-perompak ini. Agaknya, pemimpin-pemimpin PAS ni pun bercadang untuk jadi perompak juga.
Satu untuk kau, satu untuk aku. Hahahahaha

Tulang Besi
Posted by Tulang Besi at 12:26 PM

Ku Li - Mahathir Pembazir Wang Negara

"Hantu-hantu Puaka Niyang Rapek UMNgOk/Beer eNd tak nak komenke kenyataan Ku Li dekat bawah ni..? "

Mantan menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.
Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 billion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahan Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Sumber - Malaysiakini
Posted by Topeng Perak® Unmasked at 3:42 PM

Sunday, December 6, 2009

Bolasepak Piala Dunia 2010






Bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan 2010. (Beza waktu dengan Malaysia 6 jam. Contoh : Malaysia pukul 1.00pm, Afrika Selatan pukul 7.00am)

Para peminat bolasepak, dipaparkan di sini Kumpulan Pasukan-Pasukan yang bertanding. World Cup tau, bukan local punya. Local punya tak mainlah kata sahabat dalam e-mailnya.

Kalau bolasepak local katanya lagi, dahlah berhutang bertepek-tepek dalam PAFA, pastu nak suruh Nizar settle, pastu PAFA pun nak dirampasnya. Itu macam punya orang pun ada. Kalau World punya bolasepak, katanya, semuanya profesional, tak ada politicking, sebab tu bolasepak Malaysia tak World perlinya.

Itu macam punya orang memang ramai dalam UMNO. Tengok di Kelantan, masa PAS ambik tahun 1990, hutang dengan Pusat ditinggal bertimbun-timbun, tapi PAS tak pernah miss bayar walaupun 'soru' sendiri hampir-hampir miss. Itu pun UMNO nak berlagak lagi. Royalti dikemutnya. Ramainya manusia macam tu, alahai.

Harap-harap World Cup nanti tak ada 'match-fixing', kalau tidak, peminat tertipu bersengkang mata hingga ke pagi hingga tahajud pun miss dan solat subuh pun ciput-ciput jer. SPRM Malaysia tak mampu nak pergi ke Afrika Selatan, sebab luar kawasan, lagi pun soal-jawab hanya sebelum 5.30 petang jer, tak sempat nak soal jawab, nantikan ramai pula yang terjun tingkap.
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar