Monday, November 30, 2009

HariJadi Pertama Infobicara

Saya , dengan ini mengisytiharkan bahawa esok ,Selasa , 1 Disember 2009 , adalah hari ulangtahun pertama blog INFOBiCARA.

Sekian . Harap Maklum.

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah

Dipetik dari blog Sabahdaily:-

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.”

Kursus Biro Toto Negara

Kursus BTN...?

Bila sebut pasal BTN aku teringat balik Kursus BTN yang aku dan kawan2 aku kena hadiri dulu. Ramai jugak la yang kena pergi, sekolah aku, SMAP Kajang, SM Sains Selangor dan satu lagi sekolah aku tak berapa ingat, SMAP Labu kot...

Kitorang kena pergi kursus BTN ni dekat Rembau. Cantik tempat dia dan memang seronok. Hahah, macam2 aktiviti kitorang buat. Jungle trekking, repelling, err..apa lagi entah. Tapi semua aktiviti group tu ada jugak diselang selikan dengan ceramah. Apa isi ceramah tu?

Macam2 dia cerita. Kebanyakannya tentang bagusnya kerajaan. Hebatnya kerajaan Malaysia. Macam mana sepatutnya kitorang bersyukur sebab duduk dalam negara yang meningkat maju. Macam mana nak menghargai kerajaan. Ingat pasal perjuangan pemimpin Kerajaan dulu2.

Kesimpulannya, Kerajaan ROCK GILA!

Hehehe,yang paling aku ingat, ada satu penceramah ni, dia siap cakap satu benda yang pada masa tu aku percaya tapi bila dah matured sikit fikir2 balik, bangang gak la percaya:

"Kamu tahu tak mana Highway PLUS?"

"Kamu tahu tak macam mana jauhnya pandangan kerajaan ni kalau nak menghadapi ancaman kepada negara?"

"Percaya tak, bawah Highway PLUS tu ada pengkalan rahsia. Jadi kalau negara kita kena serang, highway tu boleh dibukak dan sepanjang highway tu akan jadi pusat pertahanan negara."

Kitorang masa tu baru 16 tahun, memang kagum gila ah... dengar sebab tak sangka Malaysia ada sistem pertahanan yang secanggih dan serahsia itu. PERGH....!! Bagus betul kerajaan.

Jadi bila hari last, kitorang pun balik la dengan semangat berkobar-kobar sebab tahu negara kita memang dibawah satu pemerintahan yang SUPER GENIUS DAN SANGAT BERKALIBER. Kesan daripada kursus tu membuatkan aku bersemangat patriotik yang melampau-lampau siap aku bole imagine kalau Malaysia kena serang masa tu aku nak pergi berperang.

Dan aku akui, kursus tu berjaya. Berjaya menanam sifat sayangkan Malaysia, sayangkan kerajaan Malaysia dan bencikan sesiapa yang melawan Kerajaan. Mengikut kata kawan aku,dia pernah pergi kursus BTN masa sekolah dan lepas tu bila dia dah masuk ke alam pekerjaan, dia kena pergi lagi. Dia bagitau aku, kursus BTN untuk staff2 Kerajaan adalah lebih hardcore.

Hardcore tahap ada sumpah2 setia. Rasa2 macam sesi brainwash pun ada. Baru sekali pergi. Kalau kena pergi tiap2 tahun, memang "biru gelap" otak dia. Aku sendiri rasa macam tu. Mungkin kesan kursus BTN tu pada aku memang sangat2 mendalam sampai kan aku baru beberapa tahun lepas tersedar dan berfikir balik.

Mak aku dari dulu kaki kutuk Mahathir masa zaman reformasi tapi aku lah yang defend Mahathir masa tu. Tah lah, masa tu aku baru umur 17 tahun, duduk sekolah kerajaan sponsor jadi aku rasa kerajaan tu best. Siap bertekak gila babi. Hahaha.

Bila kenang2 balik, mudah nak brainwash orang yang hanya dengar cerita dari sebelah pihak, orang2 yang takde alternatif lain. Jadi,kepada anda yang dah sedar,bantu mereka yang memerlukan. Kalau hari-hari dok merenung Berita RTM dan TV3 takpun Bernama, baca Utusan Malaysia dan Berita Hairan, memang bekulah akal nak terdetik berfikir.

Kepada kawan2 aku yang masuk kerja kerajaan, kalau pergi kursus, lepas balik jangan lupa bukak internet, baca Harakah. Juga kepada student2 lepasan SPM yang pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara.

Neutralkan balik otak anda.

Sistem Pertahanan Rahsia bawah Highway PLUS...?

Oooiii, penceramah kalau rahsia,kenapa kau tahu dan kenapa kau bagitau kitorang? Nak suruh kitorang hepi bayar tol ke sebab lalu situ?

Bangangnya aku satu masa dulu.

Posted by Mantot.

Bagangnya Majoriti Rakyat Negeri Terang Anu









KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.


Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan terkcorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.


Last Updated ( Monday, 30 November 2009 04:21 )

Thursday, November 26, 2009




Oleh :- Kickdeffela

Kerajaan Kelantan bukan penggemis, kami menuntut apa yang menjadi hak kami! Kata-kata YB. Salahuddin Ayub menggegarkan urat saraf saya mendengarnya. Begitu juga semangat ahli-ahli Parlimen PAS seperti Dato’ Kamaruddin Jaafar, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dato’ Mahfuz Omar, Siti Zailah dan lain-lain lagi. Setengahnya dari Kelantan, setengahnya anak rantau dan setengahnya dalam kalimah Kelantan di sebut, ‘ore luar’.

Saya berkongsi semangat itu dan saya bersetuju dengan mereka.

Pandangan Peribadi

Tetapi saya juga mahu berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri. Bagi saya, Wang Ehsan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri adalah ‘advance bonus’ buat rakyat Kelantan sementara menanti kejayaan didalam tuntutan royalti.

Walaupun dari kacamata rakyat, Wang Ehsan dan royalti adalah benda yang sama cuma istilahnya digunakan mengikut siapa pemerintah negeri. Kalau pemerintah negeri adalah dari BN maka akan dipanggil sebagai royalti seperti termaktub mengikut perjanjian berdasarkan akta 144. Tetapi kalau kerajaan negeri bukan dari BN maka istilah Wang Ehsan akan digunakan dan ia tidak akan dilunaskan seperti kehendak akta 144.

Apapun kalimah dan termanya, bagi saya sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan rakyat akan sentiasa bermakna sekiranya ia ditunaikan dengan niat yang baik dan saluran yang lurus.

Oleh yang demikian, persetujuan YAB PM memberi Wang Ehsan sementara rakyat Kelantan terus tabah menuntut royalti adalah amat saya alu-alukan.

Samada ia disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan atau terus kepada Kerajaan Negeri bukan isu penting bagi saya. Yang pentingnya ia disalurkan secara telus dan spesifik seperti kata PM, menerusi projek pembangunan untuk membasmi kemiskinan.

Namun suka saya ingatkan, pesta seperti Monsoon Cup dan projek seperti Masjid Kristal bukanlah sesuatu yang berupaya membasmi kemiskinan. Bahkan setelah 20 tahun lamanya wang royalti diberikan kepada Negeri Terengganu dan kemudiannya disebut Wang Ehsan, Terengganu masih mempunyai kadar kemiskinan yang antara tertinggi di Malaysia dan lebih tinggi dari Kelantan.

Pokok pangkalnya, satu mekanisme yang lebih berkesan diperlukan dan rakyat sendiri seharusnya perlu diberi peluang membuat pilihan apa yang mereka mahukan dari Wang Ehsan tersebut.

YAB Perdana Menteri mengumumkan di Dewan Rakyat pagi ini bahawa pembayaran Wang Ehsan ini adalah berdasarkan terdapatnya aktiviti carigali petroleum di medan yang dipanggil Bumi Selatan.

Bumi Selatan adalah suatu kawasan yang tidak pernah disebut sebelum ini bahkan telah cuba dinafikan oleh banyak pihak bagi melindungi kewujudannya.

Saya pernah menghubungi pihak Carigali Hess, operator yang diberi hak mengeksploit kawasan JDA, iaitu kawasan bertindih tuntutan antara Malaysia dan Thailand.

Soalan yang saya kemukakan kepada mereka adalah berhubung operasi mereka di kawasan yang dipanggil PM301 kerana dari kajian saya mendapati terdapat operasi di medan yang dipanggil Gajah, Ular, Bumi Selatan dan Bergading. Saya mengesyaki bahawa terdapat aktiviti di salah satu atau kesemuanya dan Carigali Hess walaupun operator di Kawasan JDA telah melakukan operasi di PM301, iaitu Perairan Malaysia dan bukan kawasan tuntutan bertindih.



Wakil Carigali Hess menafikan berlaku sebarang aktiviti di PM301.

Selama beberapa lama, saya sendiri merasa terhina kerana kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri-Menteri dan pihak-pihak yang terbabit ialah tiada sebarang aktiviti di PM301 dan sesetengahnya berkata, benar ada penemuan tetapi tidak ekonomikal untuk dieksploit.

Hari ini YAB PM mengesahkan bahawa penyelewengan maklumat telah berlaku sekalian lamanya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM kerana mengesahkan aktiviti eksploitasi petroleum sedang berlaku dan akan terus berlaku di PM301.





Orang Minyak Bernama Husam

Apabila Husam mula melaungkan tuntutan royalti minyak Kelantan sebaik sahaja tewas didalam pemilihan Timbalan Presiden PAS pada muktamar Jun lalu, pelbagai pihak mencemuhnya dan berpendapat Husam sudah sasau dan tak kurang yang mula memanggilnya Husam Minyak.

Hari ini saya memanggil bos saya ini sebagai Husam Orang Minyak. Waktu saya mula berkhidmat dengannya, dia sedang tergila-gila minyak Gaharu. Di penghujung perkhidmatan saya, dia masih gila minyak, tetapi kali ini royalti minyak.

Ramai pihak, di dalam dan diluar Kerajaan Negeri Kelantan memandang serong usaha Husam dan mendakwa bahawa tiada asas diatas tuntutan tersebut.

Saya bekerja keras membantu Husam bukan kerana saya percaya bahawa tuntutan royalti minyak itu berasas, tetapi kerana saya percaya kepada Husam. Atas kepercayaan saya padanya, saya menemui sebab untuk percaya bahawa tuntutan itu benar.

Pengalaman tuntutan royalti ini menjadi lebih manis bila usaha yang saya sangkakan akan makan masa bertahun-tahun tiba-tiba telah menampakkan hasil dalam masa sesingkat 4 bulan sahaja.

Saya kata pada Husam, mulai hari ini, Dato’ tidak lagi sesuai diberi jolokan Lone Ranger atau Robin Hood, Dato’ lebih sesuai dengan panggilan Orang Minyak! Baca tulisan Husam di sini dan sini.

Sepanjang tempoh empat bulan itu, Orang Minyak itu telah meloloskan dirinya melalui pelbagai pintu untuk menemui semua orang yang perlu ditemui untuk mendapatkan maklumat, bantuan dan sokongan. Dan semuanya memberikan petanda positif bahawa tuntutan ini berasas.

Hari ini sungguh manis sekali.

Tetapi kemanisan itu bukan untuk milik semua. Apa yang hampir kesemua kita tidak ketahui, tuntutan royalti minyak ini telah membunuh karier seorang insan bernama Mazlan Mohd Hashim dari Kuantan, Pahang.

Mangsa Pertama Tuntutan Royalti Minyak

Pada 4hb Ogos 2009, ketika sekumpulan rakyat Kelantan sedang belayar ke Pelantar Cakrawala, Mazlan yang bertugas di Pelantar Cakrawala telah meninggalkan 2 komen di blog Kickdefella. Antara intipati komennya ialah doanya supaya ekpedisi ke Cakrawala itu berjaya dan selamat. Di dalam komen itu juga Mazlan memberitahu kepada pembaca bahawa rombongan kami telah tiba berdekatan pelantar tersebut.

Pada 9hb Ogos 2009, apabila saya mengumumkan untuk melakukan pelayaran ke seluruh pelantar di Perairan Kelantan, Mazlan meninggalkan pula komen berbentuk nasihat dan sedikit tips-tips keselamatan.



Pada pagi 12 Ogos 2009, sebaik tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan helikopter dari Pelantar Cakrawala, Mazlan telah terus diiringi oleh wakil pengurusan Carigali Hess dan diarah menerima dan membaca surat tunjuk sebab ke atasnya.

Mazlan dikehendaki memberi jawapan bertulis didalam masa 7 hari mengapa tindakan tidak perlu diambil ke atasnya. Kesalahan Mazlan menurut majikannya ialah kerana komen-komen yang ditinggalkannya di blog ini.



Di dalam keadaan tertekan, Mazlan menyerahkan surat perletakkan jawatannya pada 13 Ogos 2009. Pada hari yang sama perletakkan jawatan Mazlan diterima dan dia diarahkan menadatangani surat yang memaklumkan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas majikannya selepas itu.

Di dalam kegembiraan menerima pengesahan dan advance bonus dari Perdana Menteri, saya terkenangkan nasib yang menimpa Mazlan. Saya terkenangkan tekanan yang sedang dilalui oleh beliau, isterinya dan anak-anaknya.

Saya menghubungi Mazlan sejurus selepas mendengar pengumuman YAB Perdana Menteri. Mazlan masih menganggur.



Banyak pihak yang telah memain peranan positif dalam tuntutan royalti ini dan Mazlan adalah seorang darinya. Seluruh rakyat Kelantan akan mula menikmati ‘Wang Ehsan’ dari Kerajaan Persekutuan mulai 2010 kesan dari peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak ini tetapi setakat pengetahuan saya, hanya Mazlan seorang yang menjadi mangsa.

Biarlah saya mengambil sedikit ruang disini supaya Mazlan tahu bahawa sumbangannya dihargai. Marilah kita memanjangkan doa supaya dimurahkan rezeki buat saudara Mazlan dan keluarganya. Bagi mereka yang ingin menyumbangkan lebih dari sekadar doa buat Mazlan, boleh menghantar email kepada saya di azidiaziz@yahoo.com.

« Wang Ehsan Untuk Kelantan Surat Terbuka Buat YAB Perdana Menteri Malaysia »

Muhyidin disifatkan masih amal politik primitif

Dipetik dari Harakahdaily:-

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen
berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.

"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara," jelasnya. Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.

Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk
bersama dalam kaukus tersebut.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan
politik secara primitif itu.

"Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."
Ujar Mahfuz lagi, tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan
Umno dari rakyat.

"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkan halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat," jelasnya.
Beliau juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.

Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan
Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri
perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak
memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen.

Luahan Hati Nik Abduh







DiPetik dari Blog Pinkturtle:-


Petang dua hari lepas semasa saya diselimuti gugusan awan yang gelap gulita, saya merenung jauh dari tetingkap ‘bebelon’ firefly yang membawa saya pulang dari perkhemahan tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia selama tiga hari di sebuah kem perkhemahan di pinggir bukit di hutan Sepang, Selangor.

Pandangan saya sepi. Kosong sekosong pamandangan di luar. Gunungan awan gelap merempuh kuat menyebabkan krew kapal dua kali memberi peringatan berjaga – jaga. Ia seperti ingin menyentap khalayan jauh saya untuk membenarkan laporan keadaan cuaca dan banjir di Kelantan dan beberapa negeri lain yang semakin teruk. Saat kapal merendahkan ketinggian untuk mendarat, saya menghulur kepala menekap di cermin untuk melihat genangan air memenuhi kawasan rendah dan pinggir yang melimpah keluar dari liuk lampai sungai – sungai yang telah bekerja dan bertasbih siang dan malam melimpahkan seribu rahmat kurniaan tuhan ke atas rakyat negeri Kelantan Darul Naim tercinta.

Awan dan angin begitu kencang melanda dan hujan turun begitu lebat sedang saya begitu ketagih untuk melihatnya segera reda dan berlalu. Biarlah ia reda sebagaimana pengumuman ayahanda yang mengarahkan menantunya, juga ipar saya, Abdul Ariffahmi bin Hj Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK sehari sebelum itu telah meredakan kepanasan suhu politik negeri Kelantan, apatah suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.

Moga awan hitam berarak lalu meninggalkan kami sekeluarga sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit.

Semasa saya dan para sahabat Dewan Pemuda PAS, termasuk Ketua Pemuda, ustaz Nasrudin Tantawi bersenda loka sambil melihat ringan tubuh Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bergayut di antara dahan – dahan pohon rambutan menggapai dan memetik buahnya yang manis lalu menghulurkannya kepada kami di bawah sementara kami bersiap – siap untuk mula meninggalkan kem perkhemahan, saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.

Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas – desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi itu.

Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi.

Ayahanda sentiasa hebat. Ia dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil. Dia dihidupkan untuk dunia, bukan hanya untuk Malaysia dan Kelantan sahaja. Di dunia Islam, orang kata dia di angka 42.

Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian tuhan yang datang secara bertubi – tubi. Daripada isu EGM dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah, kemudian ia menerkam kepada isu PMBK dan kroni. Belum pun bengah, dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karektor dan karier.

Kecuali isu EGM, ia telah turut meruntun keharmonian di dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang.

Tetapi ayahanda sentiasa teguh. Apabila dia melangkah, dia tidak teragak – agak. Apabila teragak – agak, dia tidak akan melangkah. Apabila terlangkah, dia sedia mundur. Tiada siapa tidak memahami ayahanda, kawannya mahupun lawannya.

Saya pula mencuba untuk sentiasa keep in touch dengannya dari tepian mencari pembukaan kepada yang kusut. Saya akan berlari ke Pahang mencari sepupu saya Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, atau saya memohon berjumpa tuan presiden atau bersegera kepadanya jika dijemput. Saya cuba untuk membantu merungkai simpulan yang sukar.

Setidak – tidaknya saya, selepas kejayaan seminar memperkasakan parti telah menyumbang sedikit saham di dalam memberikan ketenangan kepada ayahanda dan kekuatan baru kepada tuan presiden. Saya juga bersama ayahanda semasa merumus yang terbaik dalam isu tajaan haji yang tamat dengan agak lenang.

Adapun isu PMBK yang melibatkan ayahanda dan ipar saya, Ir Abdul Ariffahmi, ia cukup menyentuh perasaan kami sekeluarga. Ia musibah yang walaupun begitu sukar untuk ditempuhi, ia telah menyatukan kami sekeluarga. Kami sepakat untuk berkongsi kesusahan, kesukaran dan memadam fitnah yang datang berdentum – dentum membedil Ariffahmi dan ayahanda sekali.

Saya bukanlah orang pertama yang menyokong perlantikan Ariffahmi ke kerusi panas CEO PMBK oleh ayahanda. Beliau tahu bahawa sedari beberapa tahun lepas lagi saya tidak menyokong perlantikannya ke jawatan tinggi di PMBK hatta untuk untuk jawatan COO sekalipun. Masa itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya dan saya tahu beliau mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat saya.

Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melandanya dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya yang saya cuba memahamkannya. Saya memberitahunya bahawa kita ini memang terkenal kerana kita ini anak MB dan menantu MB. Tetapi dalam terkenal, kita ini sukar untuk dipercayai dan sukar diterima. Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak.

Itulah antara peringatan saya kepadanya. Tetapi Ariffahmi adalah seorang yang optimis. Dia yakin kemampuannya membantu ayahanda terutama di dalam bidang yang dimahirinya. Maka beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam siap siaga jika ayahanda memilihnya ke jawatan tersebut. Tidak pelik jika sikap dan kesediaannya menjadikan ayahanda meyakininya. Saya sendiri dalam teguran saya menyimpan rasa hormat terhadap kesungguhannya menyumbang untuk ayahanda.

YB Salahuddin Ayub pernah meminta pandangan saya untuk pencalonannya ke jawatan naib presiden PAS. Saya menasihatinya untuk tidak menerimanya. Saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung. Saya tidak tahu perasaannya ketika itu. Apabila menasihat, saya mesti memberi yang terbaik daripada diri saya. Selepas beliau menunjukkan kesediaan bertanding, saya mencadangkan nama beliau dicalonkan oleh PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan. Beliau menang dan telah menunjukkan prestasi yang agak berkesan juga hari ini.

Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?

Apabila saya diberitahu bahawa ayahanda akan segera melantik Ariffahmi ke jawatan CEO, saya bersegera mengintai masa ayahanda untuk bersendirian bersamanya seketika untuk memberi pandangan yang agak kontra. Dalam setengah jam perbincangan, saya tunjukkan kepadanya sebab dan keresahan saya terhadap kemungkinan yang akan menimpa Ariffahmi. Saya memberitahunya mengenai sikap kawan dan lawan yang tidak menyetujui keputusan tersebut. Tujuan saya agar ayahanda berfikir semula atau lebih bersedia menghadapi kemungkinan yang saya resahi akibatnya.

Tetapi ayahanda telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap pendiriannya dan Ariffahmi sendiri. Beliau menjawab dengan penuh yakin segala persoalan saya. Apabila saya mendapati ayahanda tidak akan berganjak lagi, saya titipkan untuknya beberapa pesanan yang paling berguna daripada saya agar disampaikan kepada Ariffahmi. Saya boleh saja membilangnya sendiri kepadanya, tetapi melalui ayahanda, saya yakin ia jauh akan lebih berkesan. Malam itu, saya mengambil keputusan untuk mendukung kehendak ayahanda dan memuliakan keputusannya di hati saya. Saya mesti seupayanya membantu ayahanda.

Dua hari selepas perlantikan, saya di rumah Ariffahmi lebih dua jam berbincang panjang dengannya. Dia mengesahkan ayahanda telah menegurnya sebagaimana yang saya sebutkan. Perbincangan kami panjang dan saya mengingatkannya untuk bersedia menghadapi hukuman yang adil dan tidak adil untuk dirinya. Masa itu, bahang panas semakin terasa.

Saya memberitahunya, ” Arif, Abang Duh akan mempertahankan Arif sebagaimana ayahanda, tetapi sebahagiannya mestilah dengan kekuatan Arif seorang diri. Tanggungnya dengan penuh rela.”

Ia tidak pun mencecah dua bulan sehinggalah isu PMBK pecah. Ayahanda dan Arif diserang hebat. Saya menjadi bungkam tak terkata..

Anda telah melihat bagaimana cekalnya ayahanda mempertahankan keputusannya. Bagaimana ayahanda mengulas isu kroni dan isu berkaitan Ariffahmi yang melingkari keputusannya itu. Saya diberitahu beberapa kumpulan daripada dalaman parti datang menemui ayahanda dan memberi pandangan. Mereka keluar tanpa berjaya mengubah keyakinan ayahanda.

Tetapi ia tidak mampu untuk menahan ipar saya daripada menerima tikaman demi tikaman dari segenap sudut yang menyukarkan pergerakannya.

Keluarga agak bersedih. Kami melalui saat sukar. Tetapi ia bukanlah yang pertama. Ia tidaklah sesukar saat kekanda saya, ustaz Nik Adli ditahan di bawah ISA hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi ia adalah dua yang berbeza. Melawan kezaliman UMNO tidaklah sukar. UMNO di sisi ayahanda adalah kemuncup dalam perjuangan. Jika ia menyalak, ayahanda adalah bukit. Jika ia bising, ayahanda adalah rotan.

Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.

Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.

Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.

Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.

Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?

Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.

Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?

Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.

Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.

Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.

Saya bersetuju Ariffahmi meletak jawatan. Ia kerana ayahanda bersetuju dan tuan presiden bersetuju. Jika anda mahu lebih, bercakaplah dengan Ariffahmi sendiri. Anda akan terpegun dengan jawabannya sebagaimana anda terpegun dengan skrip gubahan Kickdepella. Hanya menghukum melalui tulisannya samalah seperti sang hakim menghukum dalam mabuk kedarah arak terlarang.

Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.

Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.

Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.

Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”

www.nikabduh.wordpress.com

Dikirim dalam News & Politics

RAYA HARI JUMAAT, KENAPA KORBAN HARI SABTU ?

Di petik dari blog perakexpress:



Nov 26th, 2009 | By Admin | Category: DAP Melayu, utama



Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hariraya Haji pada hari Jumaat ini, 1 Dzulhijjah 1430 bersamaan dengan 27 November 2009. Walapun hariraya jatuh pada hari Jumaat, banyak masjid dan surau yang melaksanakan ibadah korban akan melakukannya pada keesokan hari, yakni hari Sabtu.

Tempoh melakukan ibadah korban seperti yang disyariatkan ialah bermula selepas Solat E’id dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari Tasyriq. Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Artinya:Barangsiapa menyembelih sebelum solat hendaklah menyembelih sekali lagi sebagai gantinya, dan siapa yang belum menyembelih hingga kami selesai solat maka menyembelihlah dengan bismillah”. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga hadits Jubair bin Mut’im dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bersabda:

“Artinya: Pada setiap hari-hari tasyriq ada sembelihan”. (Dikeluarkan Imam Ahmad dan Ibnu Hibban dalam shahihnya dan Al-Baihaqi. Dan terdapat jalan lain yang menguatkan antara satu dengan riwayat yang lainnya.)

Di dalam Al-Muwatha’ dari Ibnu Umar:

“Artinya : Al-Adha (berkorban) dua hari setelah dari Adha.

Demikian pula dari Ali bin Abi Thalib. Dan ini pendapat Al-Hanafiah dan mazhab Syafi’iyah bahawa akhir waktunya sampai terbenam matahari dari akhir hari-hari tasyriq.

Dalam konteks ibadah korban tahun ini, sembelihan korban boleh dibuat selepas Solat E’id pada hari Jumaat dan berakhir apabila terbenam matahari hari Isnin. Tetapi kebanyakan masjid dan surau melakukannya pada hari Sabtu. Kenapa?

Bila ditanya kepada beberapa pihak yang menguruskan ibadah korban, jawapan yang diberikan seperti berikut ;

Golongan pertama mengatakan kami mengadakan ibadah korban hari Sabtu kerana hari Jumaat orang sibuk hendak ziarah menziarahi berhariraya. Lagipun ibadah korban tidak semestinya dibuat pada hariraya, kerana boleh dibuat juga pada-pada Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Golongan kedua pula mengatakan kami mengadakan ibadah korban hari Sabtu kerana hari Jumaat begitu suntuk masa. Sudahlah pagi pergi solat hariraya, tengahari nak kena pergi solat Jumaat pula. Sebab itulah kami sembelih korban hari Sabtu.

Kedua-dua jawapan diatas ada asasnya kenapa sembelihan dibuat pada hari Sabtu, namun jawapan golongan pertama lebih menepati hadits-hadits yang dinyatakan di atas. Golongan kedua pula mungkin belum menemui hadits-hadits tentang rukhsah atau kelonggaran sekiranya bertemu dua hariraya, iaitu hariraya jatuh pada hari Jumaat.

Telah meriwayatkan Abu Dawud (1070), An Nasa-i (3/194), Ibnu Majah (1310), Ibnu Khuzaimah (1464), Ad Darimi (1620) dan Ahmad (4/372) dari Iyas bin Abi Ramlah Asy Syami ia berkata:

Aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam, ia berkata, Apakah engkau pernah menyaksikan bersama SAW apabila bertemunya dua hari raya pada satu hari? Zaid berkata, Ya. Mu’awiyah berkata, Lalu apa yang beliau lakukan? Zaid menjawab, Baginda solat Eid (hariraya) kemudian Baginda memberi keringanan untuk solat Jumaat, beliau bersabda ‘Siapa yang inginSsolat Jumaat maka solatlah’. (Imam Ali Ibnul Madini mensahihkan hadits ini sebagaimana dalam At Talkhisul Habir (2/94))

Abu Hurairah dan selainnya membawakan riwayat tentang hal ini dari Nabi SAW dan ini yang diamalkan para sahabat Radhiyallahu ‘anhum.

Abdurrazzaq meriwayatkan dalam Al Mushannaf (3/305) dan juga Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf (2/187) dengan sanad yang sahih dari Ali Radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya berkumpul dua hari raya pada satu hari, maka ia berkata:

“Siapa yang ingin menghadiri solat jumaat maka hadirilah dan siapa yang ingin duduk di rumah maka duduklah”.

Dalam shahih Bukhari (5251) disebutkan riwayat yang sama dengan ini dari Utsman Radhiyallahu ‘anhu. Dalam Sunan Abi Dawud (1072) dan Mushannaf Abdurrazzaq (5725) dengan sanad yang sahih dari Ibnu Zubair:

“Dua hari raya bertemu dalam satu hari, maka ia mengumpulkan keduanya bersama-sama dan menjadikannya satu. Ia solat E’id pada hari Jumat sebanyak dua rakaat pada pagi hari, kemudian ia tidak menambah solat hingga solat Asar”.

Asy-Syaukabi yang bermazhab Syafi’e berkata dalam Nailul Authar (3/348) mengikuti riwayat ini, zahir riwayat ini menunjukkan bahawa ia tidak mengerjakan solat Zuhur.

Dalam riwayat ini menunjukkan bahawa solat Jumaat jika gugur dengan sebab telah bersolat hariraya, maka tidak wajib bagi orang yang gugur darinya solat Jumaat untuk mengerjakan solat Zuhur. Kerana itu Atha’ berpendapat.

“Nampak bahawa orang-orang yang berkata demikian kerana Jumaat adalah pokok. Dan engkau tahu bahawa yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala bagi hamba-hamba-Nya pada hari Jumat adalah solat Jumat, bukannya solat Zuhur. Maka mewajibkan solat Zuhur bagi siapa yang meninggalkan solat Jumaat kerana uzur atau tanpa uzur perlu kepada dalil, dan tidak ada dalil yang boleh dipegang dalam hal ini sepanjang yang aku ketahui”.

Berdasarkan petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW, adalah lebih wajar umat Islam menerima rukhsah (kelonggaran) yang dianugerahkan itu. Sembelihan korban jika dibuat pada hari Jumaat, hariraya tampak lebih meriah suasana. Bilangan lembu korban yang banyak pula boleh disambung sembelihan pada hari-hari berikutnya.

Sebaik-baik petunjuk, ialah petunjuk Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Salam ,

Buat semua pengunjung Blog saya ini , saya dan sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidiladha.... Berhati-hati ketika memandu.

sekian.

Salam.

Friday, November 20, 2009

MCA Di ambang MAUT!!!!!!!!!!!

MCA: Ikan busuk bermula daripada kepala

Oleh: Noor Hasilah Ismail

Pepatah Cina ada menyebut, “Ikan busuk bermula daripada kepala”. Adakah tindakan presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kebelakangan ini, temasuk yang terbaru, menggugurkan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda parti itu daripada Majlis Presiden dan menjadikan parti itu diambang kemusnahan?

Tidak cukup dengan itu, jawatankuasa pusat yang diketuainya juga menolak resolusi mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini yang dianjurkan oleh penyokong Naib Presiden, Liow Tiong Lai.

Selain Ketua Pemuda, Wee Ka Siong (gambar) dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun, turut dipecat ialah Wong Nai Chee, Wee Jeck Seng. Beliau tidak boleh memecat Liow kerana mengikut perlembaan, presiden hanya boleh memecat orang yang dilantiknya dan bukan dipilih majlis.

Tindakan Ong membuang semua orang yang menentangnya boleh dilihat dalam beberapa perspektif negatif. Ia jelas menunjukkan Ong takut menghadapi kemungkinan pemilihan pucuk pimpinan baru? Atau mungkin juga ia tindakan seorang desperado yang dihantui rasa rendah diri yang ekstrim, ataupun seorang diktator yang gila kuasa?

Adakah presiden yang kalah dalam undi tidak percaya ini tahu erti demokrasi? Adakah ini orang yang sama yang pernah membuat kenyataan beliau akan menerima keputusan EGM dan kemudiannya melakukan sebaliknya? Pemecatan ini bertentangan dengan Pelan Perpaduan Utama (GUP) yang dilaung-laungkannya.

Tidakkah Ong sedar bahawa Wanita MCA mempunyai 400,000 ahli dan Pemuda pula 270,000 dan jika dicampur, jumlah itu adalah dua pertiga daripada keahlian parti itu? Tidakkah beliau memikirkan musibah yang bakal berlaku?

Agendadaily sempat bersembang dengan Wee setelah beliau selesai melayani soalan sekumpulan wartawan di lobi parlimen dan dalam pertemuan dari hati ke hati,itu Wee berkata, apa yang dilakukan oleh Ong adalah lebih dahsyat dibandingkan dengan era kepimpinan Tun Ling Liong Sik.

“Sedahsyat Liong Sik pun, dia dia tidak pernah ubah tradisi. Dia tidak “tetak” Ketua Pemuda yang tidak sependapat dengannya. Walaupun tidak sehaluan, dia masih memilih Ketua Pemuda dalam Majlis Presiden. Apa yang Ong lakukan bukan untuk mengukuhkan parti, tetapi mengukuhkan kedudukannya sendiri. Ong memang pemerintah kuku besi,” kata Wee.

Wee berkata, pemecatan beliau dan Chew bukan pengakhir jalan bagi mereka. “Ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk berikhtiar mencari seramai mungkin orang menghadiri EGM yang tetap akan diadakan pada 28 November.

“Di bawah perlembagaan parti, keputusan mengadakan EGM bukan terletak pada presiden atau jawatankuasa pusat. Kami akan meneruskan EGM pada 28 November dan menyeru semua perwakilan tampil menegakkan kebenaran,” kata Wee.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Air Hitam berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Ong akan menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan supaya dia digantung, dipancung dan dibuang dari kabinet.

“Bayangkan lima Timbalan Menteri digugurkan. Bagaimana Majlis Presiden nak berjalan dengan berkesan? Penyingkiran sesuka hati mengikut selera presiden adalah tauladan yang buruk. Jika kita mahu wujudkan perpaduan, kita tidakpatut melakukan penyingkiran atau penyisihan.

“Apa yang dilakukan Ong adalah di luar jangkaan. Dia menggunakan pengaruh dan asset parti, termasuk taktik kotor untuk mencapai niatnya, termasuk menakutkan perwakilan supaya jangan menghadiri EGM.

“Apa yang dilakukan oleh Ong adalah haram dan saya tak halalkan. Saya dipilih oleh Pemuda. Saya sedih bukan pasal hilang jawatan, tetapi kerana dia tidak menghormati jawatan saya sebagai Ketua Pemuda. Ini adalah satu rekod dalam sejarah MCA di mana Ketua Pemuda disingkirkan daripada badan tertinggi eksekutif,” tambahnya.



Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT at 10:17

Labels: SATIRA POLITIK

Saturday, November 14, 2009

Rasuah - Pendedahan di parlimen

Di petik dari Blog Perisik Rakyat:


Teks Ucapan Debat Bajet oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Palimen Wangsa Maju, pada 5 hb November 2009.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam debat Bajet 2010.

Saya menyokong slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN” yang disarankan oleh PM. Akan tetapi, nampaknya ia adalah satu slogan kosong sahaja kerana campurtangan oleh “UMNOputras” dalam pentadbiran Kerajaan termasuk DBKL.

Contoh : Danau Kota Uptown Pasar Malam di Wangsa Maju

Adanya 500 penduduk di kawasan Danau Kota, Wangsa Maju telah menandatangani satu petisyen untuk menentang terhadap Pasar Malam Danau Kota Uptown di Wangsa Maju di mana ia beroperasi setiap malam dari 10 malam hingga 4 pagi berhampiran dengan kawasan perumahan. Jam operasi ini adalah tidak pernah didengar dalam masyarakat tamadun mana-mana kecuali “Boleh Land” ini. Petisyen itu telah diserahkan kepada Datuk Bandar KL pada Julai 2009. DBKL bukan setakat tidak mengambil tindakan untuk memindahkan pasar malam dari kawasan perumahan, dalam masa kini, DBKL telah meluluskan 30 gerai tambahan untuk UMNOputras. Adakah ini in line dengan slogan BN “Rakyat Didahulukan”? Saya diberitahu bahawa UMNOputras ini telah menyewakan 30 gerai-gerai tambahan ini dengan sewaan RM1,000 setiap bulan. Tukarlah slogan ini kepada “UMNOputras DiDahulukan”.

Tuan Yang di-Pertua

Pasar Malam yang beroperasi sehingga 4 pagi dalam satu kawasan perumahan adalah tidak boleh diterima kerana ia telah menyebaban pelbagai gejala sosial. Indeks jenayah juga telah meningkat di Wangsa Maju. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kereta-kereta diletak di depan gate rumah menyebabkan masalah akses kepada penduduk. Ia juga menyebabkan pencemaran bunyi (bising – gangu kacau dan sebagainya) “noise pollution” di kawasan itu. Fakta semua ini telah menyebabkan harga rumah di kawasan Danau Kota jatuh dengan banyak.

Saya ada terima banyak aduan dengan masalah dengan penjaja meletakkan kerusi dan meja di atas jalan awam di mana ia telah menimbulkan banyak masalah di Wangfsa Maju dan juga mengacam keselamatan awam. Sudah ada satu contoh yang ketara di Selangor beberapa tahun lepas dimana orang awam di langgar dengan kereta dan mati. Saya berharap DBKL mengambil tindakan dengan segara diatas perkara ini unutk kepentiongan orang awam.

Dengan melihat kesan tak sensitif oleh DBKL terhadap penduduk-penduduk di Danau Kota, slogan “Rakyat DiDahulukan” adalah satu slogan kosong.

Tuan Yang di-Pertua,

Mungkin Datuk Bandar tidak berani untuk mengambil tindakan kerana UMNOputras adalah dalang sebaliknya. Saya tahu bahawa Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik PM selaku Menteri Kewangan, yang sangat aktif dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya diberitahu bahawa dia adalah de facto Datuk Bandar KL.

KERUSI DAN MEJA DI LETAKKAN ATAS JALAN RAYA

Saya ada menerima banyak aduan mengenai dengan kerusi dan meja di letakkan atas jalan raya dan tiada tindakan diambil oleh DBKL. Kegiatan ini mesti dihentikan dengan segara kerana ia menimbulkan banyak masalah kesesakan jalan raya dan menjejaskan keselamatan orang awam. Kita sudah ada bukti di Selangor bahawa orang awam telah dilangar oleh kereta dan mati.

Walaubagaimanapun, saya berharap bahawa Menteri Wilayah Persekutuan yang baru memberi penjelasan apakah tindakan untuk kepentingan rakyat akan diambil oleh DBKL untuk memindahkan pasar malam ini ke tempat lain yang jauh daripada kawasan kediaman dan kes kerusi danmeja telah diletakan di atas jalan raya.

Tuan yang di-Pertiua,

Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Kepada PM

Saya mesti menarik perhatian PM melalui Dewan Yang Mulia ini bahawa kelakuan Datuk Shafie Abdullah adalah bertentangan dengan kepentingan PM dengan bercampur tangan dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya ingin menanya samada YAB PM ada memberi arahan kepada Datuk Shafie untuk mentadbir DBKL secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan Datuk Ahmad Fuad, Datuk Bandar KL sebagai seorang “puppet”nya.

Nampaknya Datuk Shafie ada banyak “free time” untuk memain politik di DBKL dan kawasan Wangsa Maju dan kawasan lain. Saya tahu dia memain politik “on the ground” kerana dia ada niat menjadi popular supaya dia mencapai matlamatnya untuk menjadi Menteri taka lama lagi. Dia memang amat ambitious seperti Norza, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang telah di tuduh di Mahkamah di Pahang kerana rasuah.

Saya berharap Datuk Shafie Abdullah, seorang UMNOputra, sila mengambil perhatian kedudukan sekarang sahabat karibnya, Norza.

MR “POLITICAL TOLL”

Saya telah dapat banyak “rumours” terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai setiausaha PM selaku Menteri Kewangan. “This “Mr Political Toll” has been dropping PM name every corner of Malaysia.”, dengan izin.

Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu “MR POLITICAL TOLL”. Saya tak faham apa maksud “MR POLITICAL TOLL”. Toll jalan, saya faham! POLITICAL TOLL, saya tak faham. Samada maksud “Toll” ini adalah kutipan Toll untuk perjalanan ke pejabat PM atau Menteri Kewangan? Kemungkinan YAB PM lebih faham atau teliti mengenai apa maksub gelaran “MR POLITICAL TOLL” yang telah dianugerahkan kepada Setiuasahanya, Datuk Shafie!.

Saya ingin memberi amaran kepada Datuk Shafie jangan bermain politik di DBKL – hand off DBKL let the officers do their work without interference. Keep your “Political Toll” to Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan wargakota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentigan politik “Mr Political Toll”, Datuk Shafie Abdullah.

Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas terhadap percampuran tangan dengan pentadbiran harian DBKL oleh Si Political Toll ini (Datuk Sahfie Abdullah). Pengawai tinngi telah berjanji untuk mengambil tindakan terhadap struktur haram yang dibina oleh Restoran Rashatini di Seksyen 2, Wangsa Maju. Gerai penjaja ini adalah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran dan telah menduduki atas kaki-lima (pavement) dengan tiada ruang untuk orang awam berjalan. Gerai itu memlebihi 10 kaki x 30 kaki yang dibenarkan dibawah undang-undang kechil DBKL. Saya telah diberitahu oleh pegawi tinggi DBKL bahawa DBKL tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sehingga DBKL dapat kebenaran daripada Mr Political Toll ini. Hebatnya kuasa Mr Political Toll ini sampai pegawai tinggi DBKL pun takut kepada dia.

Kerana campur tangan politik “poltical interference” oleh Mr Political Toll sehingga hari ini (sudah 5 bulan) tiada apa-apa tindakan diambil oleh DBKL terhadap struktur haram tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Berani saya cakap dengan terus terang bahawa “the 4th Floor Syndrome” masih wujud di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Saya fikir bahawa “4th Floor syndrome ini wujud pada zaman Kerajaan “Tertidur” sahaja. Saya berharap PM mengambil perhatian terhadap “Mr Political Toll” ini dan kuncu-kuncunya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya bersetuju dengan PM semasa beliau menyatakan bahawa “Kerajaan meikul tanggungjawab besar untuk memastikan bahawa hasil Negara dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama.”

Tuan Yang di-Pertua,

Pentadbiran Suruhanjaya Sekuriti

Unico Holding Bhd (UHB) telah ditubuhkan untuk masyarakat orang Tiong Hua tetapi sarikat ini telah dipergunakan oleh pengrahnya, Tan Sri Ngan Ching Wen an kuncu-kuncunya iaitu, Teoh Hock Chai @ Tew Hock Chai, Dr Yeong Cheong Thye @ Yeong Yun Chai, Lim Guan Teik untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka telah mengabaikan masyarikat orang Tiong Hua. Mereka mengunakan pelbagai taktik-taktik perniagaan kotor dan Unico Holding telah dijadikan sebuah syarikat persendirian Tan Sri Ngan Ching Wen dan kuncu-kuncunya.

Mereka ini adalah “corporate crooks” yang mesti di “flushed out from our corporate world” to protect members of the public from being cheated by these corporate crooks, dengan izin.

Tan Sri Ngan Ching Wen

Semenjak pertubuhan UNICO Holding Bhd, Tan Sri Ngan Ching Wen selaku pengarah dari tahun 2000 hingga 2002 selepas diiystiharkan sebagai seorang bankrupt, sehingga sekarang, telah melanggar beberapa undang-undang termasuk (i) Section 132 (1) Akta Syarikat 1965 dengan tidak melaksanakan kewajipan untuk kepentingan yang terbaik untuk Unico Holding Bhd, susidiarinya and syarikat-syarikat berkaitannya telah melanggar kewajipan fidusiarinya terhadap Unico Holding Bhd, (ii) mengambil tindakan untuk memudaratkan kepentingnan minoriti di Unico Holding Bhd (iii) memasuki beberapa transaksi-transaksi parti berkaitan yang tidak dikemukakan kepada penguatkuasa dan (iv) melanggar beberapa kesalahan-kesalahan termasuk insider trading melanggari Capital Market and Services Act 2007.

Contoh yang amat jelas :

Projek Di Xi-an Negara People Republic of China

Deposit Sungguh-sungguh (Earnest Deposit) / Pelanggaran Amanah Jenayah (Criminal Breach of Trusts)

Pada 18.9.2009, ia adalah didedahkan dalam mesyuarat umum tahunan Unico Holding Bhd bahawa Tan Sri Ngan Ching Wen telah mendapatkan satu pinjaman daripada Unico Holding Bhd, menerusi subsidiari Unico Holding Bhd iaitu Shanghai Orchid Garden Properties Development Co. Ltd berjumlah RMB10 juta dengan alasan untuk membayar deposit untuk mendapatkan satu projek pembagunan di Xi’an untuk Unico Holding Bhd.

Tan Sri Ngan telah melanggari undang-undang dengan mendapatkan satu pinjaman peribadi daripada syarikat dan seterusnya, sampai sekarang, deposit tersebut itu adalah tidak dapat dikesan dan dana itu telah disalurkan kepada satu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Ngan Ching Wen di Hong Kong, iaitu, Group 5 International Investment Ltd (“Group 5”). Pengarah-pengarah Group 5 adalah Tan Sri Ngan Ching Wen, Lim Guan Teik and Yeong Cheong Thye. Ini adalah satu kesalahan “criminal breach of trust”.

Saya juga difahamkan bahawa penipuan dan pelanggaran undang-undang yagn telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti tetapi sehingga kini tiada apa apa-apa tindakan diambil. Inikah “Rakyat DiDahulukan” oleh Kerajaan “1 Malaysia”? Saya berharap bahawa YAB PM selaku Menteri Kewangan boleh memebri penjelasan apakah tindakan akan diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti terhadap “corporate crooks” terebut demi menjaga kepentingan pemengang saham kecil di dalam Negara.

Kami menyeru pihak pihak berkuatkuasa, termasuk polis, Securities Commission dan Surahanjaya Syarikat Malaysia untuk mengambil tindakan trhadap “corporate crooks “ tersebut dengan segara. .

Tuan Yang di-Pertua,

Bagaimana kekayaan Negara dapat dinikmati oleh rakyat dalam keadaan yang adil dan saksama semasa dana Negara adalah dipersalahgunakan dan disedut keluar oleh individu atau syarikat-syarikat menggunakan dokumen yang tidak sah?

Ministry of Science, Technologies and Innovations

TechnoFund – Venturepharm asia Sdn Bhd

Sebagai contoh, Kementerian Science, Technologies and Innovation (MOSTI) semasa berurus dengan TechnoFund juta-juta Rnggit telah diagihkan dengan tiada kawalan kepada syarikat penyelidikan palsu. Venturepharm Asia Sdn Bhd (Venturepharm), satu syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh Madam Grace Chen Oyan Yun Shai, yang berasal dari Taiwan. Venturepharm menggunakan satu perjanjian palsu yang telah ditandatangani dengan XLW Inc di USA untuk membuat penyelidikan bio-feed. XLW Inc adalah tidak wujud. Dengan tiadanya proses pencarian dan siasatan yang sewarjanya, MOSTI telah memluluskan Technofund berjumlah RM5.36 million kepada Ventruepharm. Dalam tempoh satu tahun, MOSTI telah membayar sejumlah RM2.3 million dengan tiada “due diligent”.

Saya telah memberi semua maklumat-maklumat yang terperinci termasuk Joint Venture agreement, emails dalam sessi Parlimen terdahulu berkenaan penipuan Venturepharm dan juga telah memberi bukti-bukti dokumen kepada Menteri MOSTI, sehingga sekarang, MOSTI belum mengambil apa-apa tindakan untuk mendakwa pengarah-pengarah Venturepharm atau mengambil apa-apa tindakan untuk menuntut wang rakyat sejumlah RM2.3 million yang ditipu oleh Grace Chen Oyan Yun Shai.

Apakah tindakan akan di ambil oleh MOSTI terhadap pengarah Venturepharm ia itu Grace Chen Oyan Yun Shai?

Tuan Yang di-Pertua,

Venturepharm Asia Bhd dan Madam Chen Oyan Yun Shai bukanlah menipu MOSTI sahaja ia juga ada terlibat dengan Kementerian Pelancongan.

Saya menyeru Menteri Perlancongan untuk memberi penjelasan:

Memandangkan pembantu peribadi terdahulu Menteri, iaitu Madam Ivy See adalah seorang pengarah eksutif Daley PR, adakah ia mempunyai satu conflict of interest terhadap Menteri semasa memberi kontrak pengiklanan kepada Daley PR untuk kerja-kerja pengiklanan di China?
Apakah alasan-alasan tender pertama Malaysian Pavilion Project dibatalkan selepas Menteri mengambil jawatan sejak April 2009?

Apakah alasan-alasan sementara akhir bulan June 2009 Venturepharm telah dianugerahkan dengan kerja pembinaan Malaysian Pavilion di mana ia tidak mempunyai rekod dalam kerja pembinaan semasa Venturepharm telah didedahkan di Parlimen dengan terlibat dengan penipuan MOSTI untuk mendapatkan TechnoFund?

Adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan (variation order) dengan jumlah RM10 to 20 million untuk Malaysian Pavilion project?

Sekian, terima kasih.

Nota:

Kerana masa tidak cukup, Speaker telah hadkan masa 12 minit untuk saya mengucap. Ada banyak isu-isu penting tidak boleh di bahas. Saya akan bahawa isu-isu yang belum di bahas kepada peringkat Perbahasan Jawantkuasa Parlimen dalam tempoh dua minggu lagi. Terima kasih.


Sumber - KLPos.com

Raja Petra Strikes Again!!!!!!-The Carpetman

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


The company is called Carpet Raya Sdn Bhd (company number 492434-H). The paid up capital of the company is RM8.7 million. The company has five directors who are also the shareholders of the company; each holding almost equal shares in the company.

But I am interested in only one of its shareholders/directors who goes by the name of Deepak -- 37 years old, unmarried, and good-looking enough to qualify for a Bollywood movie.

The company was registered ten years ago on 26 August 1999. The last accounts filed with the Registrar of Companies on 24 November 2006 shows that the company has total assets of almost RM90 million, total liabilities of about RM67 million, and reserves of more than RM12 million.

The revenue of the company for 2005 was RM122 million and the profit in excess of RM7 million. Of course, the RM7 million profit is the official or declared profit. No company in Malaysia declares its real profits anyway. So, on a revenue base of RM122 million, you can expect the real or undeclared profit to be many times that.

But that was the accounts for 2005, which was four years ago. How much more has the company made over the last four years, which they prefer to keep hidden from public view? Take my word for it. We are talking about hundreds of millions here.

The company is supposed to be in the business of selling carpets. Is the carpet business really that lucrative that one can earn hundreds of millions? RM122 million a year is sure a lot of carpets. Ah, but that is not really what the company does for a living. The carpet business is just a front. Sure, they do sell carpets. But that is not where the real money is. The real business of the company is to act as the Bagman for Rosmah Mansor, the wife of the Prime Minister.

I met the Carpetman more than a year ago. He asked to meet through a mutual acquaintance because he was alarmed that I was about to reveal that the Carpetman is actually Rosmah’s Bagman. But that was not the thing that got him all flustered. What did was the revelation I was going to make that he is not only the Carpetman who is Rosmah’s Bagman but that he is also her Toyboy.

I only do business with Rosmah, said the Carpetman. My relationship with Rosmah is only for business purposes. I am not sleeping with Rosmah, he pleaded. So please do not tell the public that I am Rosmah’s Toyboy. The impression he wanted to make is that his relationship with Rosmah is confined to the boardroom and does not extend to the bedroom.

Well, that is not what Mumtaz Jaafar says. And who is Mumtaz Jaafar? Hey, if I start talking about her then I would also have to mention her relationship with Saiful, the person who alleges that Anwar Ibrahim sodomised him. And if I start talking about that then we will end up talking about the Sodomy 2 case as well. So let’s get back to the subject of the Carpetman, Rosmah’s Bagman cum Toyboy.

The whole country is very focused on Najib Tun Razak’s extramarital affairs. Sure, every Malaysian knows about this. And every Malaysian also knows about him getting caught in a Port Dickson hotel room with Ziana Zain. In fact, Isa Samad even had photographs of Najib clad only in a towel with the delicious young thing in his bed. And Isa handed the photograph over to the then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. (And that is why Mahathir just does not understand why Najib would choose Isa to contest the Bagan Pinang by-election when it was Isa who tried to bring Najib down with the photograph).

Anyway, let’s not digress too far. As I said, every Malaysian knows about Najib’s extramarital affairs. But how many also know that Rosmah has a penchant for Bollywood types. Hell, she will even arrange datukships for them if they treat her the way she loves to be treated, if you know what I mean. And this particular chap I am talking about, the Carpetman cum Bagman cum Toyboy, is far better looking than Shahrukh Khan (or is it Datuk Shahrukh Khan now?) -- not to mention younger as well.

Yes, I have been keeping this story under wraps for more than a year now. But it is now time that the story be told. There is more, though. Deepak the Carpetman cum Bagman cum Toyboy has been very naughty. And all these naughty deeds were done on behalf of Rosmah.

In due course more will be revealed about the role of the Carpetman and how he has served Rosmah. Today is not the time to do that though. So stay tuned for further episodes of the Carpetman cum Bagman cum Toyboy of the so-called First Lady of Malaysia.

Tips Berlari Di tempat Curam

Agak lama saya tidak menulis tentang rekreasi dan kegiatan luar. Apa pun saya suka untuk kungsikan beberapa teknik untuk berlari di tempat yang curam dengan selamat. Ramai orang mahukan kepantasan. Pantas berjalan, cepat sampai. Maka waktu rehat pun akan menjadi lebih lama dari orang lain.

Dalam kegiatan rekreasi dan mendaki, perkara yang amat penting adalah keselamatan. Biasanya bila menuruni bukit atau cerun kita akan terbawa mengikut rentak atau momentum badan, momentum pula akan ditentukan oleh berat badan dan beban, kecuraman cerun dan kepantasan bergerak. Kalau kita gagal untuk mengimbangi badan dengan momentum kita boleh jatuh atau tercedera. Kalau cerun atau lurah yang dalam, kita boleh menemui maut sebagaimana yang telah berlaku kepada dua orang Doktor Pakar di Bukit Tabuh/Tabur sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk perimbangan badan di lokasi seperti ini. Pertamanya kasut. Kasut mestilah yang ringan dan mempunyai permukaan tapak yang mencengkam dan agak lembut. Yang keduanya adalah teknik pergerakan badan. Ketika di dalam keadaan berlari atau berjalan laju menuruni cerun badan hendaklah sedikit bongkok dengan lutut di bengkokkan sesuaikan dengan darjah kecerunan. Kedudukan begini akan merendahkan pusat graviti dan memantapkan perimbangan badan. Kalau terjatuh pun ketika kita di dalam kedudukan sebegini, impaknya tidaklah teruk. Kedudukan betis hendaklah tegap dengan buku lali dan tapak kaki yang fleksibel mengikut keadaan permukaan tanah.

Ketika memijak akar atau batu, hendaklah memijak dengan melintangkan kaki supaya tidak tergelincir. Elakkan dari memijak di atas daunan yang gugur. Daun yang gugur dan basah sememangnya licin. Sambil berlari turun, pandangan dan perhatian mata serta fikiran mestilah tajam dan tumpukan 100 peratus terhadap trek, persekitaran dan tanah tempat di mana kita akan akan meletakkan kaki. Mesti bersedia untuk menghadapi kemungkinan tergelincir atau tersalah pijak. Lembutkan pergerakan sendi buku lali untuk mengelak dari terseliuh sekiranya tersalah pijak. Kaki hendaklah diletakkan secara mendatar dan lembut. Jangan dihentak. Hentakan akan memudaratkan tulang rawan lutut dan buku lali.

Berlari untuk mendaki pula hendaklah dengan langkah yang pendek dan memijak pada tapak yang teguh. Gunakan akar atau pokok kecil untuk berpaut menolong meringankan beban memanjat. Dengan langkah yang pendek akan meringankan beban pada kaki, lutut dan sendi. Langkah yang pendek juga akan menjimatkan tenaga.


Posted by mountdweller at 11:00 AM

TGNA dan Isu Tajaan Ke Makkah

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadual 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.


Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Makkah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Makkah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut, jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama


Kata saya :

Bukan masanya!


Kekalutan di dalam kepimpinan PAS berkaitan integriti Presiden PAS berkenaan UG dan Hassan Ali belum lagi reda, PAS diasak pula oleh bai'ah. Belum lagi hilang bising kesemua isu tadi, timbul pula isu siasatan SPRM ke atas PMBK kini ditambah pula dengan isu tajaan haji kepada TGNA.

Memang bagi orang Kelantan, seseorang yang kaya dan berharta berpeluang menaja seseorang Tok Guru atau manusia yang dihormati oleh masyarakat setempat untuk menunaikan haji adalah satu perkara yang amat menggembirakan dan dipandang baik serta membanggakan. Tetapi di dalam keadaan yang pantang kain terselak, mata akan terjegil bernafsu sepatutnya TGNA tidak bersetuju dan menolak tajaan tersebut. Ini juga adalah isu yang "berpersepsi". Semua orang boleh membuat tanggapan.

Bagi Kakitangan Perkhidmatan Awam untuk menerima hamper pun dilarang inikan pula tajaan melibatkan puluhan ribu RM untuk menunaikan Haji. Apakah persepsinya menjadi elok bila TGNA adalah seorang Menteri Besar? Ketika kilat dan halilintar melanda PAS dan Pimpinannya belum berakhir dan reda, TGNA pula seolah membuka gelanggang untuk di belasah.

Di setiap Kedai Kopi dan Madrasah di Kelantan, puak-puak UMNO sudah menjaja dan melariskan isu tajaan ini. Ramai dah berbuih mulut menghentam dan banyak pula taik telinga yang menggelupur. Isu ini adalah isu logik. Masyarakat dan Rakyat akan termakan. PAS yang berdegar-degar dengan kata-kata anti rasuah, TGNA sendiri menerima pula satu tajaan yang bernialai puluhan ribu RM!

Keihklasan. Di dalam politik siapakah akan pedulikan keikhlasan?


Tapi ada juga pertanyaan di benak saya, "Adakah TGNA saja mengacah?"


Posted by mountdweller at 5:40 AM

Friday, November 13, 2009

Hujan Lebat Pantai Timur

Kenyataan Akhbar (Kemaskini pada 9.00 pagi, 13 November 2009) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
I) Nasihat Hujan Lebat Peringkat Kuning telah dikemaskini pada 12.55 petang, 12 November 2009. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran) bermula pagi Ahad, 15 November 2009 hingga Khamis, 19 November 2009.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak Utara (Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut dan Matang dan Kerian) dan Kedah bermula malam Isnin, 16 November 2009 hingga Jumaat, 20 November 2009. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai. Ombak kuat dijangka berlaku di perairan pantai Kelantan dan Terengganu mulai dari Sabtu, 14 November 2009 hingga Ahad, 15 November 2009.
II) Nasihat Hujan Lebat Peringkat Kuning telah dikemaskini pada 9.00 pagi, 13 November 2009. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh) dan Johor (Daerah Mersing dan Kluang) terutamanya pada sebelah pagi dijangka berterusan sehingga 14 November 2009 (Sabtu).

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.
Semasa tempoh hujan lebat, orang awam diminta untuk lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa. Orang awam juga diminta untuk mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa apabila diarahkan jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan.
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) telah dikemaskini pada 09.20 pagi, 13 November 2009 di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Utara Sabah (Kudat) bermula pada Selasa, 17 November 2009 sehingga Khamis, 19 November 2009. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 13 November 2009
Posted by serupasekala at 10:29 AM
Labels: 13 November 2009) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING), Kenyataan Akhbar (Kemaskini pada 9.00 pagi

Pakatan Rakyat Malaysia

Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, kegembiraan ini tidak pula dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Tidak ada langsung kenyataan yang memberangsangkan dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. Mereka seolah-olah tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada orang ramai. Tak tahu lah saya sama ada ini strategi politik masing-masing; hanya mereka sahaja lah yang mengetahui sebab-musababnya.

Sebaliknya yang dihebohkan kepada awam adalah kenyataan seorang dua pemimpin kanan PKR yang bersungguh-sungguh mahu menjelaskan kepada orang-ramai bahawa saya bukan lah Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia. Mereka menjelaskan nama saya sebagai pengerusi “protem” ini hanyalah untuk tujuan pendaftaran. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana gigih berusaha membuat penjelasan itu. Saya percaya rakyat Malaysia yang bijaksana sudah pun sedia maklum yang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan memang memerlukan beberapa pegawai penaja untuk memenuhi syarat pendaftaran. Sudah tentu tak masuk akal kalau saya yang menjadi “ketua” kepada pemimpin-pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Yang rakyat ingin dengar tetapi tak diterangkan ialah tujuan dan harapan penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Bagi saya penjelasan tentang isi lebih penting daripada bercakap soal kulit. Saya pasti rakyat ingin tahu matlamat, wawasan dan strategi bersama Pakatan Rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai strategi politik, saya bukan pakar atau ada apa-apa agenda tersendiri. Saya sekadar ingin melihat satu perancangan dari parti-parti pembangkang yang harus diketahui oleh rakyat; tentang bagaimana pelan tindakan mereka untuk menggantikan BN sebagai kerajaan pusat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Buat masa ini pelan itu, kalau pun ada, masih tidak jelas.

Mungkin ada beberapa tindakan yang boleh dipertimbangkan. Misalnya, para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka.Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan.Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari.

Beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama. Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah.

Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO.

Satu lagi perkara yang perlu diberi pertimbangan serius adalah mengkaji semula impian yang terlalu tinggi untuk menang besar di Sabah dan Sarawak. Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008. Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak. Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?

Yang penting untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN. Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari.

Saya harap tidak ada sesiapa akan terasa hati dengan cadangan-cadangan saya atau menuduh saya mahu tunjuk pandai. Saya tidak ada niat sedemikian. Namun begitu, saya tetap dengan pendirian bahawa segala usaha perlu dilakukan oleh semua parti pembangkang dan individu dengan seberapa segera supaya hasrat rakyat yang mahukan perubahan dapat dicapai.

Jika masih ada di kalangan Pakatan yang cuma memberi keutamaan kepada kepentingan parti masing-masing atau kedudukan mereka diletakkan lebih tinggi dari kepentingan muafakat, saya anggap mereka ini sebenarnya bukan pejuang perubahan. Golongan ini hanya mahukan kuasa untuk diri mereka. Rakyat akan melihat golongan tak ada bezanya dengan pemimpin UMNO dan BN.

Kita masih dalam era reformasi. Ini bererti semua pihak mesti sanggup membuat pengorbanan. Pemimpin tidak boleh suruh rakyat berkorban jika mereka sendiri tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam diri sendiri. Rakyat sentiasa mengawasi tingkah-laku para pemimpin, terutamanya mereka yang sanggup menggagalkan usaha perubahan ini demi kekuatan kumpulan mereka. Jika para pemimpin ini masih berdegil dan mengikut kaedah lama, rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya umum akan datang.

Zaid Ibrahim

Wednesday, November 4, 2009

Selangor Jatuh Ke tangan BN 2010???

Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya.....

Adakah Selangor Bakal Dijatuhkan Menjelang Bulan January? (Will Selangor fall in January?)

Dua minggu sebelum kerajaan Pakatan di Perak jatuh, saya menyarankan kepada mereka supaya mengadap Sultan Perak dan meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya diadakan.

Malah saya memberitahu tentang hal ini kepada Anwar Ibrahim. Katanya, kebimbangan saya tidak berasas kerana beliau telah bercakap dengan Lim Kit Siang. Menurutnya, Kit Siang telah meyakinkannya bahawa masalah berkenaan Hee telah diselesaikan dan bahawa segalanya elok-elok belaka.

Namun saya masih berkeras supaya mereka meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan, yakni sementara mereka masih memiliki majoriti kerusi dalam DUN Perak. Ketahuilah bahawa apabila mereka kehilangan majoriti ini, Sultan tidak perlu mempertimbangkan permintaan mereka. Ini kerana pada masa itu, mereka tidak lagi menguasai kerajaan Perak.

Selagi Pakatan Rakyat masih menguasai kerajaan Perak, maka Sultan tidak mempunyai alasan untuk menolak permintaan Pakatan Rakyat. Bahkan jika baginda menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, baginda melakukannya tanpa alasan yang sah. Dengan demikian, memang nampak sangat bahawa baginda adalah alat UMNO.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Kita semua tahu bahawa Sultan telah disogok untuk menggulingkan Pakatan Rakyat. Bahkan baginda diugut berkenaan dengan status Raja Nazrin sebagai penggantinya. Pendek kata, baginda ditawarkan kedua-duanya… gula-gula pun ya… rotan pun ya. Maka, seperti mana-mana kanak-kanak yang berhadapan dengan situasi seperti itu, baginda disorong tarik semahunya oleh UMNO.

Selain itu, saya juga ada menulis tentang lain-lain hal yang perlu diwaspadai Pakatan Rakyat. Pada masa ini, memanglah Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi dalam DUN Selangor. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka menguasai kerajaan Selangor.

Sebenarnya, ramai di kalangan staf agensi dan jabatan kerajaan negeri merupakan hubaya UMNO. Mana tidaknya… mereka sebenarnya ditempatkan di situ dan dapat naik pangkat disebabkan hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, sementara Pakatan Rakyat menguasai ‘kepala’ kerajaan Selangor, mereka takkan dapat mengawal ‘badannya’. Nampaknya, apabila kepala ke kiri, badan pula ke kanan, dan sebaliknya.

Perkara pertama yang Khir Toyo lakukan apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang (selain menghapuskan segala bukti kesalahan) adalah mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah yang mereka lakukan... saban hari… saban minggu. Maka terjadilah peristiwa yang tidak diduga, seperti isu bir, penangkapan bekas mufti Perlis, perobohan kuil dan lain-lain lagi.

Bolehlah dikatakan bahawa bukan hanya kepala yang bergerak ke arah yang bertentangan dengan tubuh, malah tangan kiri juga tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanan.

Inilah taktik mereka bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor - dengan mewujudkan ketidakpuasan hati dengan melakukan banyak perkara yang 'tidak popular', semata-mata kerana ingin menyusahkan rakyat. Akibatnya, para pengundi naik muak dengan pembangkang dan akhirnya, mereka menolak pembangkang. Inilah yang berlaku di Terengganu pada tahun 2004. Pembangkang hanya dapat menguasai kerajaan Terengganu selama lima tahun.

Saya sudah mengingatkan Ronnie Liu tentang hal ini. Sebenarnya, portfolio EXCO Ronnie Liu adalah portfolio yang paling sukar dan paling menimbulkan kontroversi. Ini kerana ia melibatkan majlis tempatan dan sebagainya. Nah, inilah lubuk pelbagai masalah.

Kalau mereka hendak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat, mereka hanya perlu mengabaikan pembaikian jalan ataupun sengaja tidak mengutip sampah ataupun tidak menukar lampu jalan yang sudah terbakar ataupun tidak membaiki paip-paip air yang pecah. Buatlah yang ini saja pun dah cukup. Dah tentu rakyat naik bosan. Tak perlu buat perkara besar, pun. Cukupah sekadar mensabotaj benda-benda yang remeh, dan rakyat akan menendang kerajaan negeri ke tepi jalan. Itulah… apabila hanya ‘kepala’ yang dapat dikawal, bukannya susah sangat nak sabotaj kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ramai usahawan Cina di Selangor yang berasa jengkel. Mana tidaknya, rasuah makin menjadi-jadi. Tidak ada perkara yang berubah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih. Kepala samseng UMNO (warlord) masih menguasai pejabat tanah, majlis tempatan dan lain-lain lagi. Nak kelulusan untuk projek? Lesen? Permit? Kalau nak, pergilah mengampu kepala samseng. Kalau anda berurusan melalui Pakatan Rakyat dan melangkau kepala samseng, projek anda takkan berjaya.

Para usahawan Cina mendapati bahawa mereka masih perlu mengadap kepala samseng dan membayar ‘emas permata’ kepada mereka supaya urusan perniagaan mereka berjalan lancar. Bahkan apabila mereka pergi menemui wakil Pakatan Rakyat, mereka mendapati wakil Pakatan Rakyat seperti ketua diikat tangan. Bukan boleh buat apa, pun! Ya, memanglah mereka boleh telefon si polan ataupun si fulan, tetapi itu pun tak jalan. Tetapi jika usahawan-usahawan Cina itu pergi menemui kepala samseng dan membayar ‘ufti’ kepadanya, segalanya beres.

Sedarlah… bukan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor. Jadi, siapa yang mentadbir Selangor? Siapa lagi, UMNOlah. Jadi, jika anda nakkan sesuatu, tak payahlah jumpa wakil Pakatan Rakyat. Pergilah ‘menyembah’ ketua samseng dan bayarlah wang yang diminta. Pasti semuanya berjalan lancar.

Di Selangor, bukan kepala yang menggerakkan badan, tetapi badanlah yang menggerakkan kepala. Kalau tak percaya, cubalah tanya mana-mana usahawan Cina yang berniaga di Selangor.

UMNO memberitahu 'kuncu-kuncu mereka' di agensi dan jabatan kerajaan negeri Selangor bahawa pada Januari 2010, Barisan Nasional akan kembali menguasai Selangor. Jadi, semua perkara perlu ditangguhkan. Kelulusan dan segala macam permohonan diletakkan ke tepi terlebih dahulu… sehinggalah Barisan Nasional mengambil alih. Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa bagi melancarkan urusan.

Apabila anda berjumpa dengan staf di agensi atau jabatan kerajaan negeri Selangor untuk sesuatu urusan, mereka tidak akan mempedulikan anda. Kalau pun anda membuat aduan kepada wakil Pakatan Rakyat, mereka hanya dapat membuat panggilan telefon… itu saja. Kalau anda meminta wakil Pakatan Rakyat untuk terus campur tangan, alamatnya urusan yang anda nak selesaikan makin tak ke mana. Ia adalah seperti memandu dalam lumpur. Semakin anda memecut, semakin tersekatlah anda.

Jadi, Januari 2010 menjadi tarikh yang disasarkan Barisan Nasional untuk mengambil alih Selangor. Inilah yang diberitahu UMNO kepada kuncu-kuncunya di agensi dan jabatan kerajaan negeri.

Selain itu, ramai di kalangan wakil Pakatan Rakyat akan menghadapi segala macam dakwaan jenayah, termasuk pertuduhan rasuah. Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali. UMNO telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka untuk bersiap-sedia menghadapi sekurang-kurangnya sepuluh pilihan raya kecil. Ini kerana tak lama lagi, akan ada sepuluh kerusi kosong.

Tidak cukup dengan itu, terdapat ramai manusia berkepala UMNO dalam PKR, PAS dan DAP. Mereka sengaja ditempatkan di situ. Tiba saatnya, semua kuncu UMNO ini akan bertindak, sebagaimana yang berlaku di Perak. Apabila ini berlaku, maka berakhirlah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya. Ya, ketika kami mengingatkan kamu tentang Perak, kamu ketawa terkekeh-kekeh. Sekarang, kami ingin mengingatkan kamu tentang situasi di Selangor. Masih ingin ketawa? Kalau kamu kehilangan Selangor, saya akan kerjakan kamu cukup-cukup. Ingat, ini bukan ancaman kosong.


Oleh Raja Petra
Posted by Mr. Aduka at 01:20

Kelantan Mahu Royalti

Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Sehubungan itu, kata Husam, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar kepada kerajaan negeri dan sebuah badan penyelaras ditubuhkan yang turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.

“Sekali lagi kami berharap perdana menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian negara malaysia,” katanya.

Mengenai penubuhan panel guaman tersebut, Husam berkata, antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada PETRONAS untuk mencarigali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.

“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan dari panel guaman tersebut,” kata Husam.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mempersoalkan mengapa 'wang ehsan' harus diurus oleh kerajaan pusat

“Pengumuman perdana menteri bahawa kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik.

“Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaultan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Di samping itu, kata Husam, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan.

“Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu, berjaya.

"Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ihsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatif kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak itu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik. Malaysiakini/-

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:55 PM

Hebatnya Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat

Royalti Minyak Dikembalikan Kepada Kelantan

KUALA LUMPUR, 4 Okt [11.00 am] - Mulai tahun depan, Kerajaan Pusat akan memberi wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi projek pembiayaan projek pembangunan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan demikian di Parlimen di sini, sebentar tadi. Perdana Menteri berkata, bentuk projek yang akan disalurkan akan dibincangkan dengan Kerjaaan Negeri Kelantan.

Tuesday, November 3, 2009

Anwar to MACC: Not just small fry, go after big fish too

KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is backing the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) crackdown on corrupt politicians but wants them to pursue more “high profile” cases as well.

Commending the MACC for charging leaders from both sides of the political divide, Anwar said the Commission should use its authority to investigate high profile corruption cases that have been ignored.

“But they should not stop acting against corrupt lower ranking leaders either,” he told reporters in a press conference at the Parliament lobby here on Tuesday, in reference to a slew of politicians being charged with graft on Tuesday.

He said the MACC had been entrusted with a major responsibility to combat corruption and had to be independent.

He said the MACC’s image and credibility had been tarnished by the death of political aide Teoh Beng Hock, who was found dead at the building housing the Selangor MACC office the day after he was taken in for questioning as a witness in an MACC probe.

The MACC cannot redeem itself based on a large number of low-profile anti-graft cases, but must go after higher-profile cases, Anwar said.

“There is evidence to support our contention that corruption is more rampant than ever,” he claimed.

“It is therefore incumbent on the MACC to apply its authority and act on high profile cases that have been largely swept aside,” he said, citing as examples defence deals and the Port Klang Free Zone issue.

“Corruption must be tackled at its very root or centre of power,” he added.


By YUEN MEIKENG

Monday, November 2, 2009

TG Haji Hadi Awang Buang Masa

- Sinar Harian
Oleh - Abdul Azizi Bari

Imej yang kelihatan tatkala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengan media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Agung (JKA) malam Rabu lalu, ialah betapa beliau tidak begitu tepat dan tegas dalam melayan soalan wartawan. Terpaksa Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung, dan kemudian Salahuddin Ayub, Naib Presiden, membantu.

Lebih penting Pas umumnya dan Abdul Hadi khususnya gagal mengambil satu tindakan yang tegas. Kelihatannya mereka masih enggan mengakui masalah yang ada. Bagaimanapun berdasarkan maklumat yang diterima tidak semua dalam JKA begitu: kononnya 75 peratus daripada mereka yang hadir malam itu mahukan tindakan tegas ke atas Ahli Exco Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Dr Hasan Ali. Jadi apabila Abdul Hadi mengumumkan seminar dan hanya tindakan ke atas Selangor tanpa menyebut Hasan banyak tafsiran timbul.

Saya telah menyebut betapa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya apa pun hasil dan keputusan malam itu. Berjaya dalam maksud mengetengahkan masalah yang ada. Berjaya dalam memahami sentimen dan keresahan para pengundi dan penyokong parti di luar. Ini semua nampaknya masih dinafikan oleh Abdul Hadi dan kumpulannya. Nik Aziz juga berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang perlunya mereka membersihkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang didesak supaya mengambil langkah yang sama dalam PKR yang masalah dalamannya makin banyak dilaporkan.

Saya telah menyebut betapa langkah drastik yang perlu diambil Pas tidak akan memecahkan parti. Selain sebab-sebab yang telah saya kemukakan sebelum ini sejarah parti itu juga menyokong pendapat saya. Ini termasuklah ketika Pas membuat keputusan menyertai Barisan Nasional pada 1973. Meskipun presiden ketika itu Datuk Asri Haji Muda menerima tentangan yang kemudian diserlah dalam bentuk satu barisan calon bebas pada PRU 1974, Pas tidak pecah. Begitu juga apabila Asri dan pasukannya keluar Kabinet Datuk Hussein Onn, meninggalkan panglima jihad Pas Datuk Haji Hassan Adli keseorangan di dalam kerajaan. Walaupun Kelantan terlepas dan Berjasa tertubuh selepas Pas dipecat dari Barisan pada 1978 parti itu kekal. Sebaliknya Berjasa yang kemudiannya terbubar.

Pas juga utuh apabila Asri meninggalkan parti dan menubuhkan Hamim pada 1982. Cabaran ketika itu kuat kerana Pas - diterajui oleh Datuk Fadzil Noor yang mula aktif dalam parti mulai PRU 1978 – terpaksa berhadapan dengan Anwar yang menyertai UMNO hasil pujukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Berkat kepemimpinan Fadzil Pas berjaya menawan kembali Kelantan – yang kekal hingga sekarang – pada 1990. Kecekapan Fadzil membaca gelombang reformasi selepas Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998 membolehkan Pas menawan Terengganu pada 1999. Fadzil juga mencipta rekod dengan meletakkan Pas sebagai parti pembangkang terbesar dalam Parlimen sekali gus meletakkan beliau sebagai Ketua Pembangkang Melayu pertama dalam sejarah Malaysia.

Saya tidak fikir mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin bermasalah oleh Nik Aziz mempunyai ketokohan sehebat nama-nama tadi. Dengan itu apa yang hendak ditakutkan? Tapi nampaknya Abdul Hadi tidak berfikir begitu.

Apa pun kesalahan Hasan Ali cukup jelas. Justeru menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menanganinya adalah kerja sia-sia. Membuang masa. Saya fikir tidak ada alasan undang-undang yang Hasan boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Baik undang-undang perlembagaan mahupun undang-undang pentadbiran. Apa pun perlembagaan adalah undang-undang utama negara. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain termasuk perlembagaan-perlembagaan parti politik, termasuk Perlembagaan Pas.

Sebab itu pada saya penubuhan jawatankuasa disiplin itu hanya helah Abdul Hadi dan kumpulannya untuk mempertahankan Hasan khususnya dan kumpulan mereka umumnya. Mereka tidak mahu mengaku kalah.

Selain itu masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah politik, bukan masalah undang-undang. Kalau ia masalah undang-undang sekali pun semuanya cukup jelas. Dalam undang-undang wujud apa yang dipanggil ‘judicial notice’ atau pengiktirafan kehakiman. Ini merujuk kepada sesuatu yang tak perlu dibuktikan. Prinsip ini terpakai dalam hal-hal yang semua orang nampak dan semua orang tahu. Seperti matahari naik di sebelah timur dan turun di sebelah barat. Ini tak perlu disiasat atau memerlukan saksi. Gelagat Hasan Ali semua orang tahu. Mengapa dia salah pun semua orang tahu. Semua ini ada dalam perlembagaan. Hanya mereka yang degil dan tak mahu mengaku saja yang tidak nampak. Saya berasa lucu bila soal Abdul Hadi dan kumpulannya pertuduhan dibangkitkan. Ini bukan soal jenayah. Atau soal pembuangan kerja melibat kakitangan awam.

Mungkin Abdul Hadi dan kumpulannya mengharapkan mahkamah membuat tafsiran undang-undang yang pelik sebagaimana mahkamah membuat penghakiman yang aneh dalam kes-kes yang melibatkan krisis politik di Perak! Ini tidak mustahil kerana tindak tanduk Abdul Hadi dan kumpulannya, khususnya Hasan Ali, menguntungkan UMNO. Di negara ini banyak perkara pelik – yang tidak mungkin berlaku di negara lain – telah berlaku.

Apa pun elok Nik Aziz teruskan apa yang dimulakannya. Seperti yang saya katakan beliau telah menang. Paling tidak sedang mendahului. Hanya bilangan gol yang kita belum tahu. Setakat ini memang Abdul Hadi dan kumpulannya sedang mencari helah untuk bertahan. Tetapi saya tidak fikir mereka boleh bertahan lama. Apa yang berlaku sekarang pun sudah cukup untuk meletakkan kumpulan itu dalam keadaan bertahan. Itu pun dalam parti. Di luar sana susah untuk mereka menegakkan hujah-hujah mereka. kalau para pemimpin Pas di peringkat akar umbi emosi dan tidak mahu mengakui masalah yang telah pun diungkapkan oleh Nik Aziz mereka akan hanyut bersama Abdul Hadi dan kawan-kawannya.

Seperti yang saya telah katakan sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh bertindak ke atas Hasan. Sebenarnya – sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh perlembagaan dan disahkan oleh mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim – anggota Kabinet boleh dipecat bila-bila dan atas apa sebab sekalipun. Hatta tanpa sebab pun ketua kerajaan boleh berbuat demikian. Pada hakikatnya di sisi undang-undang Khalid tidak perlu peduli kepada hasil dan prosiding jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan oleh Pas.

Ketika ini Khalid selesa kerana duri dalam daging yang memeningkan kepada selama ini sudah pun diselesaikan oleh UMNO. Selain itu dengan meninggalkan PKR dan berkawan dengan UMNO-Barisan Nasional Badrul Hisham Abdullah telah mengesahkan kedudukan UMNO sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor.

Khalid perlu nekad dalam mempertahankan imej Pakatan. Lagipun Pas, kecuali Nik Aziz, macam tidak sungguh-sungguh. Perkara yang mudah dan jelas ditangani dengan cara yang pelik dan berbelit-belit. Hasan Ali telah melanggar perlembagaan dan sesiapa yang mempertahankannya akan tenggelam bersamanya.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar